Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar. Bagaimanapun, Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan