ads

Jumaat, 27 Disember 2013

02 di changlun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat Dua Kemalangan <b>Di Jitra</b> <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2013 02:19 AM PST

Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat Dua Kemalangan Di Jitra

JITRA – Polis meminta orang ramai yang menyaksikan dua kemalangan maut di Km 22.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke Changlun semalam dan di Km 23.1 lebuh raya tersebut pada 4 Dis lepas agar tampil memberi maklumat.

Dalam kejadian yang berlaku semalam, mayat pembantu gerai makanan di Universiti Utara Malaysia, Mohd Malik Samsudin, 30, ditemui di tepi lebuh raya berhampiran kilang Gano Excel kira-kira 7.45 pagi.

Pegawai Penyiasat Trafik Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Inspektor S. Ragu berkata mangsa menunggang motosikal Yamaha Ego bernombor pendaftaran RK6913 dan dia dipercayai menjadi mangsa langgar lari.

Kes satu lagi membabitkan pekerja kilang Mohd Iswandi Ishak, 22, yang turut menjadi mangsa langgar lari.

Ragu berkata mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8.50 malam dengan kesan kecederaan dipercayai akibat digilis kenderaan.

Mangsa menunggang motosikal Honda Wave nombor KCS 4263, katanya.

Beliau meminta orang ramai agar menghubunginya di talian 013-5201383 atau Trafik IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222. - BERNAMA

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada December 26, 2013 - 6:19 pm oleh Shazuein Azmaini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved