Jumaat, 4 Oktober 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


3 maut keracunan makanan <b>di</b> kenduri kahwin <b>tanjung dawai</b>

Posted: 01 Oct 2013 02:52 AM PDT

Tiga maut keracunan makanan di kenduri kahwin Tanjung Dawai Kedah

mangsa keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Mangsa keracunan makanan menerima rawatan di hospital

Tiga orang daripada jumlah hadirin yang hadir ke kenduri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal dan punca dipercayai akibat keracunan makanan

Menurut laporan sumber berita, sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat

Berikut adalah kronologi dan senarai tiga mangsa yang dilaporkan meninggal dunia

nurshazana maut keracunan makanan 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11 tahun

Mangsa dipercayai pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam

Nurshazana Mohd Rashid, 24 tahun

Mangsa merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB

Ibrahim Muhamad, 62 tahun

Mangsa berasal Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH, menurut anak mangsa, Zulkifli, 31, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu

ibrahim maut keracunan makanan 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Jelasnya lagi keadaan Ibrahim dilihat semakin tidak bermaya beberapa jam selepas itu menyebabkan ahli keluarga membawanya ke Hospital Daerah Yan tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan

Pihak yang berkaitan, turut mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia itu adalah berpunca akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu

Semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius

Difahamkan kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan selanjutnya

gambar mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di tanjung dawai 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

update 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Lebih 170 orang menerima rawatan

Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan

Tambah laporan semasa lagi, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan

Daripada  jumlah 114 orang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) itu, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang

Kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang

Di Hospital Yan, seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil

jumlah mangsa maut makan kenduri kahwin <b>tanjung dawai</b>

Posted: 01 Oct 2013 07:28 AM PDT

Jumlah mangsa maut keracunan makanan kenduri kahwin di Tanjung Dawai

jumlah mati makan kenduri di tanjung dawai jumlah mangsa maut makan kenduri kahwin tanjung dawai

Tragedi keracunan makanan di rumah kenduri kahwin

Seorang lagi mangsa keracunan makanan, kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai Kedah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) jam 7.15 malam Selasa (1 Oktober 2013)

Mangsa, Wan Razali Wan Yaacob berusia 56 tahun seorang nelayan berasal dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut

Melihatkan keadaan sakit perut mangsa yang serius, mangsa dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad dan keadaan mangsa dikatakan semakin berlarutan itu, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama

Mangsa juga dilaporkan semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah disahkan meninggal dunia

Dengan kematian terbaru yang dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang

Sebelum ini, tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menghadiri majlis perkahwinan berkenaan pada Sabtu lepas

Berikut adalah senarai butiran jumlah mangsa yang maut akibat keracunan makanan selepas menikmati juadah di rumah kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai

Nama mangsa meninggal dunia Umur/ Tahun Alamat
Mohd Nor Rahmat Yusof 11  Kampung Singkir Laut, Sungai Petani
Nurshazana Mohd Rashid 24  Kampung Tempoyak, Bedong,
Ibrahim Muhamad 62 Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu,
 Wan Razali Wan Yaacob 56 Kampung Banggol, Belau, Merbok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan