Khamis, 31 Oktober 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


[Panas] Tiket Final Super Spontan 2013 | 1 November <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 01:59 PM PDT

PAS MASUK PERCUMA SUPER SPONTAN 2013


Updates : Tiket sudah HABIS diedarkan

Minggu ini merupakan minggu terakhir pertandingan Super Spontan 2013. Tinggal 6 peserta sahaja yang akan merebut hadiah utama berjumlah RM 100,000. Siapakah juara pilihan anda antara Jep, Johan, Tauke, Yus, Nabil dan Rahim. Edisi Final Super Spontan 2013 akan diadakan di Dewan  Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah.

Kepada mereka yang teringin untuk menyaksikan Final Super Spontan 2013 secara langsung boleh dapatkan tiket atau pas masuk percuma di perkarangan Dewan Kenangan MPSP bermula jam 10 pagi hingga 4 petang pada hari Jumaat ini (1 November 2013).

Tiket adalah terhad. Orang-orang Kedah jom pakat tengok! Jumaat korang cuti so boleh lah beratur panjang-panjang. Bagi yang tidak berkesempatan ke Sungai Petani, Kedah, anda boleh menyaksikan Siaran Langsung Final Super Spontan 2013 di kaca TV anda.

Program : Final Super Spontan 2013

Tarikh : 1 November 2013 (Jumaat)

Masa : 10.00 malam


Tempat : Dewan Kenangan, MP Sungai Petani, Kedah

Penyiar rasmi : Astro Warna (132) Mustika HD (134)

Live Streaming : Youtube Astro Gempak

Cara-cara mengundi peserta Final Super Spontan 2013

Untuk edisi Final Super Spontan 2013 anda tidak perlu mengundi kumpulan #SemutSentap atau #KetamKonfius. Tetapi mengundi nama peserta tersebut untuk menjadi juara individu. Musim lepas, Zizan Razak diangkat sebagai Juara Super Spontan. Kali ini adakah Jep atau Johan? Keputusan di tangan anda. Undi peserta kegemaran anda sekarang.

Layari Facebook Super Spontan untuk maklumat lanjut.

Lokasi Final Super Spontan 2013 | Dewan Kenangan MPSP

Dewan Kenangan satellite map

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Entri berkaitan : astro warna , final , hiburan , jep , johan , ketam konfius , lawak , live streaming , nabil , rahim , semut sentap , siaran langsung , super spontan , tauke , tiket percuma , undian , yus

Finale #Super Spontan2013 <b>di Sungai Petani</b> #VMY2014

Posted: 27 Oct 2013 05:53 PM PDT



Super Spontan2013 merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan2013 menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti.
Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan.

 Finale Super Spontan 2013 di Sungai Petani

 

 Buat julung-julung kalinya, finale Super Spontan2013 akan diadakan di Sungai Petani, Kedah. SuperSpontan2013 akan berlangsung di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Sungai Petani pada 1 November 2013 nanti.

Peminat-peminat Super Spontan2013 di kawasan utara khususnya penduduk Sungai Petani berpeluang melihat kehebatan Jep Sepahtu, Johan, Nabil, Yus Jambu, Tauke Jambu dan Rahim R2 bersaing di pentas akhir nanti. 


Program ini juga berpeluang memperkenalkan bandar Sungai Petani sebagai pusat pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 atau VMY2014. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan acara yang pasti ditunggu-tunggu ini. 

Untuk keterangan lanjut tentang tiket boleh layari FB Super Spontan

Kepada mereka yang nak dapatkan tiket untuk menyaksikan #SuperSpontan2013 akhir boleh dapatkan secara percuma di Kaunter Jualan Astro di Perkarangan Dewan Kenanga MPSP, Sungai Petani, Kedah. Dari jam 10 pagi hingga 4 petang, Jumaat ini (1 November 2013). Tiket adalah terhad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan