Jumaat, 21 Jun 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


kisah benar - cerita orang melayu bela hantu raya <b>di kulim</b>.

Posted: 27 May 2013 08:30 PM PDT

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. 
Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Cangkung atas bumbung. 
Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. 
"Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. 
"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. 
"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang," katanya kepada Sinar Harian. 
Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan pontianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung. Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu. 
Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka. 
"Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung. 
"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu," katanya. 
Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan. 
Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.
Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba. 
Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi
"Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu. 
"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung," katanya.
Berita di atas dipetik dari Sinar Harian bertarikh 28 Mei 2013 mengisahkan penduduk kampong Sungai Ular, Kulim diganggu oleh pontianak. 
Penduduk percaya pontianak ini adalah peninggalan segolongan orang terdahulu dalam lingkungan lebih 100 tahun dahulu yang mengamalkan ilmu halus untuk meminta pertolongan pelesit, pontianak atau hantu raya bagi mengerjakan bendang mereka yang luas. 
Kisah orang-orang Melayu dahulu yang mempunyai harta yang banyak membela pelesit atau hantu raya untuk menjaga harta mereka bukan perkara baru. Nampaknya tidak ada bezanya sikap malas Melayu 100 tahun dahulu dengan Melayu hari ini. Jika dahulu Melayu bersekongkol untuk sub projek kepada pelesit atau pontianak kini ramai peniaga Melayu yang sub projek atau menyerah bulat-bulat pengurusan syarikat mereka kepada orang Cina, yang merupakan pelesit untuk menapis dan menyekat dari membantu pengusaha Melayu lain.
Ambil contoh Setiausaha Agung UMNO - Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi kaya raya hasil dari bersekongkol dengan taukeh Cina, Vincent Tan di dalam Sports Toto. Daim Zainudin partner dengan tauke Cina Low Kiok Boo dalam syarikat Maluri. Mahathir sendiri seperti kenyataan Tunku Abdul Rahman "Saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar. Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut". 
Mokhzani Mahathir bersekongkol dengan tauke Cina Yeow Kheng Chew dalam Kencana Petroleum. Syed Mokhtar menubuhkan syarikat Bukhary Sdn Bhd usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. 
Konklusinya "Melayu dan Cina Berpisah Tiada" Melayu perlu Cina dan Cina perlu Melayu. "Buy Chinese last" hanyalah momok-momok politik kosong yang hangat-hangat taik ayam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan