ads

Khamis, 31 Oktober 2013

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Pembangunan Sekolah Pondok Keutamaan Kerajaan <b>Negeri Kedah</b>

Posted: 26 Oct 2013 05:02 AM PDT

Kategori PRK Sg Limau

Pembangunan Sekolah Pondok Keutamaan Kerajaan Negeri Kedah – Mukhriz

YAN, 26 Okt – Isu berkaitan agama di negeri Kedah dianggap sebagai keutamaan dan institusi berkaitannya akan terus dibela kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

mb-kedah-mukhriz-pelajar-maahad-tahfiz-sekolah-agama-pondok-kempen-pilihanraya-prk-sungai-limau-masjid-surau-zuhur

Beliau berkata pendekatan itu bukan sekadar cakap kosong tetapi merupakan komitmen berdasaran kemampuan kerajaan negeri dengan dibantu kerajaan pusat.

"Soal agama ini kita letak bab paling awal (terdahulu) dan kita beri keutamaan berkait dengan agama termasuklah dalam soal kebajikan sekolah pondok, maahad tahfiz, sekolah agama bantuan kerajaan, surau dan juga masjid.

"Sebab itu tidak pelik apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang (di sini) dan banyak berjumpa dengan warga pondok yang menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat membantu sekolah pondok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Asar berjemaah bersama Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Pondok Moden Nahdzah, Bukit Besar dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM3 juta bagi pembinaan dewan makan Pondok Moden Nahdzah selain asrama bagi Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah yang terletak di hadapan pondok tersebut.

Pondok Moden Nahdzah merupakan pusat pengajian agama khas bagi warga emas yang dibuka pada Februari tahun ini yang menjadi pelengkap kepada SMA Nahdzah yang merupakan sekolah agama bantuan kerajaan yang dibuka sejak 1946.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pondok Moden Nahdzah dan SMA Nahdzah, Nasir Othman berkata ini kali pertama sumbangan sedemikian diterima pihaknya dan juga kali pertama pimpinan tinggi negara hadir ke pusat pengajian agama berkenaan.

"Ini (peruntukan) satu anugerah besar tak terduga. Ini bukan masalah politik tapi masalah pendidikan. Saya juga rasa seronok kerana pemimpin tertinggi ambil berat mengenai agama dan pendidikan umat Islam," katanya.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 40 pelajar di Pondok Moden Nahdzah dan 780 pelajar di SMA Nahdzah.

"Kita punyai asrama yang mencukupi bagi Pondok Nahdzah. Cuma di SMA Nahdzah, asrama yang ada cuma mampu menampung 420 orang pelajar," katanya.

Berita Bertarikh Pada 26 October 2013 8:02 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved