ads

Isnin, 19 Ogos 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


14 banduan Penjara <b>Pokok Sena</b> bertemu keluarga sempena raya <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 02:19 PM PDT

Posted on August 15, 2013, Thursday

ALOR SETAR: Seramai 14 banduan di Penjara Pokok Sena dekat sini diberikan kesempatan untuk bertemu dengan keluarga masing-ma-sing pada majlis 'Jalinan Kasih' sempena sambutan Aidilfitri semalam.

Pertemuan itu berlangsung selama dua jam mulai 10 pagi.

Pengarah penjara tersebut Tan Tian Heng berkata tujuan majlis 'Jalinan Kasih' ini diadakan bagi merapatkan hubungan penghuni penjara dengan keluarga.

"Sempena hari perayaan (Aidilfitri), kita memberi peluang kepada penghuni (beragama Islam) untuk berjumpa dengan ahli keluarga bagi mendekatkan semula hubungan kekeluargaan.

"Peluang ini juga bagi membolehkan penghuni menerima sokongan padu daripada ahli keluarga dan memastikan mereka tidak merasa diabai oleh keluarga sendiri," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata banduan yang terpilih daripada 2,000 orang penghuni di sini untuk menerima kunjungan keluarga adalah berdasarkan kepada kelakuan baik dan disiplin masing-masing.

Salah seorang penghuni, Madiah, 53, ketika ditemui berkata dia berasa terharu dengan kehadiran anggota keluarganya dan berazam untuk menjadi warganegara yang berguna apabila dibebaskan kelak pada akhir tahun 2015.

Suri rumah yang berasal dari Mergong, Kedah ini dihukum penjara lima tahun kerana dituduh bersubahat membiarkan kegiatan maksiat dilakukan di rumah yang disewanya.

"Kehidupan di penjara ba-nyak menginsafkan diri saya selain mendekat diri kepada cara kehidupan Islam sebenar," katanya.

Selepas dijatuhkan hukum pada tahun 2010, dua orang anaknya Ira, 14, dan Kimi, 12, telah dihantar ke Rumah Kebajikan Arau, Perlis dan Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Seberang Perai, Pulau Pinang.

"Saya gembira kerana dapat berjumpa dengan anak-anak…perjumpaan ini sedikit sebanyak mengubat rindu saya terhadap mereka," kata-nya.

Sementara itu, Ira berkata semalam merupakan hari yang cukup bermakna buat dirinya dan adiknya kerana dapat berjumpa dengan ibunya.

"Saya seronok kerana dapat berjumpa dengan ibu walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat membeli persiapan raya dengan ibu," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


AHLI PAS DITANGKAP TAK PUASA <b>DI SUNGAI PETANI</b> KEDAH <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2013 02:00 AM PDT

SUNGAI PETANI - Lagak bersahaja seorang lelaki berusia 43 tahun menghabiskan kunyahan makanan dalam mulutnya sebelum mencuci dan mengelap tangan menyebabkan dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sekitar daerah, semalam.

Lelaki terbabit yang ditahan sedang makan di sebuah restoran di Padang Temusu kira-kira jam 11 pagi semalam dengan selamba bangun, cuci dan lap tangan ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Ketika ditanya mengapa dia tidak melarikan diri bersama kira-kira lima lelaki lain, dia menjelaskan tidak sanggup berbuat demikian kerana melakukan kesalahan iaitu makan di siang hari ketika umat Islam berpuasa. Disebabkan itu, dia rela ditahan.

Pemandu bas sekolah yang menetap di Taman Keladi, Sungai Petani itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Petani sebelum dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.

Sementara itu, operasi seterusnya tertumpu ke Pinang Tunggal dekat Taman Kempas di mana tiga wanita termasuk seorang remaja perempuan sedang rancak menyediakan juadah untuk orang ramai.

Pelbagai juadah tersedia termasuk ikan goreng, ayam goreng serta nasi dalam periuk besar yang hanya tinggal separuh.

Selain itu, serbuan dekat sebuah lokasi berdekatan Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani mendapati seorang lelaki sedang menyediakan masakan pelbagai juadah.

Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit yang mahu melepaskan diri dengan menggunakan nama seperti mendapat kebenaran beberapa orang pegawai agama dan pegawai MPSPK tidak berjaya mengelakkan diri dari dikenakan kompaun terhadapnya.

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


kopiahkait [order kopiah bernama <b>di</b> sini]: bobo dan epy <b>kodiang</b> ;-)

Posted: 16 May 2013 08:22 AM PDT

 bobo & toke MIG david teo
amboi-amboi, sejak sain contract dengan MIG makin menjadi yer ko Bobo

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Jalan-jalan: Berpuasa <b>di Langkawi</b>

Posted: 16 Jul 2013 04:57 PM PDT

Setelah di racun oleh seorang kawan yang ke Langkawi pada bulan puasa tahun lalu, kami pun terjebak sama. Katanya dalam bulan puasa ni sewa kereta murah dan tempat-tempat tarikan pun tak ramai orang. Lagipun kenapa tak ambil peluang sebab masa tu ada promosi zero fare AA.
Berlepas ke Langkawi agak awal sebab nak minta tolong orang hantarkan. Lepas sahur terus keluar ke airport. Walaupun bulan puasa, flight hari tu agak penuh. Kebanyakannya adalah pelancong asing. Sekarang ni dah banyak pilihan untuk ke Langkawi. Selain dari Airasia, MAS dan Firefly, perkhidmatan terbaru ialah Malindo Air dan Berjaya Air yang berlepas dari Subang Skypark.
Sampai di airport terus kami ke kaunter kereta sewa. Kami ambil Proton Saga FLX Auto dengan harga RM60 sehari. Agak murah tu berbanding hari biasa. Oleh kerana belum boleh check in hotel lagi, kami terus menuju ke Pekan Kuah. Tempat yang dituju ialah Kompleks Haji Ismail Group yang baru dibuka pada tahun ini. Kebanyakan barang yang di jual di dalam kompleks ini ialah barangan keperluan dapur serta pinggan mangkuk. Produk coklat pula mengambil hampir sepertiga bahagian pasar rayanya. Memang agak rambang mata dibuatnya. Banyak jugalah hasil tuaian kami pada hari tu. Selesai semua urusan kami bergerak menuju hotel pinginapan.
Kompleks HIG yang mengandungi pusat membeli-belah dan hotel.
Federal Villa yang terletak di Pantai Tengah menjadi tempat penginapan kami selama di Langkawi.
Hotel ini terletak di bawah pengurusan Holiday Villa.
Sempat kami membuta sekejap sementara menunggu untuk keluar semula kerana mengambil salah seorang ahli keluarga di jeti Kuah yang akan sampai petang itu dari Kangar. Kemudian singgah sebentar di bazar Ramadan untuk membeli  juadah berbuka puasa. Hari tu kami berbuka di bilik penginapan saja. Aktiviti seterusnya ialah pada keesokan harinya.
Kemeriahan di Bazar Ramadan Pekan Kuah.
Pagi esoknya kami keluar dan bercadang pergi ke tempat-tempat tertentu saja. Maklumlah bulan puasa. Destinasi pertama ialah ke Oriental Village. Dulu pernah kami naik cable car di sini semasa jambatan gantung masih belum ada. Hari itu nasib tidak menyebelahi kami kerana jambatan gantung ditutup untuk proses penyelenggaraan. Jadi kami batalkan saja niat untuk naik cable car.
Sekitar kawasan Oriental Village.
Di sini pun ada Nami Island versi Langkawi. 
Dari sini kami bergerak pula menuju ke Pantai Kok yang terletak berhampiran Telaga Harbour di mana terdapat banyak kapal persendirian berlabuh di sini.
Selepas itu kami bergerak ke kawasan utara Pulau Langkawi iaitu di Teluk Datai. Kami memang belum pernah meronda ke kawasan ini sebelumnya. Jadi cuba-cubalah meronda ke sini untuk melihat apa yang ada. Ada satu kawasan pantai yang agak cantik di sini iaitu Pantai Pasir Tengkorak tapi kami tak singgah pun. Jalan seterusnya menuju Teluk Datai agak berliku kerana di situ adalah kawasan berbukit. Rupanya jalan tu adalah jalan mati yang berakhir di pintu pagar sebuah resort paling mewah di Pulau Langkawi iaitu The Datai.
The Datai, hotel paling mewah di Langkawi. Kadar penginapan bermula dari lebih RM1000 hingga RM8000 semalam.
Dari Teluk Datai kami menuju pula ke kawasan Ulu Melaka untuk naik ke Gunung Raya. Tertarik untuk ke sini setelah terbaca pengalaman Zilla naik ke sana. Perjalanan tidaklah begitu mencabar, cuma terdapat banyak tanah runtuh di sepanjang jalan menuju puncak. Mungkin disebabkan hujan yang boleh dikatakan turun setiap hari semasa kami di Langkawi.
Air terjun mini di tepi jalan. Kalau tak puasa best juga kalau berendam ni.
Terdapat sebuah resort di sini. Menara tinjau juga dibuka kepada orang awam. Tapi kami tak naik pun sebab macam tinggi pulak nak sampai atas tu. Di sini juga terdapat stesyen telekomunikasi milik TM.
Pemandangan dari tepi jalan. Cuaca tidak begitu cerah. Suhu di sini tidak berapa sejuk kerana ketinggiannya cuma dua ribu kaki lebih saja dari aras laut.
Akhir sekali barulah kami ke Pantai Cenang yang terletak tidak begitu jauh dari hotel penginapan. Nampak terdapat banyak hotel baru yang sedang dalam pembinaan. Jalan Pantai Cenang pun nampak lebih meriah berbanding dulu.
Cenang Mall tarikan terbaru di kawasan ini.
Suasana petang di Pantai Cenang.
Malam itu kami berbuka di luar dan mencari serba sedikit barang-barang tambahan untuk dibawa pulang pada keesokan harinya. Daripada pemerhatian kami, harga pinggan mangkuk dan keperluan dapur serta coklat agak murah di sini. Untuk pakaian pulak harganya setara dengan di KL.
Keesokan harinya setelah menghantar ahli keluarga di jeti Kuah, kami terus ke airport untuk pulang.
Pantai Cenang dari udara. Selamat tinggal Langkawi.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved