Sabtu, 28 September 2013

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


TV9 - Mesin Gan, Raifel Dan Peluru Hidup Dirampas <b>Di Padang Terap</b>

Posted: 05 Sep 2013 05:30 AM PDT

5 Sep 2013, 08:30pm by sarah farhana


Satu Lagi Rampasan Senjata Dilakukan Di Kedah.

Dalam Op Cantas Khas pagi tadi, pelbagai senjata api termasuk mesingan AK47, Colt, M4 pistol dirampas dalam sebuah rumah kosong di Batu 27, Jalan Naka-Nami, Padang Terap, Kedah.

Hasil serbuan polis dua suspek ditahan.

Mereka dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.


Helmi Assyafie -ceramah Pas <b>di Padang Terap</b> <b>...</b> - Pondok Tauhid

Posted: 21 Apr 2013 07:13 PM PDT

Selamat Datang ke Blog Cahaya Kehidupan Tauhid kepada seluruh yang mencintai Perjuangan Islam , Perjuang Ahli Sunnah Wal Jamaah . Harap kita menjadi rakan bersama untuk bekerja untuk Islam secara sukarela dan Ikhlas semata kerana Allah , bukan atas kepentinggan nama, harta , pangkat dan keduniaan . Saya Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan menjemput seluruh saudara Islam ke blog ini dan saya harap kita bersangka baik sesama saudara Islam , biar kita beradab dalam perbezaan pendapat . Saya harap seluruh saudara Islam dapat berkongsi Ilmu dan pandangan bersama

Diharapkan kita dapat menafaatkan medan ini sebagai medan untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Islam , moga kita dapat berjasa untuk Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk di Internet

Facebook http://www.facebook.com/helmi.assyafie

Blog ini merupakan blog saya sendiri ( Helmi Assyafie )sebagai

Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT)2010 -Hingga Sekarang ,

Setiausaha Pondok Ar Rahmaniah(2006-2012)

Tim Pengerusi 2 Madrasah Ar Rahmaniah( 2012-2013 ) Setiausaha Ulama Kawasan Sik (2012-2013)

dan

TEL untuk hubungi saya (SMS) : 013-4044259

facebook : Helmi Assyafie

https://www.facebook.com/helmi.assyafie

Mohd Nasir ada kelebihan pertahan <b>Padang Terap</b> - Harakah Daily

Posted: 27 Apr 2013 10:01 PM PDT

Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

PADANG TERAP: Kawasan Parlimen Padang Terap mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N.7 Kuala Nerang dan N.8 Pedu.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, calon PAS yang bertanding di P.007 itu, Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang mendapat 15,003 undi menewaskan calon BN, Datuk Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Kemenangan itu boleh dianggap sebagai suatu 'keajaiban' kepada beliau kerana kedua-dua Dun berkenaan dimenangi oleh calon BN. Syed Sobri Syed Hashim yang mendapat 7,856 undi memenangi Dun Kuala Nerang dengan majoriti 805 undi, sementara Dun Pedu dimenangi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan majoriti 2,733 undi.

Jika diukur daripada keputusan PRU12 itu, Mohd Nasir mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum kali ini yang diamanahkan oleh PAS untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Anak kepada penebang tebu sementara ibunya adalah penoreh getah amat memahami suasana kehidupan masyarakat di Padang Terap terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau yang mempunyai hubungan erat dengan anak-anak muda di kawasan Parlimen Padang Terap tidak bermasalah untuk melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti mereka.

Bahkan, penglibatan beliau dengan enam badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan golongan belia dan beliawanis memberi kelebihan kepada Mohd Nasir untuk mendapat sokongan pada PRU13 ini.

Dengan kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), memudahkan beliau bergiat dalam persatuan dan pertubuhan yang membabitkan golongan korporat.

Tambahan pula, beliau yang pernah menjadi pensyarah kontrak Kolej Kewangan dan Perbankan Islam, Bank Islam dapat menggunakan pengalaman itu untuk dikongsi dengan mereka.

Hubungan baik dengan golongan berkenaan dan penglibatan beliau dalam program anjuran mereka menambahkan lagi kekuatan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap.

Mohd Nasir yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya langsung tidak mempunyai masalah untuk menjayakan program keagamaan yang melibatkan masyarakat Islam.

Beliau banyak menyampaikan kuliah, berkhutbah, menguruskan jenazah dan lain-lain yang sekaligus dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat Islam dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

Selain itu, beliau sering turun padang dan menziarahi rakyat yang ditimpa musibah menjadikan hubungannya dengan masyarakat tempatan bertambah erat.

Biarpun pada PRU13 ini berdepan dengan calon BN, Mahdzir Khalid dan Muhammad Bazli Abdullah (Bebas), namun Mohd Nasir tetap menaruh harapan yang tinggi mempertahankan kemenangan yang sekaligus menyumbang kerusi kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Dengan jumlah pengundi seramai 42,045 orang yang melibatkan Melayu (92.68%), Cina (1.4%), India (0.2%) dan lain-lain (5.72%), beliau selaku anak tempatan dilihat mempunyai kelebihan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat selaku Ahli Parlimen Padang Terap yang bakal direalisasikan oleh para pengundi pada 5 Mac nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan