Khamis, 17 Oktober 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Warisan Bonda: @azeezputera Korban 35 Ekor Lembu <b>di Baling</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 09:30 PM PDT



Masyarakat Islam baru sahaja meraikan Aidiladha dan melewati hari-hari awal Zulhijjah yang mempunyai nilai istimewa di dalam Islam. Selain menunaikan haji di Baitullah rata-rata masyarakat Islam yang berkemampuan akan melaksanakan ibadah qurban dengan melakukan penyembelihan haiwan ternakan.
Malah umum mengetahui ibadah qurban adalah merupakan amalan yang sangat dituntut sehinggakan Islam menetapkan hukumnya sebagai sunat muakkad bagi mereka yang melaksanakan. 

Bagi menghayati semangat dan tuntutan tersebut, boleh dikatakan hampir semua pemimpin politik khususnya BN/Umno akan mengambil kesempatan itu bagi merayakan sambutan tersebut bersama masyarakat dan penduduk di kawasan mereka.
Selain menunaikan tuntutan Islam, ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat. Atas kesedaran tersebut, ahli parlimen Baling, Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim pada Rabu yang lalu telah menganjurkan satu Majlis Qurban Peringkat Parlimen Baling dengan menyumbangkan 35 ekor lembu.
Paling menarik, Azeez bukan sekadar hadir menyumbangkan lembu namun beliau turut mengambil bahagian untuk menyembelih sendiri, menguruskan proses melapah dan mengagihkan daging kepada rakyat di Baling. Sebanyak 7 mukim di kawasan parlimen Baling telah menerima sumbangan 5 ekor lembu yang dilaksanakan secara gotong-royong bersama para penduduk.
Menurut Azeez, program yang diadakan secara gotong-royong itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama tetapi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

"Petugas-petugas dapat menjalin kemesraan bersama para penduduk kampung ketika majlis berlangsung termasuk ketika sama-sama melapah, mengagih dan memasak daging korban," katanya.

 
Di kesempatan itu juga, Azeez turut mengesa agar umat Islam di negara ini bersatu hati dan menjadikan sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas dan bersyukur. Menurut beliau perkara itu perlu terutama dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar.

"Sejarah pengorbanan itu memberi peringatan kepada kita supaya melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan rendah hati.

"Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air," katanya lagi
Fazli Jusoh, salah seorang pemimpin masyarakat ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Azeez.
"Antara salah satu faktor kemenangan Datuk Azeez di Baling ini ialah disebabkan sikap prihatin yang ditunjukkan selama ini. Hampir setiap tahun program ini telah dilaksanakan, walaupun sebelum ini beliau bukan merupakan wakil rakyat.
"Seingat saya, ini adalah merupakan tahun ke-7 program korban ini diadakan di Baling. Contohnya pada tahun lepas, walaupun pada ketika itu beliau terlibat dengan misi kemanusiaan di Jordan, Datuk tetap memberikan sumbangan korban kepada para penduduk kampung" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan