Sabtu, 12 Oktober 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Blog aKu OKU: Kisah Pekerja <b>di Baling</b> Batu

Posted: 06 Oct 2013 11:35 PM PDT

Advertisement

Advertisement


Satu hari, seorang penyelia pembinaan dari tingkat 6 bangunan telah memanggil seorang pekerja yang bekerja di tingkat bawah. Kerana suasana bising pembinaan sedang dijalankan, pekerja di tingkat bawah tidak mendengar panggilan penyelianya.

Kemudian, untuk menarik perhatian pekerja , penyelia melemparkan Wang kertas bernilai 10 ringgit dari atas yang jatuh tepat di hadapan pekerja itu.

Pekerja mengambil wang kertas 10 ringgit dan memasukkannya ke dalam poket & meneruskan kerjanya.

Sekali lagi untuk menarik perhatian pekerja, penyelia kini melemparkan 500 ringgit & pekerja melakukan perkara yang sama , mengambil 500 ringgit dan meletakkannya ke dalam poket & terus melakukan kerja kembali.

Sekarang untuk menarik perhatian pekerja, penyelia mengambil batu kecil dan melemparkan pada pekerja itu. Batu itu tepat terkena kepala pekerja. Kali ini pekerja mendongak untuk melihat dari mana dan bagaimana batu itu boleh jatuh atas kepalanya.  Dapatlah penyelia itu berkomunikasi dengan pekerjanya.
Pengajaran dari cerita rekaan ini adalah sama seperti kehidupan kita. Allah SAW senantiasa menunggu komunikasi dengan hamba-hambaNYA, namun kita sibuk melakukan kerja-kerja duniawi kita.  Ketika Allah SWT memberikan kita nikmat yang kecil, kita hanya mengambil nikmat itu tanpa mahu tunduk dan sujud kepada Allah dan bermunajat untuk melahirkan rasa kesyukuran atas nikmat pemberian Allah.

Ketika Allah memberikan kita nikmat yang besar, kita hanya bergembira dan kadangkala terus melupakan kepada pemberi nikmat yakni Allah SWT dan menggunakan niikmat itu kejalan yang dimurkai Allah SWT pula.  Ada sebahagiannya mengucapkan syukur di bibir namun tetap terus tidak mengabdikan diri kepada Allah dan tetap terus meninggalkan SOLAT.

Apa yang lebih menyedihkan apabila ketika mendapat nikmat yang besar itu, kita sebagai hamba, sudahlah tidak melakukan perintah Allah SWT, mengucapkan syukur pun tidak.
Tetapi ketika kita di timba bala, walau baru sedikit Allah uji kita,  barulah ketika itu kita akan ingat Allah dan sering bedoa dan meminta pertolongannya... Ketika itulah baru kita ingat Allah dan mahu beribadat.





Begitukah sikap kita sebagai hamba Allah yang senantiasa hidup dalam nikimat yang tidak pernah putus ?  Kita bernafas setiap saat adalah hasil kurniaan Allah, namun dalam nafas yang sama kita menetang Allah ?

Marilah kita bersama-sama membentuk diri kita agar menjadi hamba yang senantiasa bersyukur dan mentaati Allah dengan melakukan setiap perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA dalam keadaan kita susah dan senang.  Pastinya hidup yang sentiasa bergantung kepada Allah akan lebih bahagian dan tenang...

InsyaAllah...


GEMPA BUMI <b>DI</b> KUPANG <b>BALING</b> KEDAH 20 OGOS 2013

Posted: 19 Aug 2013 11:55 PM PDT

Gempa bumi landa Kupang Baling Kedah 20 ogos 2013

Satu gempa bumi berkategori "lemah" yang berukuran 3.8 pada skala Ricther dikesan berlaku di Kupang berdekatan Baling Kedah pada jam 8.26 pagi Selasa

gempa bumi baling kedah ogos 2013 gempa bumi di kupang baling kedah 20 ogos 2013

Maklumat ini diperolehi dari laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia di pautan http://www.met.gov.my

Dalam pada itu, menurut  laporan yang disiarkan media, gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya dan tiada laporan menyebut berlakunya kerosakan dari impak gegaran tersebut

Meskipun ahli geologi mendapati Malaysia berada diluar kawasan "lingkaran api pasifik" namun menurut laman web wikipedia, sejak tahun 2007, Malaysia pernah mengalami 40 gempa bumi lemah

37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang)

Dari November 2007 – 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter

Biaqpila™: AWAS!!! ADA SETAN <b>BALING</b> BATU <b>DI</b> JEJANTAS <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2013 06:02 PM PDT


Dua kejadian yang sama berlaku dalam tempoh masa selang beberapa hari. Kejadian pertama dilaporkan berlaku apabila satu batu sengaja dijatuhkan dari atas jejantas Taman Connaught oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lokasi tepat kejadian adalah di jejantas di Taman Connaught yang melintasi Lebuhraya Kajang – Cheras berhampiran dengan Mc Donalds dan juga Pasaraya Giant.
OhTidak ada berkongsi kejadian ini di Facebook Pages Oh! Media baru-baru ini dan mendapat respon yang mengundang kemarahan orang awam dan risaukan akan keselamatan mereka dan mengapa ada pihak yang tergamak melakukan sedemikian rupa?
Beberapa kemalangan dilaporkan berlaku akibat sengaja dilempar batu ke arah cermin kereta di highway di kawasan Taman Connaught di bawah jejantas berhampiran Mc Donalds Taman Connaught. Perbuatan manusia tak berakal mungkin. Sebuah lagi kereta juga turut menerima kecelakaan yang sama tidak lama kemudian dan dipercayai didalangi pelaku yang sama. Berhati-hatilah sentiasa. Sebenarnya apa masalah diorang ni? – Oh! Media Facebook Pages.
Kejadian pertama kami kongsikan pada 16 Ogos lalu yang melibatkan seorang wanita di mana menerima keceraan ringan akibat daripada insiden tersebut [klik di sini].

ohtidak-baling-batu-jejantan-connaught-1

Kejadian kedua pula kami laporkan dua hari kemudian yang melibatkan seorang wanita tua yang memandu untuk pulang ke rumahnya [klik di sini]. Bagaimanapun kejadian kedua tidak dilaporkan kepada polis. Ini dijelaskan sendiri oleh anak mangsa, Anson Ong yang menyatakan dia tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana tahu tindakan tersebut hanyalah sia-sia. Apa yang dia mahu lakukan hanyalah berkongsi kepada orang ramai agar mereka dapat lebih berhati-hati ketika melalui lokasi tersebut ataupun di mana sahaja berada.

Baru dua hari lepas kami berkongsi tentang kejadian baling batu dari jejantas yang berlaku di Taman Connought berhampiran Giant dan Mc Donalds (Lebuhraya Cheras – Kajang). Kali ini satu lagi kejadian berlaku di tempat yang sama! Seorang wanita bernasib-baik kerena tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohon mana-mana ustaz untuk halau setan-setan yang bermain di aras jejantas tu. For you guys, hati-hati selalu terutama di kawasan yang disebutkan. – Oh! Media Facebook Pages.
ohtidak-baling-batu-jejantan-connaught-2

Jadi berhati-hatilah sentiasa kerana zaman sekarang ni memang susah nak difikirkan kenapa ramai sangat si bodoh yang suka melakukan perkara-perkara keji tanpa langsung rasa bersalah. Terlalu ramai yang boleh diteka sebagai suspek tapi biarlah pihak polis yang menyelesaikan perkara ini. Cadangan kami oleh kerana jejantas tersebut telah dua kali berlaku perkara yang sama dalam waktu yang singkat (itu yang kita tahu), letakkan pengawal keselamatan, CCTV atau sebarang apapun di kawasan tersebut bagi membendung kejadian yang sama berlaku lagi. Jangan tunggu ada yang dah mati baru nak buat tindakan.

Oh! Tidak

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan