ads

Sabtu, 6 April 2013

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


(5 GAMBAR)Majlis Pernikahan Idlan Raja Lawak <b>Di Kulim</b> |

Posted: 16 Feb 2013 12:06 AM PST


9 Februari 2013 telah berlangsung majlis pernikahan Idlan Raja Lawak atau nama sebenarnya Khairul Idlan Abd Razak, 24, dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Rosanissa di Masjid Kulim, Kedah.


Photobucket
Photobucket

Kalau anda masih ingat, Idlan ialah naib juara bagi rancangan pertandingan Raja Lawak Musim Keempat yang diterbitkan oleh Astro. Dikhabarkan majlis resepsi akan berlangsung pada bulan April. Kami di BeautifulNara.com mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Idlan sempena perkahwinannya.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya


Photobucket
PhotobucketPhotobucket

Baca Yang Ini Pulak:-


02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


PECAH RAHSIA!!! KETUA PENERANGAN PKR <b>MERBOK</b> LANCAP <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2013 05:45 PM PDT

Saharuddin Abdul Hamid, bukanlah nama besar. Tidak ramai yang kenal dia pun walaupun di Merbok dan di Sungai Petani, namanya ada juga kadangkala disebut, terutama apabila membabitkan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim. Ada juga yang mengatakan Saharuddin Abdul Hamid, Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok akan menggantikan Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok dalam PRU13 akan datang.

Sebagai Ahli Majlis MPSP, Saharuddin Abdul Hamid tidak memiliki rekod yang baik. Dia lebih banyak diingati kerana peranan jahat yang dimainkannya dalam usaha merampas jawatan Yang Dipertua Majlis PBT tersebut.

Saharuddin sebelum ini mengetuai gerombolan yang cuba memburuk-burukkan YDP MPSP dengan melabelkan wanita tersebut sebagai AGEN UMNO dan ANJING NAJIB. Gelagatnya yang kononnya amat membenci kewujudan pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar Sungai Petani, menjadi perbualan apabila Saharuddin Abdul Hamid diketahui menjadi 'pemungut cukai tidak sah' daripada pemilik-pemilik pusat hiburan berkenaan.

Dengan kata lain, Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok itu sebenarnya mengumpul terlalu ramai musuh berbanding kawan di daerah berkenaan. Keinginannya untuk dicalonkan sebagai calon PKR menggantikan Rashid Din yang dilihat pincang dalam mendapatkan undi serta sokongan daripada masyarakat India selepas SMSnya didedahkan, membuatkan Saharuddin Abdul Hamid menjadi barah yang perlu dicantas oleh konco-konco Rashid Din.

Malangnya, Saharuddin Abdul Hamid terlupa bahawa biarpun bergelar Ahli Majlis dan berjawatan Ketua Penerangan PKR, dia tidak kebal daripada sebarang serangan. Dan dia juga terlupa bahawa musuh-musuhnya, terutama sekali musuh dalam parti yang tidak mahu menerima kepimpinannya sentiasa menunggu masa untuk menghapuskannya atau menamatkan kariernya selaku ahli politik.

Apabila video lucahnya tersebar, Saharuddin Abdul Hamid terperanjat besar. Dia terus menyembunyikan diri dan berharap kepimpinan pusat akan membantunya. Dia mengharapkan 'layanan istimewa' yang diterima oleh Anwar Ibrahim akan diberikan kepadanya.

Malangnya, Saharuddin bukan Anwar Ibrahim. Gelagat dan kelaku buruk seperti yang dilakukannya tidak boleh disetarafkan dengan gelagat serta kelaku buruk Ketua Umum PKR itu. Para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang menyokong PKR, tidak berkemampuan untuk melindunginya dengan putarbelit fakta yang seringkali mereka lakukan. Justeru, Saharuddin Abdul Hamid perlu dimusnahkan dan isunya melancap di hadapan komputer, perlu dimatikan secepat mungkin... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


DUNIA ITU: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut

Posted: 02 Apr 2013 02:44 AM PDT

Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh]


 JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah.

Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat.

"Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak.

Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga.

Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal.

"Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka.

Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat.

"Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama

2 Apr 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Kedah Times: RALI #SELAMATKAN KEDAH <b>Di Kuala Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 01:33 PM PDT



Pentas Ceramah malam tadi diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh yang disegani seperti Dato' Paduka Mukhriz Bin Mahathir, Saudara Tan Keng Lian - Ketua Pemuda Gerakan, Wakil Parti PPP, Wakil KUIN, Ketua-Ketua Pemuda Bahagian dan Wakil Belia.
Sudah pasti isu yang di bawakan di atas pentas ceramah di Pekan Kuala Kedah pada malam tadi  adalah untuk mendedahkan segala kepincangan, kelemahan serta ketidakcekapan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah kepada sekalian hadirin yang memenuhi padang / dataran hadapan Jeti Kuala Kedah. Antaranya kelemahan mentadbir urus Kampus KUIN di Kuala Ketil, Isu Buku Sayangi Kedah Sejahtera, Pembalakan yang berleluasa , Janji PR yang tidak ditepati dan banyak lagi.
Disertakan gambar-gambar suasana sekitar majlis Rali Selamatkan Kedah tadi untuk tatapan semua.


Dengan bukti-bukti nyata di atas, yang menunjukkan betapa rakyat Kedah kini membenci Kerajaan PR yang dahulu (sewaktu menjadi Pembangkang) mereka hanya tahu komplen urustadbir Kerajaan BN serta mereka berjanji itu ini kepada rakyat, tetapi apabila telah diberi mandat 5 tahun memerintah Kedah, nampaknya mereka lebih teruk dan tidak berupaya mentadbir sebaik BN.

Oleh yang demikian, sahlah bahawa PAS kini menggigil demam ! ....... UNDILAH BN !

//A.S\\
4:30AM

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


IdaMan: Adik Nakhaie Ahmad Calon PAS <b>Di Baling</b>

Posted: 04 Apr 2013 01:31 PM PDT

                      
Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

Brigeder Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh sambil diiringi gelak ketawa hadirin yang hadir.

Selain Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding di kerusi parlimen.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding di kerusi parlimen Titiwangsa.

Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011.~ fmk

02 di kuala ketil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala ketil - Google Blog Search


asrama pelajar <b>di kuala ketil</b> gagal - beritakuin . blogspot . com

Posted: 03 Mar 2013 07:13 PM PST


Mana ada Universiti yang buat kampus besar tapi tidak  ada penginapan pelajar.. dari 8 blok kemudian kata kurangkan kepada 4 blok.... kemudian kurangkan sampai tidak langsung ada blok penginapan pelajar dalam kampus Kuala Ketil.
Apabila JAZAN (Jamil dan Azizan) tergesa-gesa nak pindah hanya kerana isu politik, maka JAZAN mendakwa bahawa boleh siapkan asrama pasang siap dalam tempoh 4 minggu untuk menampung pelajar seramai lebih dari 1,000 orang. Skuad BERSIH kata ini kerja gila yang tak pernah dibuat dek orang. Tapi JAZAN kata boleh , oleh itu JAZAN tambah cuti pertengahan semester 4 minggu (jadi semua lima minggu cuti pertengahan sem)
Bila sampai masa yang sepatutnya siap , JAZAN dapati bahawa memang tak boleh siap sperti yang didakwa SKUAD BERSIH KUIN, oleh itu JAZAN lanjutkan lagi tempoh cuti pertengahan semester sehingg jumlah keseluruhan cuti semester berjumlah 7 minggu  (tak pernah dibuat orang cuti sem lama sebegini).
Terkini , memang JAZAN setelah melanjutkan cuti , juga terbukti gagal untuk siapkan asrama pasang siap walaupun sudah dua kali melanjutkan tempoh pengajian pertengahan semester.
JAZAN terpaksa juga untuk memaksa pelajar untuk belajar .... saya akan bongkarkan apa dah jadi kepada asarama dan pelajar yang terang-terang menganiaya pelajar terutama pelajar antarabangsa yang langsung tidak terjaga kebajikannya.
Persoalannya mana perginya Majlis Perwakilan Pelajar sehingga langsung tidak membela kebajikan pelajar. MPM baru ini hanya menjadi tukang sampaikan maklumat HEP sahaja. Kalau kata pak turut nanti marah pulak..... Kesian pelajar teraniaya disebabkan JAZAN.Menurut sumber hanya 19 % sahaja yang keluar mengundi MPM tahun ini, bermaksud perlantikan MPM tahun ini bukanlah mewakli majoritipelajar......

kamera kupang: #KUIN <b>di Kuala Ketil</b> dah macam &#39;PENJARA <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 05:03 AM PDT

Pagi tadi aku mendapat berita mengenai satu Majlis yang akan di hadiri oleh MB ditaktor Azizan Razak di KUIN Kuala Ketil. Majlis yang akan berlansung pada pukul 3.00 petang.
Sesudah aku sampai di hadapan pintu masuk ke Kolej tersebut, "mak ai'..Aku terkejut hampir 15 penganut PAS yang mungkin juga unit anul PAS di tugaskan menjaga pintu masuk KUIN tersebut.

Apabila kawalan ketat dilakukan oleh Unit Keselamatan KUIN dan dibantu oleh Unit Amal PAS dan Agen PAS dikalangan MTD Kuala Ketil.

mereka masing-masing memakai baju berlogo PAS dan Unit Amal, dan sebahagiannya lagi memakai vest berlogo Majlis Tindakan DUN PAS Kuala Ketil.
Kalau dulunya mereka kata skuad BERSIH adalah agen UMNO, maka sahlah Jamil, Wan Su Camry, Latifah, Rohani, Kapten H dan semua kuncu-kuncunya adalah agen PAS
Bagaimana tidaknya, semua keputusan dan kuasa diberikan kepada agensi PAS seperti Unit Amal dan MTD KK.Mereka bertindak dengan serakah mengusir kereta kakitangan KUIN, mereka serakah dengan menahan kakitangan KUIN, mereka serakah dengan menghambat kakitangan KUIN. Adakah ini yang KUIN mahukan dalam melaksanakan kerja secara Islam.
Apa kuasa yang Jamil, Wan Su Camry dan kapten Halim berikan pada mereka sehingga berani menghalang kakitangan KUIN sebegini rupa? Kurang hajar sungguh mereka itu . 
Mereka bertopengkan Islam  hanya mahu mempertahankan Azizan. 

sumber


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Team Media Kedah: KAMPUS <b>DI KUALA KETIL</b> ASRAMA DI JITRA <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 06:15 PM PDT


Siapa tidak kecewa apabila dapat tahu asrama yang sepatutnya siap sepenuhnya sebelum hari pendaftaran tidak dapat diduduki..Lebih malang lagi asrama untuk pelajar Kuin langsung tidak dibina dengan alasan Stadium Darul Iman di Terengganu runtuh dan JKR diarahkan bawa tembaga tembaga kesana..Rujuk artikel sebelum ini (KLIK)

Itulah keluhan dari pelajar pelajar Kuin yang mendaftar masuk di kampus Kuala Ketil semalam.. Mereka ternyata kecewa dengan sikap pengurusan Kuin yang GAGAL untuk menyiapkan tempat penginapan seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah..


Dianggarkan sebanyak 500 pelajar dari lima Kulliyah pengajian terpaksa dihantar ke beberapa lokasi jauh dari kampus seperti Kem Paya Pahlawan Jitra, Kem PLKN Baling dan Sedim(Kulim) sebagai penempatan sementara sehingga asrama siap sepenuhnya.Walaupun jauh, mereka terpaksa mengikut apa saja yang diarahkan pihak pengurusan..

BACA SETERUSNYA

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 02:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PANASS!! Banner Tolak MB <b>Kedah</b> Muncul <b>di</b> Sekitar Parlimen <b>Jerai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 05:35 AM PDT

Ternyata makin lama makin teruk masalah dalaman Pas Kedah ni. Hinggakan banner tolak Azizan naik dimerata tempat. Banner tolak Azizan naik bersama bendera Pas warna hitam. Kenapa warna hitam?

Mc pernah nampak bendera Pas warna hitam ni. Tapi Mc buat taktau saja, ingatkan takdak makna apa-apa. Rupanya bila dijelaskan oleh orang Pas sendiri, barulah Mc tahu. Bendera Pas warna hitam ni rupanya, warna 'pemberontak'.

Maknanya, puak Pas yang menentang Azizan, puak ni akan naikan bendera Pas warna hitam. Warna berkabung la katakan. Malah sudah berapa 'markas peti undi Pas' telah ditutup disebabkan protes terhadap Azizan.

Huyooo.. makin parah nampaknya konflik Pas di Kedah ni. Adehh..

Tak best la macam ni, kalau Pas dah pecah belah sebelum bertanding PRU, maknanya UMNO akan menang dengan mudah. Cehh.. tak fight langsung la!

McTheory:
Cerita pasal pepecahan ni, akan diulas detail kelak..

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Diari Papa Deh: Murah Sangat Ke Harga Coklat <b>Di Langkawi</b>..?

Posted: 20 Mar 2013 11:01 PM PDT

Sepertimana dijanjikan dalam entri Bercuti Di Langkawi, ni adalah entri khas untuk tolong korang bandingkan harga coklat di Langkawi dengan tempat lain. Betul ke harga coklat kat Langkawi tu murah sangat..?
Jom kita bandingkan harga untuk 7 jenis coklat kat bawah ni. Merujuk kepada kawan-kawan kat Facebook, inilah antara coklat yang paling berbaloi beli kat Langkawi. Tu kata diorang laa. Sekarang aku senaraikan perbandingan harga-harga coklat ni untuk korang fikirkan sendiri. Semoga membantu :)
Harga Langkawi : RM14.00 / pax
Harga Putrajaya : RM34.99 / pax
FERRERO ROCHER T30 (375 gram)

Harga Langkawi : RM21.50 / pax
Harga Putrajaya : RM32.88 / pax
Beza harga : RM11.38 HERSHEY'S KISSES (315 gram)

Harga Langkawi : RM12.00 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

KINDER BUENO (344 gram)
* dalam 1 kotak ni ada 8 pax

Harga Langkawi : RM2.28 / pax
Harga Putrajaya : RM3.33 / pax
Beza harga : RM1.05

LINDOR (200 gram)

Harga Langkawi : RM15.95 / pax
Harga Putrajaya : RM30.59 / pax
Beza harga : RM14.64

TOBLERONE (200 gram)

Harga Langkawi : RM8.50 / pax
Harga Putrajaya : RM9.35 / pax
Beza harga : RM0.85

WHITTAKER'S ALMOND GOLD (3 x 45 gram)

Harga Langkawi : RM7.67 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

Harga Langkawi tu aku ambil harga termurah di antara Haji Ismail Group / Langkawi Saga /  Underwater World (Coco Valley dan The Zon Shopping Paradise) manakala Harga Putrajaya tu aku survey kat Alamanda (Carrefour dan Cold Storage). Packaging Kisses kat Alamanda tak sama dengan yang aku beli kat Langkawi, so tak dapat nak bandingkan harga. Whittaker's pun tak ditemui, dengar cerita sebab coklat ni hanya dijual kat Langkawi je.
Coklat yang dijual kat Langkawi ni biasanya akan dijual lebih murah bila korang beli banyak sikit. Cuba check table kat bawah ni. Mungkin membantu, mungkin gak akan lebih memeningkan korang. Haha. Kalau korang ada info lain, sila share ye :)
Sekian, selamat bershopping..!
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved