ads

Sabtu, 22 Jun 2013

02 di pendang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


KedahLanie.info: Apabila BN buat Janji Di Capati <b>di Pendang</b>

Posted: 03 May 2013 07:00 AM PDT

Mana Hospital Pendang, kejutan di Sungai Tiang
PENDANG: Nama Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sinonim dengan pekan Pendang. Ini kerana beliau yang memenangi Pilihan raya Umum 1999 telah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pertama PAS pada era kepimpinan ulama.

Pada pilihan raya umum itu, beliau mencatat dua kejayaan iaitu menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Abdul (BN) bagi kerusi Pendang dan Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin di Dun Anak Bukit.

Bagi Parlimen, beliau mendapat 22,413 undi berbanding Othman 19,474 undi oleh Othman. Di Dun Anak Bukit, beliau mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Abdullah Hasnan yang memperolehi 6,640 undi.

Kejayaan itu sangat manis kepada perjuangan PAS yang dianggap satu sejarah kerana memenangi 27 kerusi di Dewan Rakyat yang seterusnya wakil PAS menjadi Ketua Pembangkang yang tidak dialami sebelum itu.

Dalam tempoh itu, Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kewibawaan PAS untuk membawa suara rakyat yang menentang segala tindakan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan seumpamanya yang dilakukan Kerajaan BN.

Bukan sekadar masalah masyarakat setempat, tetapi isu nasional dan antarabangsa dikemumandangkan oleh beliau di Dewan Rakyat.


Sejak Pilihan raya Umum 2004 pula, perjuangan PAS di Parlimen Pendang diteruskan pula oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman yang mendapat 24,380 undi memenangi pilihan raya itu menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 50 undi.

Kemenangan itu walaupun tipis tetapi dapat membawa suara PAS ke Dewan Rakyat  untuk meneruskan perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil kerana pada pilihan raya kecil 18 Julai 2002, kerusi parlimen itu dimenangi oleh calon BN, Datuk Othman Abdul.

Pada PRU13 yang berlangsung 5 Mei ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula diamanahkan untuk bertanding di parlimen ini.

"PAS Kawasan Pendang mengalu-alukan kehadiran Mohamad di sini untuk meneruskan perjuangan PAS bagi membela nasib rakyat di sini yang dimulakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil, yang diikuti Dr Hayati," kata Setiausaha PAS kawasan, Fadzil Muhammad Noor Shani.

Katanya, banyak isu setempat telah dibawa oleh wakil rakyat PAS khususnya di Dewan Rakyat sama ada Almarhum Ustaz Fadzil atau Dr Hayati, namun sehingga kini Hospital Daerah Pendang masih belum ditunaikan oleh Kerajaan BN.

Menurutnya, ketiadaan hospital daerah bukan sahaja dirasai kesulitan oleh rakyat di sini tetapi menarik perhatian Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang pernah melahirkan rasa dukacita baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata, susur keluar Lebuh raya Utara Selatan ke Pendang adalah antara usaha yang dilakukan oleh wakil rakyat PAS.

"Insya Allah, usaha untuk membawa suara rakyat di Pendang ke Dewan Rakyat akan dapat dilaksanakan apabila Timbalan Presiden PAS apabila dipilih oleh para pengundi pada 5 Mei nanti," katanya.

Keyakinan itu berdasarkan 'mood' rakyat di sini yang mahu berubah sangat kuat sama ada orang Melayu mahupun bukan Islam.

Justeru, katanya para petugas melipatgandakan usaha agar PAS dapat mencatatkan keputusan yang lebih baik pada PRU kali ini kerana calon yang bertanding tidak dilihat dari sudut individu sebaliknya adalah Timbalan Presiden PAS.

Beliau percaya sokongan para pengundi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat lebih meningkat kali ini dan kemungkinan berlaku kejutan di Dun Sungai Tiang.

Menurutnya, PAS berpeluang memenangi Dun Sungai Tiang kali ekoran perubahan sikap pengundi khususnya masyarakat Siam di samping wujudnya masalah dalaman Umno Pendang.

Katanya, rakyat kini dapat melihat sendiri perubahan pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat negeri selama lima tahun berbanding lebih 50 tahun oleh BN melalui program untuk membantu rakyat yang memberi kesan kepada keseluruhan pengundi di Kedah.

Pada PRU12 lalu, calon PAS, Mohd Hayati Othman yang mendapat 27,311 undi memenangi Parlimen Pendang, menewaskan calon BN, Md Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi.

Pada PRU13 ini, Mohamad Sabu berdepan dengan Datuk Othman Abdul untuk dipilih oleh 70,273 pengundi  dengan pecahan Melayu sebanyak 88.53%, Cina (5.76%), India (0.53%0 dan lain-lain (5.18%).

Calon-calon yang bertanding di Dun Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas).

Mohamed Taulan yang memperolehi 16,271 undi pada PRU12 lalu memenangi Dun Sungai Tokai menewaskan Fatimah Ismail (BN) dengan majoriti 6,578 undi.

Dun Tokai mempunyai 34,699 pengundi yang mana 27.81 peratus adalah Melayu, Cina (8.88%), India (0.11%) dan lain-lain ( 0.22%).

Bagi Dun Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas).

Suraya yang mendapat 13,871 undi memenangi Dun Sungai Tiang pada PRU12 lalu sementara calon PAS, Ab Muthalib Awang mendapat 10,865 undi.

Dun Sungai Tiang mempunyai 35,574 pengundi, Melayu (86.21%), Cina (2.55%), India (0.96%) dan lain-lain (10.29%).

Latar belakang Pendang

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved