ads

Sabtu, 12 Oktober 2013

02 di jitra - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


INFO! Bangunan Pasaraya CMart RUNTUH <b>di Jitra</b>! - Kedah Ke KL <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 11:24 PM PDT


Riuh rendah bila sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri di sini, runtuh.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi Selasa itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi.

Mengikut laporan awal, keruntuhan mungkin disebabkan batang konkrit yang dah mereput, kerana bangunan tersebut pernah terbengkalai lama sebelum ini.

Psst: ingat bangunan runtuh kat Terengganu lagi.. rupanya Kedah. he he..

Dinding <b>di Jitra</b> pula runtuh | The Malaysian Times

Posted: 08 Oct 2013 02:45 AM PDT

JITRA, 8 Okt: Dinding sebuah pusat membeli-belah di Kompleks Perindustrian Bandar Darul Aman di sini yang baru beroperasi Julai lepas, runtuh hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 8.40 pagi, pusat beli-belah Borong C-Mart itu belum dibuka. Tiada kecederaan dilapor.

Abdul Rohim Talib, 33, yang juga pekerja penyelenggara pusat beli-belah itu berkata mereka masuk ke pusat beli-belah itu kira-kira pukul 8 pagi untuk membuka lampu dan pejabat, lapor Bernama.

"Ketika menjalankan rutin harian kami itu, kami terdengar bunyi retakan sebelum nampak siling runtuh kira-kira lima meter dari tempat saya berada.

"Saya dan rakan lari keluar menggunakan pintu berhampiran. Masa berada di luar saya lihat dinding dan bumbung runtuh. Syukur kami selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zahari Ismail berkata bangunan itu tidak selamat untuk diduduki dan semua aktiviti perniagaan diarah tutup serta merta.

Beliau berkata pemilik bangunan itu sebelum ini memperoleh kelulusan merancang untuk membina gudang dan menyalahguna kelulusan dengan mendirikan bangunan komersial untuk dijadikan pusat membeli-belah.

Zahari berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik bangunan itu kerana melanggar syarat yang ditetapkan.

"Gudang yang runtuh dan beberapa lot premis perniagaan dalam kawasan perindustrian ini kami arahkan tutup serta merta bagi membolehkan kami dan agensi berkaitan melakukan kajian taknikal," katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jitra Mohamad Darus berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.55 pagi dan mengerahkan 10 anggota untuk ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusuf pula berkata polis menggerakkan lebih 20 anggota untuk mengawal kawasan itu bagi mengelak berlaku kecurian.

Kawasan itu juga ditutup kepada orang ramai untuk mengelak sebarang kejadian buruk, katanya.

gempar !!! dinding pasaraya runtuh <b>di jitra</b> - Bicara Perjuangan <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 10:00 PM PDT

JITRA : Sebahagian besar dinding pasar raya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri (BDI) di sini, runtuh awal pagi tadi. 
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi.
Punca kejadian masih disiasat, manakala pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi. antarapos.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved