Jumaat, 11 Oktober 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


<b>Sungai Petani</b>, Kedah - De Selesa Guesthouse

Posted: 01 Oct 2013 06:20 AM PDT


Address: No 617 Lebuh Nilam Taman Delima
Location: Kedah - Sungai Petani
Postcode: 08000
Price: RM 180
Type: Homestay
* Guesthouse yang selesa, luas, lengkap dengan segala kemudahan dan berkualiti.
* Berada di kawasan perumahan.
* Lokasi yang sangat strategik di mana terdapat barisan kedai-kedai - supermarket, klinik, cybercafe, restoran, gerai-gerai makan, pam minyak, bengkel tayar dll.

* Rumah Teres  Semi D dengan ruang yang luas, 3 bilik tidur (2 hawa dingin), 2 bilik air sesuai untuk 6 orang dewasa.

Kelengkapan untuk keselesaan anda:



* Ruang tamu: ruang utama - set sofa 3+2, TV LCD 32", kipas siling;
* Ruang makan
* Bilik tidur utama - air-cond 1.5 HP, 1 katil queen,
* Bilik tidur 2, 3 - masing-masing lengkap dengan
air-cond, 2 katil queen, air-cond kipas siling.

* Ruang dapur - mesin basuh, peti sejuk, rice cooker.
Peralatan ringkas untuk memasak dan menghidang makanan(dapur gas, pinggan-mangkuk, cawan, gelas, talam, periuk, sudu, sudip dll)

Turut disediakan:
* Seterika dan papan alas menggosok pakaian
* 6 tuala mandi, kopi, teh dan gula.
 


~ Berdekatan dgn Pusat Rekreasi:-
- Pantai Merdeka
- Taman Tema Air
- Hutan Lipur Reakreasi Tupah
- Gunung Jerai
- Tanjung Dawai

~ Berdekatan dgn Pusat Pendidikan :-
- UITM Merbok, Kedah
- MRSM Merbok, Kedah
- Institut Perubatan, Sains dan Teknologi - Asia (AIMST)
- Institut Kemahiran MARA Sungai Petani
- Kolej Komuniti Sungai Petani
- SM Teknik Sungai Petani 1 & 2
- SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
- Cosmopoint Sungai Petani

~ Berdekatan dgn Pusat Beli-belah  Pasaraya -
Central Square (The Store) , SP Plaza (The Store),
Tesco, Giant Hypermarket , Village Mall , Parkson



~ Check in = 2.00 petang
~ Check out = 12.00 tengahari

* Sebagai pengesahan Tempahan anda perlu membayar
deposit. Sekian, terima kasih.

Kadar sewa:
Isnin - Khamis: RM180/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM200/malam
Diskaun bila menginap lebih 3 malam.

Homestay lain: De Selesa Homestay, Johor Bahru Johor



Untuk keterangan lanjut sila hubungi 019-7535540. Terima kasih.

Rating For This Post :

Punca keracunan makanan <b>di</b> majlis kahwin <b>Sungai Petani</b> - Nur Ikaa

Posted: 01 Oct 2013 10:14 AM PDT

"Punca keracunan makanan di majlis kahwin di Sungai Petani Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk ", kata Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat.
Menurut laporan sumber berita, sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat. Tiga orang daripada jumlah hadirin yang hadir ke kenduri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal dan punca dipercayai akibat keracunan makanan.
Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan.
Tambah laporan semasa lagi, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan. Daripada  jumlah 114 orang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) itu, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang. Kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang. Di Hospital Yan, seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.
Punca keracunan makanan tersebut disebabkan oleh Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
 Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

"Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik," katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

"Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella," katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

"Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.



Sinar Harian

3 Maut 2 Kritikal Lepas Makan Kenduri <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 30 Sep 2013 05:20 PM PDT

3 Maut 2 Kritikal Lepas Makan Kenduri di Sungai Petani | Tiga termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu. Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat.

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Tambah beliau, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.

Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.

"Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

Update - Bakteria Salmonella Punca Keracunan Makanan di Sungai Petani 

Artikel Menarik

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3mati_2kritikalkeracunanmakanankendurikahwin/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan