02 di langkawi - Google Blog Search |
Kantoi ! Tipu Cukai Kereta Mewah 3 Dicekup SPRM <b>Di Langkawi</b> Posted: 07 Sep 2013 08:43 PM PDT SPRM tahan 3 elak cukai kereta mewah Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri, yang dipercayai terlibat sindiket cuba mengelak cukai eksais kereta mewah dan memalsukan dokumen Kastam Diraja Malaysia. Difahamkan penahanan mereka akan membuka kepada pembongkaran pembelian dan penjualan kereta mewah di Langkawi serta sindiket yang cuba mengelakkan cukai lain bernilai berjuta-juta ringgit. Ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun ditahan di pulau peranginan itu petang kelmarin. Isteri kepada pasangan berkenaan merupakan pengurus bank. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan tiga individu terbabit. "Ya, kami ada menahan tiga orang semalam (kelmarin). Siasatan sedang dijalankan," katanya, namun enggan mengulas lanjut. Difahamkan wanita berkenaan membeli sebuah kereta mewah manakala suaminya bersubahat dalam pembelian dan penjualan semula kereta bernilai RM500,000. Kereta itu dibeli menggunakan nama wanita berkenaan telah dijelaskan duti eksais dan kononnya didaftarkan di Langkawi. Ia dibeli pada harga RM300,000 dan dijual semula dalam tempoh tiga bulan pada harga RM500,000. Selain tidak membayar duti eksais, dokumen K1 Kastam yang digunakan juga telah dipalsukan. Ketiga-tiga mereka dijangka akan didakwa dalam waktu terdekat. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan