Ahad, 1 Disember 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Pembekal Kereta Jerman Buka Kilang <b>di Kulim</b> | Ekonomi

Posted: 27 Nov 2013 07:30 PM PST

alt

 

KULIM 28 Nov - Pembekal kereta Jerman, ZF Chassis Stems Sdn Bhd, membuka kilang di Kulim, Kedah, sejajar dengan pelan pengembangan kumpulan itu untuk menembusi pasaran serantau.

Naib Presiden Eksekutif Bahagian Teknologi Casis Kereta, Dr Peter Holdmann berkata , ZF yang merupakan pembekal automotif di seluruh dunia bagi teknologi 'Driveline' dan Casis, menyasarkan untuk memperoleh lebih banyak syarikat automotif jenama premium selain menyediakan produk untuk BMW dan Inokom di Malaysia.

"Kilang baharu itu akan meningkatkan kapasiti pengeluaran semasa untuk BMW dan Inokom.

"Kumpulan itu juga sedang dalam peringkat awal perbincangan dengan beberapa pengeluar automotif tempatan.

"Kami mempunyai kilang di Thailand untuk membekalkan produk kami kepada BMW, Mercedes-Benz, Ford, dan General Motors (GM) dan berharap melakukan perkara yang sama di Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran pembukaan kilang ZF Chassis Stems Sdn Bhd di sini semalam.

Beliau menjelaskan, kilang baharu di Kulim itu merupakan peluasan rangkaian kumpulan untuk lokasi pemasangan gandar.

Katanya, kilang ZF seluas 100,000 meter persegi di Kulim akan bermula dengan pemasangan gandar dalam negara (CKD).

"Set gandar yang siap untuk dipasang itu dihantar dari lokasi ZF yang lain.

"Kami memilih Kulim disebabkan kami mahu lebih dekat dengan pelanggan kami sekarang selain sokongan yang kuat pelabur tempatan yang membolehkan pembinaan kilang itu siap dalam tempoh lima bulan," katanya.

Pada sambutan ulang tahun ke-25 Asia Pasifik tahun lepas, jualan ZF Group sehingga 2015, dianggarkan meningkat kepada 20 bilion euro berbanding kira-kira 15.5 bilion euro.

 

 

Last Updated on Thursday, 28 November 2013 11:41

Tiada ulasan:

Catat Ulasan