ads

Isnin, 8 April 2013

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Perkampungan Sukan <b>di Changlun</b> | Telusuri Suri

Posted: 05 Dec 2012 06:02 PM PST

Salam Telusuri,

Mood temasya sukan yg berakhir hmpir 2 minggu lepas.. 

Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun

Perjalanan almost 15 jam jugak lah.. 

hadoi penat badan akk.. 

hihik, da sindrom tut mungkin..

Perasaan berbaur antara penat ke hulu hilir,

boring dgn dikit kerenah,

kekadang di saat beginilah kita mampu kenal 

mana kawan mana tak berapa kawan.. 

dan macam2 lagi rasa la..

Besh.. antaranya
maybe saat shopping kt Padang Besar 

dlm perjalanan pulang kami..
hehe, beli baju couple utk kami jewk pun.. and kelambu moden tuh..
ala yang ala2 khemah tuh.. rm 25 King size.. superb la kan hrga..
Sementelah itu juga mood nak taip entry baru.. flyyy.. uols..
Ok,
Kini kembali..
ada 2-3 projek krusye yang da beres..
Dengarnya ada satu baby hat da terjual kat Pasar Panas tuh..
Hmm, memang ala2 suam kan..
hihik..
Biasalah area kampung kan..

umar rayyan dari kolompo ke <b>changlun</b> | kampung nelayan

Posted: 05 Feb 2013 12:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]sehari berada di changlun seronok juga walau pung hanya tinggal dirumah jaga cucu. kebun di sekeliling rumah paklong sedang berbuah... buah duku dan rambutan lebat sekali.. yang sedapnya pokok tak berapa tinggi...

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di pokok sena</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Orang Muda <b>Di Pokok Sena</b> Beri Sambutan Luar <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 11:43 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Orang Muda Di Pokok Sena Beri Sambutan Luar Dugaan Mohon BL1M

POKOK SENA, 7 Feb – Pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat Parlimen Pokok Sena hari ini mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 1,000 belia hadir untuk menyertai program itu.

Mereka tiba di Dataran Bunga Sena di sini sejak awal pagi untuk mendaftar di 10 kaunter yang disediakan Pemuda UMNO Pokok Sena bagi mendapat lesen motosikal Kelas B2 pada harga rendah RM199.

Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat berkata berdasarkan sambutan hari ini pihaknya menjangka program itu akan disertai lebih 3,000 orang dari daerah berkenaan.

"Bagi memberi peluang lebih ramai mendapat kemudahan ini, saya akan membuka kaunter pendaftaran dari 9 pagi hingga 5 petang di rumah saya di Nombor 47, Taman Bunga Sena di sini, bermula esok sehingga 14 Feb ini," katanya.

Harris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lada turut meminta pemohon membeli Wang Pos bernilai RM199 atas nama MyEasy Service Sdn Bhd bagi memudahkan pemprosesan permohonan mereka.

Katanya pemohon akan dihubungi syarikat itu dalam tempoh dua minggu bagi menduduki ujian statik dan komputer.

Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan BL1M pada Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar pada 31 Jan lepas.

Di bawah program itu pemohon hanya perlu membayar RM199 bagi mendapatkan lesen B2, iaitu pengurangan separuh harga yang biasa dikenakan oleh pengusaha sekolah memandu.

Berita Bertarikh Pada 7 February 2013 3:43 PM

Tun_Telanai: DSAI <b>DI POKOK SENA</b>, KEDAH : TUN MAHATHIR <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 01:04 AM PST

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Pokok Sena</b>: Sambutan <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 07:07 AM PST

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Review: Sastria Hotel Terbaik <b>di Sungai Petani</b>

Posted: 31 Mar 2013 10:08 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak ceritakan satu hotel yang murah, lengkap dengan kemudahan santai, dan internet paling laju.

memperkenalkan....

Di situ macam-macam ada...

Saya baru dapat info dari sahabat Ina Zalina bahawa hotel itu baru buka antara tahun lepas. Sebab tu saya tak sangka, hotel tu murah sangat-sangat.

Kelengkapan di dalam bilik sangat lengkap, dengan internet menggunakan UniFi TM.


Jom kita menjamu mata di dalam tu...


Harga bermula dari RM70 (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan 6%), bagi saya harga tu amat murah, dekat pula di bandar Sungai Petani.

Anda boleh layari www.sastriahotel.com.my atau hubungi 04-4246744 untuk tempahan atau pertanyaan.

p/s: fuh, promote habis kat sini. Thanks kat pekerja Sastria Hotel atas layanan baik sepanjang saya menginap di sini :-)

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Nurin Aina @Nurin_MS calon Wanita Muda Keadilan <b>di Merbok</b>

Posted: 07 Apr 2013 06:50 PM PDT


SUNGAI PETANI – Teka-teki siapa bakal calon PKR bagi kerusi Parlimen Merbok setelah penyandangnya, Datuk Rashid Din mengundur diri terjawab apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu semalam.

Dalam pengumuman dibuat oleh Anwar di hadapan kira-kira 10,000 penyokong pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok, beliau berkata, Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani, Nor Azrina@Nurin Aina Abdullah Surip telah dipilih sebagai calon kawasan itu.

Nor Azrina atau lebih mesra dengan panggilan Nurin Aina yang juga merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kini berusia 38 tahun.

Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).

Tahniah Nurin...teruskan perjuangan..lawan tetap lawan...

Anda boleh ikuti perkembangan aktivitinya melalui tweeter @Nurin_MS atau facebook Nurin Aina https://www.facebook.com/nurin.aina.1612

Nurin Aina pernah menjadi Exco AMK Malaysia, beliau juga pernah memegang jawatan Ketua AMK Johor, beliau juga merupakan Ketua Srikandi Malaysia sebelum jawatan itu disandang oleh Siti Aishah.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 01:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST

FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

SKBL 2113

APLIKASI KOMPUTER DALAM  LINGUISTIK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG

NAMA PENSYARAH :

DR. ZULKIFLI BIN AHMAD

NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :

NURSYAKIRAH BINTI NORDIN

A 137318

 

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

 

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.3.1    Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.2    Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.3    Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.4    Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.5    Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

 

 

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1    Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.2    Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.3    Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.4    Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.5    Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.

 

 

1.4    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

 

1.5    KESIMPULAN

1.5.1    Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

 

BAB 2

KOSA ILMU (kiv)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       PENGENALAN

Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.

Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

 

3.2       SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.

 

3.3       ALAT KAJIAN

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:

3.3.1    Soal selidik.

Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.

3.3.2    Rakaman.

Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.

 

 

3.3.3    Blog

Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.

3.3.4    Antconc

3.3.5    Video converter

3.3.6    Soundcloud

 

3.5       KESIMPULAN

Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2013 01:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Azrul 3R: PROGRAM 3R <b>DI</b> SJK LAM MIN, <b>KODIANG</b>

Posted: 07 Aug 2012 07:55 AM PDT

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SJK LAM MIN, KODIANG
Selain aktiviti kutipan barangan kitar semula dijalankan di SMK Mergong, Alor Setar pada 7 Ogos 2012, aktiviti yang sama juga dijalankan di SJK Lam Min, Kodiang oleh staf-staf daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. 


Antara warga kerja yang terlibat ialah Puan Banian Binti Zulkifli dan En Mohd. Syolehhin bin Abu Bakar daripada Pejabat PPSPPA Cawangan Kubang Pasu. Sebanyak 560 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, botol plastik dan besi yang dapat dikumpul, diasingkan dan dijual kepada pihak vendor atau pusat kitar semula terdekat. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut ialah sebanyak RM 170.00 lebih.

misi bantuan kemasyarakatan pada mangsa ribut taufan <b>di kodiang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 04:14 PM PDT

Kejadian ribut taufan melanda di Kodiang Pida 2 pada 01 April 2013 mengakibatkan 63 rumah mengalami kerosakan teruk juga kerosakan peralatan asas... 

Dengan kejadian tersebut, terbentuknya Operasi Misi Bantuan Kemasyarakatan dari Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Wilayah Utara, Kedah yang diketuai oleh Marshal Dato Seri DiRaja Mohamed Setifani , Ketua Turus Wilayah Utara dan dibantu oleh Komander Mohamad , Komander Pertadbiran Wilayah Utara.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan juga lain lain bantuan. Operasi bermula pada 01 April 2013 hingga kini.

Pada sesiapa yang ingin memberi bantuan pada mangsa ribut sila hubungi Komander Mohamad ditalian 011-15442376










02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Ceramah Terkini!!! Anwar Ibrahim MerdekaRakyat <b>Di Kuala Kedah</b>

Posted: 02 Apr 2013 03:13 AM PDT

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


My Little Sunshine - It&#39;s All About Us!: Tempat makan <b>di Langkawi</b>

Posted: 11 Mar 2013 01:53 AM PDT

Cerita langkawi belum habis lagi.. kali ni nak bawa korang jalan2 cari makan di langkawi. Actually tempat2 makan ni ada yang aku google blog dan ada yang cari sendiri ikut perut yang sedang kelaparan. Main belasah je pegi mana kedai yang nampak.. janji perut terisi.. ok jom pegi makan day by day. lapo plak tengok gambar ni..
Day 1, selepas kami check in hotel, lepas solat maghrib isyak sume, kami pun keluar cari makan.. banyak kedai makan di Pantai Chenang tu.. Tapi kena pilih betul2 lah sebab takut termasuk kedai Non-Muslim.. kami terjumpa Restoran Aliyah (lebih kurang gitulah ejaannya). Kedai dia buruk je lah, dalam hoarding gitu. Mujur jumpa jalan masuk. . kami order tomyam, sayur kailan ikan masin, ikan siakap bakar, pari bakar dan kerang rebus.semua small portion ye. hehe. tamak okey sebab semua kelaparan. Nasib baik orang tak ramai. dapatlah cepat. tak tahulah sebab lapar ke apakan, tapi semua best :-) Ikan fresh dan cara bakar dia pun sedap. Dia lumur kunyit dan garam untuk bakar. sambal belacan sedap.. makan malam kami malam itu tidak menghampakan. Dan harga tak sampai RM 100.. Cuma kalau mengikut tekak aku, tomyam dia pedas sikit.. tapi oklah.. cuma tak jadi macam tomyam siam :-p 


Day 2 pulak. Selepas kami pergi ke Cable Car (belum cerita lagi) perut mulalah berkeroncong.. Jam 2 dah masa tu. mulalah melilau cari kedai makan. Ayah cakap kita pusing2 je pulau cari kedai makan. hmm.. tak boleh jadi ni.. dah lama juga pusing2, tak jumpa pun.. Aku pun pakai garmin cari kedai seperti yang dicadangkan oleh blogger iaitu Kedai Jom Bakar. sekali tu, bila dah sampai, kedai is tutup.. haha. terpaksalah masuk kedai sebelah dia.. Ok jugalah makanan dia.. Tapi kitorang pegi dah pukul 2 kan, amik jelah apa lauk yang ada.. kedai tak tahu apa nama, tapi sebelah Jom bakar. :-)
Malam pulak, ayah cakap nak makan goreng2 je. tapi juga tak tahu kedai apa mahu terjah. Aku pun google lah dalam tenet. Sekali tu jumpalah kedai ni. Tapi sebab kedai ni tak sedap seperti yang orang cakap, aku tak nak sebut namalah.. orang suggest makan ikan bakar, mestilah nak rasa kan sedap sangat ke. ternyata ikan bakar dia boleh terima, tapi makanan seperti goreng2 like mee goreng, nasi goreng, tomyam sume out of taste (my taste lah kan).. Jadi, tukang bakar ikan, sila jangan berhenti keje kat sini sebab nanti tak de orang nak datang. huhu. air dia pun ala2 je, fresh oren tapi tak berapa nak pure. kedekut limau agaknya..
Ha.. day 3 ni kami nak balik dah.. Jadi makan apa yang ada sebab nak pulun gi ronda lagi :-) Kami makan di pekan kuah, ayah nak makan nasi kandar. jadi, nasi kandar aku tak amiklah gambar. malas. hehe. Tapi aku nak fokus kepada kedesapan laksa tepi pantai di pinggir airport ni.. hmmm sedap sangat.. Kalau kat KL ni, payah aku nak jumpa laksa yang sedap mengikut tekak aku... tapi kali ni, laksa dia memang menepati citarasa. Mula2 aku cakap, mama orderlah dulu. kang tak sedap, meyesal pulak order banyak2. hehe. jadi aku pun mengeceklah mama punya laksa. haa. sedap2.. so, orderlah 4 mangkuk.. cendol 1 dan air teh o ais.. orang utara kan, sedap je lah buat laksa asam ni.. yummehh.. Nama van tu laksa pulau. Aku google jumpa laksa power, tapi masa sampai tu aku jumpa laksa pulau dulu, so rezeki diorang lah. Laksa power pun ada juga, tapi depan lagi nun... gambar adalah tidak tersusun..


'



Okey laksa ni sangat rekemen. Yang lain2 tu ikut citarasa sendiri ye. Lain orang lain citarasanya.. kang aku kata sedap, korang tak sedap pulak.. dah petang2 ni lapar pulak tengok laksa.. bak mai semangkuk.. :-) ok bye.. sekian, wassalam..

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


ASPAN ALIAS: Mohd Sabu bertanding <b>di Pendang</b>, Fadzil di DUN <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 07:08 AM PDT

Sejak dua bulan lepas saya sering ke Kedah dan kawasan yang sering saya lawati dan memberi penerangan itu meliputi kawasan Kuala Kedah, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang. Saya diminta untuk masuk ke kawasan yang menjadi kubu UMNO terutamanya di Pendang dan saya dengan rela hati melakukannya.
Di antara kawasan yang saya seronok sekali untuk menembusi kubu UMNO itu ialah kawasan Pendang, kawasan sahabat saya Mohamad Sabu, dijangka bertanding dalam PRU nanti. Pendang merupakan kawasan yang masih ada tempat-tempat yang Pakatan Rakyat masih belum dapat menembusinya kerana kekuatan UMNO masih ada di situ. Kawasan seperti ini masih ada di DUN Sungai Tiang dan di DUN inilah yang saya sangat berbahagia untuk memberi penerangan.
DUN Sungai Tiang ini diwakili oleh BN dan ADUNnya ialah orang kuat Puteri UMNO yang bernama Soraya. Tetapi kawasan ini sudah nampak kejayaan PAS menembusinya kerana saya memberikan tumpuan kepada DUN ini. Saya begitu tertarik dengan kegigihan Majlis Tindakan DUN PAS ini kerana sentiasa melakukan lawatan dan mengadakan program-program bagi mendekati rakyat.
Saya diberitahu oleh orang kampung di Sungai Tiang yang mereka selesa dan berpuas hati dengan kegigihan Fadzil Baharum dan mereka berkata mereka mahukan Fadzil bertanding bagi pihak PAS di Sungai Tiang itu.
Pada 1hb yang lepas saya telah dibawa ke sebuah kampung yang belum dilawati oleh PAS sejak merdeka dahulu lagi dan Alhamdulillah telah dapat kami tembusi dan ramai ahli-ahli UMNO telah datang bersama-sama menjayakan majlis penerangan itu.
Mereka juga memahami bagaimana DAP dan PAS boleh memberikan kebaikan kepada negara untuk mencapai matlamat penyatuan kaum sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Mereka secara beransur-ansur telah menghilangkan apa-apa perasaan prejudis terhadap DAP yang selama ini dimomokkan oleh UMNO dan parti komponen BN.
Jika DUN Sungai Tiang ini dapat ditawan oleh PAS maka majoriti kemenangan PAS yang bakal diwakili oleh Tuan Haji Mohamad Sabu akan meningkat dengan banyaknya. Saya tidak syak Mohamad Sabu akan mendapat majoriti besar dan kemenangan Fadzil bagi kawasan Sg Tiang itu akan menambah bilangan kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam DUN negeri Kedah Darul Aman.
Kami berharap Fadzil dan rakan-rakan pejuang yang lain akan bersatu untuk mendapatkan kemenangan besar bagi kawasan parlimen Pendang itu. Kehadiran Mohamad Sabu di Pendang sebagai calon juga telah menaikkan semangat rakyat Kedah dari kawasan lain untuk mendekati dan menambah kekuatan parti itu di negeri jelapang padi itu.

TERKINI : MAT SABU BERTEMU YB SURAYA <b>DI PENDANG</b>.. #GE13

Posted: 04 Apr 2013 06:34 AM PDT


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bagaimanapun beliau sendiri masih berteka-teki mengenai kerusi yang bakal ditandinginya nanti dan menyerahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pengumuman mengenainya secara rasmi.
Ketika ditanya sama ada beliau memilih untuk bertanding di Parlimen Pendang, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' tidak menafikan atau mengiakannya.
"Ya saya bertanding...akan bertanding (di Kedah).
"Pendang? Ura-ura. Tunggu Presiden umum," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Sebelum ini kerusi Parlimen Pendang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman juga daripada PAS.
Mohamad pernah menyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah dari 1999 hingga 2004.
**Mat Sabu dah silap pilih  tempat...
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved