ads

Selasa, 3 September 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


indah.com: Najib mai janji <b>di Pokok Sena</b> pulak

Posted: 30 Apr 2013 04:30 PM PDT

Perdana menteri berkata projek itu akan dilaksanakan berikutan permintaan masyarakat Cina di kawasan berkenaan.
"Kerajaan setuju untuk bina sekolah itu kerana permohonan yang banyak daripada masyarakat setempat dan Barisan Nasional sokong dengan apa yang kita kira terbaik untuk masyarakat Cina," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini, hari ini.
Tanpa menyebut kos dan bila pembinaan sekolah itu akan dimulakan, Najib berkata segala perancangan projek tersebut akan diteliti sepenuhnya calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga penyandang kerusi itu.
"Dr Cheah yang akan cari tanah untuk bina sekolah itu. Segala perancangan atas dia. Tetapi, apapun kita (rakyat) kena pastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke-13 kali ini," kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Sementara itu, Cheah berterima kasih kepada perdana menteri kerana keperluan bagi sekolah itu sudah lama dibangkitkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Pokok Sena.
"Saya akan memastikan segala perancangan akan dibuat seperti urusan mencari tanah dan sebagainya.
"Kita nak buat (bina) sekolah ini sebab SMJK Keat Hwa 1 dan 2 hanya terdapat di Kuala Kedah dan ini menyukarkan sebahagian keluarga Cina di sini menghantar anak mereka ke sana," jelasnya. — Bernama

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Tempat-tempat untuk membeli belah <b>di Sungai Petani</b> ( Shopping <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 11:16 AM PDT


Kali ini sesaja nak tulis and share tentang tempat-tempat untuk membeli belah khususnya bagi kaum wanita melepaskan gian jika berkunjung ke sini.

1. Amanjaya Mall

 Lokasinya yang strategik iaitu berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dan berdekatan dengan Lot 88. Selain itu terdapat banyak pusat perniagaan yang baru dibuka di sekitar kawasan ini.

2. Tesco Sungai Petani (U)

Tesco Sg Petani utara terletak di kawasan Lagenda Heights, berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Ria. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat makan, petrol station,bank, kedai buku, kedai roti dan juga kedai 24 jam Seven Eleven serta kedai mamak Nasmir dan Restoran Makbul.

 

3. Village Mall

Village Mall antara yang mendapat tempat dihati anak-anak muda untuk menonton wayang serta membeli belah.  Terletak berdekatan dan bersebelahan dengan Tesco Utara. Bolehlah singgah kalau datang area sini.

4. SP Plaza

 Bangunan membeli belah ini terletak di tengah pusat bandar Sungai Petani berhampiran dengan landmark Sungai Petani iaitu Menara Jam Besar dan Dataran Zero Kilometer.

5. Central Square Sungai Petani

Pusat membeli Central Square Sungai Petani antara destinasi membeli belah yang popular bagi remaja dan orang muda di sini.Pelbagai barangan boleh didapati disini seperti alat telekomunikasi, kedai komputer, pejabat pos, farmasi, kedai emas, kedai makanan segera KFC, McD dan PizzaHut.

6. Tesco Sungai Petani Selatan

Tesco Sungai Petani Selatan terletak dekat di kawasan perindustrian Bakar Arang berhadapan dengan Kilang Sharp Bakar Arang. Pusat membeli belah ini berdekatan dengan Tol Sungai Petani Selatan.

                                                
 

7. Giant Hypermarket Sungai Petani

Pasaraya Giant terletak di persimpangan lampu isyarat susur keluar dari Lebuhraya PLUS exit Sg Petani Selatan.  Lokasi strategik bagi penduduk di kawasan sekitarnya seperti Tikam Batu, Taman Sejati, Taman Semarak, Batu Lintang dan Bakar Arang

8. Parkson Sungai Petani
Pasaraya ini terletak berdekatan dengan Hotel Emerald Puteri, Park Avenue Hotel dan Northern Loddge .

Selain dari itu jugak terdapat lain-lain tempat membeli belah yang terdapat di Sungai Petani seperti
Gmart, Pasaraya Billion dan Econsave.

Jika inginkan suasana membeli belah disebelah malam bolehlah singgah di Uptown Sungai Petani yang dibuka pada hujung minggu. Uptown ini terletak ditengah-tengah pekan Sungai Petani berdekatan dengan Bank Rakyat/Telekom dan Pejabat Agama Sungai Petani. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli disini.

Datang jangan tak datang....

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


kopiahkait [order kopiah bernama <b>di</b> sini]: bobo dan epy <b>kodiang</b> ;-)

Posted: 16 May 2013 08:22 AM PDT

 bobo & toke MIG david teo
amboi-amboi, sejak sain contract dengan MIG makin menjadi yer ko Bobo

02 di kuala kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


eksklusif !! siapa pemimpin pas pusat ziarah jenazah syiah <b>di kuala</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2013 01:11 AM PDT

Disebalik laporan isu jenazah pengikut Syiah diuruskan mengikut fahaman Syiah baru baru ini di Kuala Kedah, rupa rupanya ada cerita yang tersembunyi dibelakang isu itu..

Baru baru ini, aku dapat maklumat bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..

Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian(kebumikan mengikut fahaman Syiah)ketika sedang sakit di sebuah hospital.

Selepas si mati meninggal dunia, jenazah beliau dibawa balik ke Kuala Kedah dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah mengikut wasiat yang ditulis si mati.. Orang orang kampung tidak dibenarkan untuk melihat urusan mandi mayat kerana kumpulan Syiah yang didatangkan khas dari Pendang melakukan semua proses ini..

Menurut sumber lagi, si mati dimandikan dengan cara menegak dan dikafankan dengan kain yang ditulis doa doa didatangkan khas dari Iran..

Di fahamkan semua pimpinan Pas Kedah datang ziarah arwah dan beberapa pemimpin Pas pusat juga datang tetapi mereka tidak menegur langsung upacara tersebut..

Yang peliknya pemimpin Pas seperti menghalalkan ajaran Syiah dalam parti mereka dengan membiarkan hal ini berlaku tanpa ada sebarang suara untuk menyekat ajaran ini ...

02 di jitra - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


Fathia, Aiman <b>di Jitra</b> 7 Sept. - Utusan Online

Posted: 25 Aug 2013 05:44 AM PDT

NUR FATHIA ABDUL LATIFF

JIKA selama ini anda hanya menonton lakonan Nur Fathia Abdul Latiff dan Aiman Hakim Ridza di kaca televisyen, ada peluang menanti anda untuk bertentang mata dengan dua pelakon popular ini secara langsung.

Sudah pastilah sekiranya anda bertemu mereka di Taman Tasik Darulaman Jitra, Kedah sempena Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! pada 7 September depan.

Peneraju utama drama bersiri Diandra yang sedang bersiaran setiap Selasa di TV3 itu bakal meluangkan masa kira-kira dua jam bermula pukul 3 hingga 5 petang.

Mereka berdua hadir untuk menjayakan sesi bertemu peminat. Jadi inilah kesempatan bagi penduduk sekitar Jitra beramah mesra dengan Fathia dan Aiman.

Pengunjung turut berpeluang merakam gambar bersama kedua-dua pelakon itu.

Selain bertemu Fathia dan Aiman, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga yang dianjurkan termasuk pertandingan karaoke dan mewarna.

Sempena Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! yang berlangsung buat kali kedua ini, ia turut diserikan dengan konsert.

Antara artis yang sudah mengesahkan diri untuk memeriahkan konsert Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! itu ialah Lan Kristal yang bakal menghiburkan pengunjung.

Konsert Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! turut dimeriahkan dengan penyampai radio Nasional FM yang bakal menggegarkan Taman Tasik Darulaman.

Antara penyampai radio terlibat ialah DJ Ridz, DJ Safura, Dj Kroll, DJ Dyan, Dj Muaz dan DJ Sheila yang terkenal dengan celoteh mereka.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama bersantai di hujung minggu bersama keluarga tersayang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! bermula 5 hingga 7 September di Taman Tasik Darulaman Jitra, Kedah.

Untuk sebarang pertanyaan berhubungan aktiviti fiesta boleh hubungi 03-92324428.

- AMIRAH AMALY SYAFAAT

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


MP <b>Padang Serai</b> tak hantar soalan, bantah prosedur parlimen <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2013 10:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos : Ahli parlimen Padang Serai, N Surendran tidak menghantar soalan ke Dewan Rakyat untuk sesi akan datang sebagai protes terhadap Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Menurut Surendran,  Peraturan Dewan mengehendaki ahli parlimen menghantar soalan 14 hari bekerja sebelum satu-satu sidang Dewan Rakyat diadakan.n_surendran

"Jelas niat kerajaan BN mempertahankan Arahan Tetap 22 untuk mengelak pengawasan efektif setiap tindakan Menteri BN oleh pembangkang.

"Saya tidak akan hantar soalan sebagai protes terhadap prosedur menindas BN di Dewan Rakyat," kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.

Surendran diberitahu bahawa Setiausaha Dewan Rakyat mengarahkan semua ahli parlimen mengajukan soalan parlimen pada 3 September untuk sesi yang bermula 23 September 2013.

Justeru, amalan soalan dihantar 14 hari lebih awal menyebabkan ia tak mengikut topik, basi dan tidak efektif sebagai kaedah memantau Menteri untuk menjelaskan tindakan mereka.

"Di House of Commons England hanya tiga hari pemberitahuan diperlukan.

"Di Dewan Rakyat Australia dan Kanada, ahli parlimen boleh mengajukan soalan kepada Menteri tanpa pemberitahuan awal.

"Cara BN di Dewan Rakyat tidak konsisten dan bertentangan dengan trend badan legislatif negara Komanwel lain," kata Surendran.

Tegasnya, kegagalan mengurangkan tempoh pemberitahuan soalan bukti keengganan BN mengambil langkah demokratik paling diperlukan dalam mengendalikan Dewan Rakyat.

Tidak seperti badan legislatif di negara Komanwel lain, BN tidak memberikan masa untuk Rang Undang-undang oleh pembangkang, usul dan usaha lain.

"Saya tidak boleh berpura-pura bahawa kepentingan rakyat dilindungi dengan cara tidak efektif," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55249

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved