02 di padang serai - Google Blog Search |
umno <b>padang serai</b> dan sungai petani betimbun masalah <b>...</b> - GMC Posted: 26 Jul 2013 12:35 PM PDT "....Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih badan perhubungan negeri...." Sebut saja UMNO Padang Serai maka tidak terlepas dgn bermasalah ,baik masalah dalaman maupun masalah peribadi pemimpin dlm bahagian itu sendiri...bukan sorang dua, tapi semua ada masalah yang tak boleh di pertikaikan lagi kerana setiap mereka mempunyai parut yang cukup melukakan hati dan meluatkan penggundi2 Padang Serai. Untuk menghilangkan segara parut dan meluatnya hati rakyat dan pengundi2 Parlimen maupun DUN Padang Serai maka muka-muka yang penuh dengan parut tersebut terpaksa diganti dengan muka-muka baru yang mampu menyakinkan pengundi dan penyokong2 UMNO Padang Serai. Luka2 dan parut2 yang ada pada mereka yang bakal merebut kerusi Ketua Bahagian Padang Serai bukan sikit tetapi terlalu banyak... Muka-muka yang berparut TERSEBUT adalah kerana bergaduh dan menikam sesama sendiri bukannya luka atau berparut kerana berperang untuk membela rakyat Padang Serai...tapi luka yg berparut itu adalah untuk merebut jawatan ia akan menambah rosak lagi UMNO dari dalam. Hari ini mereka sudah mula mengumpul puak2 dan gurka2 masing-masing untuk berperang bagi merebut Jawatan Ketua Bahagian yang kosong sekian lama kini diambil alih oleh badan perhubungan UMNO negeri kerana UMNO Padang Serai berdepan dengan masalah dalaman yang GAGAL di selesaikan dari dulu ke saat ini. Jadi tidak hairanlah bila UMNO Padang Serai tidak pernah aman damai dan terus berselimut dengan masalah pemimpin2 yang dok ada hari ini dan membantu memberi ruang yang cukup selesa pada Parti Lawan baik PAS maupun PKR untuk terus menguasai Parlimen maupun DUN Padang Serai..begitu juga dengan Palimen dan DUN Merbau Pulas juga turut berada dalam ruang yang cukup selesa pada PAS maupun PKR setiap menjelang pilihan raya umum. Semua keselesaan pada lawan tersebut adalah berpunca dari parut2 dan luka yang ada pada pemimpin2 UMNO Padang Serai sendiri yang mana perlu di tranfomasi segera. Hari ini mereka sibuk merancang dan mengatur strategi pula untuk berperang sesama mereka untuk merebut Ketua Bahagian pula ..mereka tidak peduli dengan iklim Politik yang sedang melanda UMNO hari ini pada mereka Jawatan dan kedudukkan itu lebih penting dari kebajikan dan sokongan Rakyat Padang Serai terhadap UMNO. Tukar dan gantilah siapa saja Pengurusi Perhubungan UMNO Kedah sekali pun ....mereka2 ini tetap bersengketa sesama mereka walaupun Rakyat menolak dan membenci mereka,pada mereka selagi WinCabel mereka itu pekasa rakyat dan pengundi peduli apa mereka tetap mau dengan jawatan yang ada. Hari ini rakyat dan pengundi Padang Serai sedang memerhati tingkah laku sumbang mereka yang tergila-gila nak merebut jawatan yang ada. Masing2 sudah memasang jerat dan lukah untuk memburu mangsa sesama mereka...akhirnya kebencian Pengundi serta rakyat jelata terhadap mereka kian bertambah ketara. Pada bakal-bakal pemimpin Padang Serai yang tergila2 nak merebut ketua bahagian berwaspadalah UMNO belum pulih seperti dulu kala..jangan kerana kalian kemaruk dengan jawatan yang ada rakyat menghukum UMNO buat kali kedua dalam pilihan Raya. Pada Pengurusi perhubungan UMNO Kedah yang baru Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir janganlah terlalu yakin dengan ayam yang kerab berkokok diwaktu senja!! kah..kah..kah |
You are subscribed to email updates from di padang serai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan