02 di kodiang - Google Blog Search |
BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search Posted: 13 Aug 2013 01:07 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||
DUNIA ITU: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut Posted: 02 Apr 2013 02:44 AM PDT Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh] JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam. Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta. Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu. Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah. Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat. "Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak. Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga. Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal. "Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya. Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka. Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat. "Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama 2 Apr 2013 |
You are subscribed to email updates from di kodiang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan