Khamis, 17 Oktober 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


aku: Langkawi 2013: Aktiviti <b>di Langkawi</b>

Posted: 06 Oct 2013 07:44 PM PDT

tak de la byk sangat aktiviti kat langkawi kali ni
tapi cukup padat, letih, dan seronok gila hahahhahaha
ombak kat holiday villa ni best





 anak2 mmg tak suka mandi laut
tapi trip ke langkawi kali ni mmg nak derang mandi laut
papa derang dh bagi syarat aritu


 alyssa memula yang layan ombak


 aik seronok nampak alyssa
pastu bergilir2 aira dan pastu aryan lak
main gak, tapi tak de sapa sudi amik gambar la 
mlm tu 3 ulat nangka tido seawal jam 8 mlm santak sampai 11 pagi akibat kepenatan main ombak hahahahhaha
pusing2 nek keta di satu hari
yeayyyy nak masuk terowong
   The Gulai House
highly recommended kalau korang nak cari fine dining ke, makan2 yang best dan ada specialitinya
aku tak sempat pi sebab perut kekenyangan aje, plus byk sangat la tempat aku nak pi makan, tapi percutian tah brapa hari aje kan
review dari google sana sini, tempat ni mmg best

 ni the gulai house tu, dlm hutan ok, area datai sana
agak2 byk nyamuk tak?

 salah satu hotel mahal aku mampu pusing2 dulu hahahahhahahaha
tah bila dpt check in kat sini
tapi kan, aku call hotel ni aritu, gila belagak dia punya reception
tau la aku bukan org berduit cetttttttttt
 sempat pusing tanjung rhu

 topi baru beli kat langkawi
hahahahhahaha
benda yang paling aku tak sangka di request oleh aira dan alyssa
"mama, kitorang nak pi spa....nak urut kaki la, penat jalan"
amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
demi utk memenuhi impian derang
halangan adalah aryan yang masih kecik lagi, byk spa tak mo terima budak kecik, nanti bising
akhirnya, dpt gak satu spa
alun2 spa


alyssa urut sejam, aira 45 minit sebab tak tahan geli

aku ngan pakwe amik body massage
aryan pengsan kepenatan sepanjang sesi massage sebab masa ni kitorang baru balik dari kilim tour
so alyssa ngan aira ni duduk la berdua dok massage kaki
aku kuar aje ngan pakwe dari body massage, tgk derang tgh layan air teh serai
wakkakakakak sedap derang kata
aku tak suka, tapi derang kata sedap
so, lepas ni, on every vacation, aku kena selitkan aktiviti spa utk derang
bukan spa aje budak ni pandai request tau, karaoke pun derang pandai request
seb bek masa kat langkawi ni aktiviti padat, kalau tak mau gak kena angkut pi karaoke
sebelum balik, aku sempat singgah ke the villa hotel
bestkan dpt bilik, bukak pintu terus terjun pool
ada 2 katil queen baru RM200 ok!
itu rate kengkawan kekdahnya
hahahhahahha since form 5 tak pernah jumpa
zalifah namanya, ayah dia askar, sama mcm ayah aku
sebab tu dia merata2 tinggal
masih seperti dulu...body maintain aje

so pas ni kalau nak ke langkawi, dah tau nak cari sapa
hahahahhahahahhahaha muahahahhahahha
moga dpt jumpa ko lagi zalifah...kalau mai lagi, for sure ko la org yang aku akan cari hehehehehehehe
tq for arranging our nice kilim tour!
kilim nanti aku up entry len ye!

Kedahkini: GEMPAK ! KENDERAAN RASMI BAWA MB KEDAH <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 12:44 AM PDT

Kenderaan Rasmi  Menteri Besar  Dalam Kemalangan Di Langkawi



Langkawi: Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yoi, Padang Mat Sirat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, anggota polis pengiring yang menaiki motosikal sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 40-an dari arah Padang Mat Sirat ke Kuah mengalami masalah teknikal menyebabkan kenderaan itu menggelongsor lalu merempuh kereta yang dinaiki Mukhriz.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, anggota trafik sudah memberi isyarat kepada kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat supaya memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada kenderaan rasmi Menteri Besar untuk membelok ke kanan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan