ads

Jumaat, 27 Disember 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


U-Kiss & Yuna Satu Pentas <b>Di Sungai Petani</b> | buahmulut.com

Posted: 26 Dec 2013 04:12 AM PST

Dari syarikat pemaju hartanah utama di Malaysia kini Eupe Corporation Berhad bakal menjadi teraju utama dalam penganjuran konsert yang terbesar di utara tanah air iaitu di Sungai Petani, Kedah apabila bakal mengabungkan beberapa nama besar tanah air dan juga artis K-Pop pada 1 Mac, 2014 sempena Pesta Muzik Planet Eupe.



U-Kiss & Yuna dua nama yang cukup besar dan mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia bakal bergabung dengan sensasi elektro-pop Taiwan, Jeannie Hsieh manakala artis tempatan lain yang turut tersenarai adalah Orange Tan, Najwa Latif, Da.Mon.Ster , KahJun dan Mint G.

Bakal berlangsung di Taman Air Carnivall Eupe, yang terletak di Cinta Sayang Resort Sungai Petani, Kedah, Dato' Beh Huck Lee selaku pengarah Eupe Corporation Berhad menjelaskan yang beliau sangat teruja untuk menjadi tuan rumah kepada pesta muzik terbesar di Sungai Petani yang bakal diadakan nanti



Jelasnya "Penganjuran acara festival muzik bertaraf dunia ini juga adalah satu cara kami menyatakan terima kasih kepada rakyat di utara Malaysia yang sudah lebih suku abad membantu dan terus menyokong kejayaan syarikat kami. Dengan sokongan yang diberikan situ wajarnya mereka diberikan ganjaran dengan acara hiburan berskala besar seperti ini."

"Pesta Muzik Planet Eupe bukan sekadar platform untuk menonjolkan artis tempatan – ia juga menjadi satu bukti untuk disaksikan artis antarabangsa yang terbabit bahawa lokasi perbandaran seperti Sungai Petani juga mampu menjadi tuan rumah acara muzik utama untuk negara."



Sejumlah 20,000 tiket untuk acara ini akan dijual mulai 18 Disember, 2013. Harga yang ditawarkan adalah seperti RM90 (berdiri), RM190 (berdiri), RM290 (tempat duduk bernombor) dan RM390 (tempat duduk bernombor). Promosi pembelian tiket awal bermula 18hb hingga 31hb Disember 2013. Dapatkan tiket anda sekarang untuk potongan harga sebanyak 15 peratus untuk semua harga. Tiket boleh dibeli di Cinta Sayang Resort serta melalui TicketCharge – ( www.ticketcharge.com.my ) dan kedai yang terpilih.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved