ads

Jumaat, 11 Oktober 2013

02 di merbok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Tetap Mahu Berkhemah <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b> - MyNewsHub

Posted: 22 Jun 2013 07:45 PM PDT


SHAH ALAM – Sekumpulan aktivis yang berkhemah di Padang Merbok hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari tempat tersebut walaupun telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi laman sesawang Facebook Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka akan terus bertahan meskipun dihalang berkhemah di situ oleh pihak DBKL.

"DBKL dan polis datang dengan lebih ramai. Mereka sudah berbaris, mungkin tapak khemah akan diserang teruk.

"Kami akan cuba pertahan. Mohon malam ini semua berkumpul di Padang Merbok," katanya.

Mereka yang berkhemah di sana turut mencipta lagu bagi meningkatkan semangat mereka untuk kekal di sana.

Antara petikan lirik lagu tersebut adalah: "DBKL sangat baik hati, jaga kami dari malam tadi, kerja anda kami hargai, sampai esok kami di sini.

"Wahai SPR letak jawatan, kamu angkuh kami bertahan, demi prinsip demi masa depan."

Dalam pada itu, dipetik menerusi Bernama, kira-kira 150 orang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, sebaliknya hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja.

Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu.

Sehingga 4.30 petang ini mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok.

Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguat kuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar.

DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi ini kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu. – SINAR HARIAN

Tetap Mahu Berkhemah Di Padang Merbokhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/470x275x9f035e5cc783235bcd5c987cfa7edda2.jpg.pagespeed.ic_.y8eUNg8fy2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/470x275x9f035e5cc783235bcd5c987cfa7edda2.jpg.pagespeed.ic_.y8eUNg8fy2-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

SHAH ALAM - Sekumpulan aktivis yang berkhemah di Padang Merbok hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari tempat tersebut walaupun telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menerusi laman sesawang Facebook Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata,...

SHAH ALAM - Sekumpulan aktivis yang berkhemah di Padang Merbok hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari tempat tersebut walaupun telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menerusi laman sesawang Facebook Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka akan terus bertahan meskipun dihalang berkhemah di situ oleh pihak DBKL. "DBKL dan polis datang dengan lebih ramai. Mereka sudah berbaris, mungkin tapak khemah akan diserang teruk. "Kami akan cuba pertahan. Mohon malam ini semua berkumpul di Padang Merbok," katanya. Mereka yang berkhemah di sana turut mencipta lagu bagi meningkatkan semangat mereka untuk kekal di sana. Antara petikan lirik lagu tersebut adalah: "DBKL sangat baik hati, jaga kami dari malam tadi, kerja anda kami hargai, sampai esok kami di sini. "Wahai SPR letak jawatan, kamu angkuh kami bertahan, demi prinsip demi masa depan." Dalam pada itu, dipetik menerusi Bernama, kira-kira 150 orang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, sebaliknya hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja. Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu. Sehingga 4.30 petang ini mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok. Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguat kuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar. DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi ini kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu. - SINAR HARIAN

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved