Khamis, 6 Jun 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Himpunan Black 505 <b>di</b> Padang <b>Merbok</b>, 15 Jun ini | KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 09:23 PM PDT

PETALING JAYA, 5 JUN: Perhimpunan aman Black505 bagi  menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini bermula jam 2 petang.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, lokasi itu dipilih selepas mengambil kira pandangan pihak polis yang menggesa supaya perhimpunan tidak melibatkan Dataran Merdeka.Rafizi

"Pilihan utama kita semestinya Dataran Merdeka, tetapi buat masa ini kita tetapkan dahulu Padang Merbok dan akan mendapatkan kebenaran dari polis untuk menggunakan Dataran semasa menghantar surat makluman nanti," jelas Rafizi dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, surat makluman kepada pemilik Padang Merbok, DBKL dan Balai Polis Dang Wangi akan dihantar pada hari ini sebagai memenuhi peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman iaitu notis dalam tempoh 10 hari.

Datuk_JohariSurat tersebut ditandatangani Rafizi bersama wakil Pas iaitu Syed Azman Syed Nawawi dan Anthony Loke dari DAP.

"Kita harap tidak akan berlaku sebarang tangkapan lagi kerana kita sudah memenuhi peraturan yang ditetapkan," kata Rafizi.

Sementara itu, Pengarah Programm Datuk Johari Abdul berkata keselamatan peserta yang mengikuti himpunan menjadi keutamaan penganjur.

"Paling penting adalah keselamatan peserta, berhimpun dalam suasana aman dan santai," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53084

#Black 505 Diadakan <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, Kuala Lumpur - Selangorku

Posted: 04 Jun 2013 10:18 PM PDT

PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti.

Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia yang menggesa perhimpunan itu tidak melibatkan Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut merupakan kesinambungan dari himpunan-himpunan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang didakwa terpesong kerana penipuan.
"Surat makluman kepada pihak pemilik Padang Merbok dan PDRM akan dihantar hari ini sebagai memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak PDRM," kata Rafizi dalam sidang media bersama PKR, PAS dan DAP di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.

Menurut beliau surat yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti itu dihantar ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur dan DBKL selaku pemilik padang.

Menurut Rafizi lagi perhimpunan ini diteruskan bagi menolak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Antara tuntutan reformasi sistem pilihan raya tersebut termasuklah menuntut semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dan melantik ahli-ahli interim baru SPR dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan kumpulan rakyat lain.

PR turut menuntut pilihan raya semula diadakan di kawasan yang terbukti berlaku penipuan terutamanya di 30 kerusi parlimen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Manakala tuntutan ketiga pula, menuntut pindaan undang-undang pilihan raya bagi menghentikan SPR melakukan persempadan semula seperti yang berlaku sekarang sehinggalah semua ahli-ahli interim baru SPR dilantik semula.

"Perlantikan ahli SPR perlu mendapat sokongan dua pertiga Dewan Rakyat dan memenuhi tuntutan BERSIH selama ini untuk memastikan pilihan raya benar-benar adil dan bersih," kata Rafizi lagi.

Selain Rafizi, turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mewakili DAP dan Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dari PAS.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan