Sabtu, 28 September 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


PANASS!! Mandi Mayat Secara Berdiri Amalan Syiah <b>di Kuala Kedah</b>?

Posted: 11 Aug 2013 06:12 AM PDT


Cerita mengenai syiah di Kedah ni semakin parah, ingat kat Pendang saja tersebar ajaran syiah, rupanya di Kuala Kedah pun dah ramai.

Mengikut blog Medan Tempur, disebalik laporan isu jenazah pengikut Syiah diuruskan mengikut fahaman Syiah baru baru ini, rupa rupanya ada cerita yang tersembunyi dibelakang isu itu..

Baru baru ini, aku dapat maklumat bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..

Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian (kebumikan mengikut fahaman Syiah) ketika sedang sakit di sebuah hospital.

Selepas si mati meninggal dunia, jenazah beliau dibawa balik ke Kuala Kedah dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah mengikut wasiat yang ditulis si mati.. Orang orang kampung tidak dibenarkan untuk melihat urusan mandi mayat kerana kumpulan Syiah yang didatangkan khas dari Pendang melakukan semua proses ini..

Menurut sumber lagi, si mati dimandikan dengan cara menegak dan dikafankan dengan kain yang ditulis doa doa didatangkan khas dari Iran..

Di fahamkan semua pimpinan Pas Kedah datang ziarah arwah dan beberapa pemimpin Pas pusat juga datang tetapi mereka tidak menegur langsung upacara tersebut..

Yang peliknya pemimpin Pas seperti menghalalkan ajaran Syiah dalam parti mereka dengan membiarkan hal ini berlaku tanpa ada sebarang suara untuk menyekat ajaran ini.

Ini bermakna pimpinan tertinggi Pas tahu bahawa ada dikalangan ahli mereka menganut syiah. Malah ada diantara pimpinan tertinggi Pas juga 'mesra' syiah, cuma masih belum berani 'istihar' diri syiah sepenuhnya.

Mc harap, penguatkuasa dan jabatan agama kena benteras syiah secara serius, kalau tak ianya akan terus menular dalam masyarakat.

Harap serius teliti setiap laporan mengenai syiah sebab ianya laporan dari masyarakat. Kalau ianya tak teruk, masyarakat takkan bertindak.


McTheory:
Takkan nak tunggu teruk baru nak bertindak?

kamera kupang: Panas !! Lebai #Syiah buat kecoh <b>di Kuala Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 11:38 PM PDT


Mudah sangat kah bangsa melayu terpesong? Andai hal aqidah yg mnjadi prioriti dlm hidup pn bole terpesong apa pula hal2 kecil sperti kedaulatan negara? Umum mgetahui ujudnya fahaman syiah adalah gara2 mulut celupar seorang yahudi yg mggelar saidina Ali sbgai tuhan, umum juga mgetahui kbangkitan dajal adalah di Iran, ibunegara bg syiah. [KOMEN BLOG]
Maklumat dari Medan Tempur bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian(kebumikan mengikut fahaman Syiah)ketika sedang sakit di sebuah hospital.
Malaysiakini Pertahan Syiah Sesat:-

Malaysiakini memang sengaja cari pasat. Itu Syiah sudah lama fatwa Sesat lagi Haram di Malaysia. Semua 14 negeri sudah pun mengharamkan Syiah. Tetapi Malaysiakini yang diwakili oleh Director Malaysiakini.tv Syufiyan Shukur pergi jumpa ketua Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz mengadakan sesi interview dan mempertikaikan hak kebebasan penganut agama Syiah Sesat ini. 


Apa sudah jadi dengan ini Melayu Syufiyan Shukur ni..? Dia agama apa..? Kenapa dia pertahankan Syiah Sesat ini..? 
KK : Jangan sangka orang biasa jer yang mudah terpengaruh.. Pak lemai Malang pun join sekali.

43 pengundi hantu di 6 rumah <b>di Kuala Kedah</b> - Harakah Daily

Posted: 27 May 2013 04:17 AM PDT

PETALING JAYA: Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam kenyataannya.

Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.

Menurut Rafizi, di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu.

Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan, kata Rafizi.

"Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.

"Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Beliau juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.

Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya.

Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

"Oleh yang demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya.

"Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini," seru beliau.

Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara, tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan