02 di pendang - Google Blog Search |
KedahLanie.info: Antara punca MAT SABU kalah <b>di PENDANG</b>..!!! Posted: 14 May 2013 05:50 PM PDT Ahli Pas didakwa sabotaj parti PENDANG - 'Kami terima kekalahan ini'. Itu luahan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dengan kekalahan Pas kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Menurutnya, kejatuhan Pas kawasan itu berpunca daripada ahli parti itu sendiri yang dikenal pasti telah mensabotaj parti apabila ada antara mereka yang tidak keluar mengundi, menyokong calon Bebas dan merosakkan kertas undi serta tidak memulangkan kertas undi. "Kira-kira lebih 10 peratus ahli Pas dikenal pasti sabotaj parti dan keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dimana ia begitu mengecewakan parti. "Pas terima kekalahan ini dan berharap agar kepimpinan yang baru dapat meneruskan program disusun demi kesejahteraan rakyat," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Hayati berkata, tindakan sabotaj parti itu berlaku apabila ada kalangan ahli parti merasa tidak berpuas hati apabila bantuan yang dimohon mereka tidak berjaya sehingga menimbulkan perasaan marah. Katanya lagi, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan Barisan Nasional (BN) turut mempengaruhi pengundi-pengundi Melayu dan Siam. "BR1M turut mempengaruhi penduduk luar bandar yang hidup dalam kesempitan menyebabkan mereka goyah setelah menerima BR1M. "Penduduk luar bandar hanya fikirkan jangka masa pendek tanpa memikirkan manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menjamin kebaikan untuk jangka masa panjang," katanya. Sementara itu, katanya lagi, tindakan 14 jawatankuasa Pas yang bertindak keluar daripada parti itu beberapa bulan lalu sedikit memberi kesan kepada kejatuhan Pas pada PRU13 pada 5 Mei lalu. Bekas Ahli Parlimen Pendang itu turut memaklumkan bahawa Pas kawasan itu juga kesal dengan dakwat kekal yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan mempunyai unsur penipuan apabila Pas Pendang telah membuat tiga laporan polis mengenai kewujudan pengundi hantu. "Tiga laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang setelah mendapati tiga nama telah mengundi sedangkan pengundi-pengundi itu belum lagi mengundi. "Kejadian itu berlaku di Bukit Jambul, Guar Kepayang, Air Puteh," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pendang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan