Ahad, 1 Disember 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


paanzainudin: ZOOM IN <b>SUNGAI PETANI</b> , KEDAH

Posted: 24 Nov 2013 09:52 PM PST

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah , mesti ramai yang nak pergi melancong kan ?? Hirup-hirup udara segar , cuci-cuci mata , makan makanan yang sedap-sedap .. Hmmm dekat setiap negeri mesti ada tempat menarik ,  macam tue la jugak dekat negeri Kedah .. Kali nie Paan bukan setakat nak view tempat-tempat menarik dekat negeri Kedah saja tetapi nak zOom in kawasan yang bestt di  Sungai Petani Kedah , merangkap tempat tinggal Paan sendiri .. hihi
 ◕‿◕ TAMAN TEMA AIR "THE CARNIVALL" ◕‿◕
Terletak di dalam Cinta Sayang Golf & Country Resort di Sungai Petani, merupakan satu-satunya taman tema air di negeri Kedah yang dikenali sebagai "The Carnivall ". Korang boleh bayangkan keseronokan badan korang "disapu" ombak pasang surut dan terapung di dalam "sungai" sepanjang 300 meter. Siap boleh bersantai atas pelampung tiub yang korang boleh dapatkan secara percuma jer ..
Banyak lagi tempat dan aktiviti  menarik di situ seperti cabaran gelongsor turun dari menara 15 meter tinggi , melalui gelongsor air terbuka sepanjang 140 meter -berpusing dan beralih cerun sebelum sampai ke kolam bawah dan lain-lain lagi. haa pening hehehe. 
◕‿◕ PANTAI MERDEKA ◕‿◕
Pantai Merdeka (Pantai Kemerdekaan) adalah salah satu pantai yang paling popular di Kedah. Terletak kira-kira 26 km dari Bandar Sungai Petani. Pelbagai aktiviti sukan air boleh didapati di sini seperti menunggang belayar, ski air , melayari, berkanu dan lain-lain.
Salah satu permandangan di sini .. Haaa , di belakang kiteorang tu la Gunung Jerai .. Kalau korang perasan la kan , tempat-tempat yang dinyatakan dalam lirik lagu "Cinta Pantai Merdeka" tue semuanya kita boleh nampak dari sini . Contohnya Gunung Jerai , Tanjung Dawai dan lain-lain. 
Di pantai nie, terdapat sisa sejarah Perang Dunia ke-2 , kubu yang dibina pada tahun 1941 oleh British untuk melindungi penduduk daripada bom atau serangan lain daripada Jepun.
Bagi pengunjung yang hendak bermalam di sini, Merdeka Beach Resort adalah tempat yang terbaik untuk tinggal dengan selesa dengan kemudahan yang lengkap untuk dipilih seperti chalet , rumah rehat , tapak perkhemahan , kolam renang dan kedai makanan.
Pernah makan ABC Gunung Jerai ?? ABC yang tinggi-tinggi macam dalam gambar dekat atas tue .. Haaa kalau korang nak rasa boleh la datang dekat Pantai Merdeka nie .. Murah ja di samping terdapat makanan-makanan laut dekat sini .. psttt , kalau makan sorang memang tak habis weyyy ..
◕‿◕ TANJUNG DAWAI ◕‿◕
Tanjong Dawai adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Terletak kira-kira pada 30 km dari bandar Sungai Petani. 
Tanjung Dawai terkenal dengan makanan laut dan produk kering laut seperti ikan bilis , belacan (belacan segar), cincaluk dan talang ikan masin. Antara barangan kegemaran parap pelancong adalah masin gelama kering , ikan tamban, keropok ikan , udang dan  sotong pada harga luar biasa. 
Selain daripada hidangan makanan laut, korang juga boleh menaiki bot dari jeti lembaga untuk ke tempat tempat perkelahan yang popular, Pantai Merdeka dalam masa 5 minit.
◕‿◕ JETI PAYA BAKAU ◕‿◕
Kalau la korang nie seorang pencinta alam semula jadi , mesti korang berminat nak meneroka kawasan paya bakau di Sungai Petani di sepanjang tebing sungai di Sungai Merbok.
Sungai Merbok nie memang kaya dengan sejarah dan pernah menjadi laluan pedagang pada zaman dahulu. Istimewanya kawasan di sini adalah kawasan paya bakau yang dikelilingi oleh 30 spesies bakau , 80 spesies burung dan 50 spesies ikan dan kerang-kerangan. Wowww , macam menarik kan ??
Pelancong boleh menaiki bot yang terdapat di situ untuk melihat kawasan sekeliling paya bakau. Selain daripada tarikan ini , terdapat dua pulau legenda di Sungai Semeling , iaitu Pulau Tiga dan Pulau Tok Kunyit yang dipercayai menjadi sarang legenda " Raja Bersiong " dan " buaya putih". serraammm ~~
◕‿◕ MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG ◕‿◕
Okeyy , kalau sesiapa yang minat tempat-tempat bersejarah boleh datang ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang .. Sebuah tempat (kerajaan Hindu-Buddha) yang dikatakan tamadun yang tertua di semenanjung Malaysia .. Terletak di Merbok , 18km dari Bandar Sungai Petani .. 
Banyak artifak dan sisa-sisa dari kuil-kuil yang dibina telah ditemui , dikumpul, didokumenkan dan dibina semula oleh pihak berkuasa di sini . Nak senang ceqitanya oqang kat sini panggey Candi Lembah Bujang. No tel muzium : +604-4572005
◕‿◕ JAMBATAN MERDEKA ◕‿◕
Jambatan Merdeka adalah jambatan yang merentasi Sungai Muda, sungai terpanjang di Kedah , kiranya jambatan yang menghubungkan sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah. Actually jambatan nie dekat sangat dengan rumah Paan di Tikam Batu , naik moto tak sampai 3 minit ..
Kalau korang nak tahu , jambatan nie adalah penggantian jambatan sejarah ( 1940) , yang telah dibom oleh pesawat Jepun pada tahun 1942 semasa Perang Dunia ke-2. Dekat dengan hujung jambatan nie ,  di Bumbung Lima, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, ada sisa sejarah Perang Dunia ke-2 iaitu kubu yang dibina oleh Tentera British.
◕‿◕ KOTA KUALA MUDA ◕‿◕
Kota Kuala Muda ni sebuah perkampungan nelayan kecil  terletak di muara Sungai Muda, kira-kira 25 km dari Sungai Petani / 9 km dari rumah Paan. Pada zaman dulu Kuala Muda ni merupakan sebuah pelabuhan penting di Kedah. Sebab dekat dengan Penang kan, jadi banyak dapat pengaruh British. Korang pun tahu kan yang Thailand pernah menduduki Kedah selama 21 tahun. Alahaii , waktu nie ekonomi Kedah memang tersangatlah menderita di bawah pemerintahan diorang.
Lagi satu , mesti korang teringat kan peristiwa Tsunami yang pernah melanda beberapa negeri termasuk Kedah ?? Haaa dekat sini la berlakunya peristiwa Tsunami tue .. Semasa bencana 26 Disember 2004 ni berlaku , kesan gegaran ombak tue pun boleh sampai dekat rumah Paan tauu dan di Kuala Muda juga terdapat Monumen Tsunami dan beberapa kawasan yang terjejas .. Penduduk dekat sini biarkan keadaan-keadaan rumah dan kawasan dekat situ seperti keadaan selepas tsunami untuk dijadikan tempat bersejarah ..
◕‿◕ TAMAN JUBLI PERAK ◕‿◕
Taman Jubli Perak ni terletak di pinggir pusat bandar di Jalan Sungai Layar. Secara officiallnya dirasmikan oleh Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 1983.
Taman ni merupakan tempat yang sesuai untuk berehat, berkelah dan melakukan aktiviti bersama keluarga serta rakan-rakan. Dekat taman nie juga terdapat beberapa kandang haiwan dan pelbagai spesies burung. 
Bersebelahan dengan taman nie juga terdapat Perpustakaan Awam.
◕‿◕ CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT ◕‿◕
Cinta Sayang Golf & Country Resort adalah Golf Resort 4 bintang yang terletak 4 km ke timur laut bandar Sungai Petani . Kini CSGC telah berkembang menjadi salah satu destinasi golf yang paling popular di utara Malaysia dan di antara 18 resort golf kelas pertama peringkat antarabangsa. 
Kawasan kat sini pergghhh , memang menyenangkan .. Korang boleh jadikan resort nie tempat bermain golf , riadah , bercuti , mesyuarat, konvensyen , sukan dan banyak lagi.  Memang banyak kemudahan yang terdapat dekat sini ..
swimming .. swimming dan swimming ~~
◕‿◕ MENARA JAM BESAR SUNGAI PETANI ◕‿◕

Mercu tanda yang paling menonjol di Sungai Petani adalah menara jam yang terletak betul-betul di tengah-tengah Jalan Ibrahim , jalan utama bandar Sungai Petani
Menara ini mempunyai ketinggian 12.1 meter dengan kubah yang berwarna emas. Sejarahnya, ia dibina pada  Mac 1936 semasa pendudukan British, di mana batu asasnya telah diletakkan oleh mendiang Puan Koid Cheng Heok.
dulu , Sungei Patani sebelum pendudukan Jepun
Mengikut pemerhatian Paan , sekarang nie pun kawasan di sekitar jam besar semakin membangun. Banyak dah pembangunan dekat kawasan nie. Siap ada jalan Zero Kilometer lagi dekat sini.
Setahu Paan , kalau nak cari tempat makan yang sedap-sedap pulak , korang boleh zoom in dekat restoran D'King berdekatan dengan Giant Sungai Petani .. mee udang dia , perrgghh kecur air liur bebb .. dan jugak beberapa restoran yang menawarkan makanan-makanan yang superbb .. 
Hehehe , harap entri nie boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang ingin melancong ke Sungai Petani dan kawasan sekitar Negeri Kedah. Sumber tempat-tempat menarik ini diperoleh dari Sungai Petani Homepage dan melalui pengalaman Paan sendiri .. Jangan lupa melawat tempat-tempat lain di sekitar Negeri Kedah jugakk .. Selamat Bercuti !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan