Rabu, 19 Februari 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Kecurian kabel telefon <b>di</b> Jalan Anggerik, Amanjaya, <b>Sungai Petani</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 04:04 PM PST

Hari ni dah hari Rabu, serius rasa nak pengsan.. Lagi beberapa hari nak habis minggu ni... U all tahu tak, 5 hari (07/02/2014 hingga 11/02/2014) saya takda internet pasal kabel telefon kene curi..!! Pasal rasa nak pengsan tu puncanya saya kan tengah  lancarkan IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014, so, saya masih ada baki 5 entry review sponsor yang saya kene buat... Bayangkan ye sayang2.. semua tu kene siap sebelum Mega Giveaway saya tu tamat hujung minggu ni.. Bukan tu je, saya ada 2 entry review berbayar, pun nak kene siap minggu ni jugak.. Nampak tak, dah 7 entry kene karang tu... maunya saya tak rasa nak pengsan... Itu baru bab entry, ni ada lagi berlambak komen peserta Mega Giveaway yang belum saya approved.. Nak kene blogwalking tengok entry dorang plak... Memang saya suka sangatlah orang yang mencuri kabel di saat2 keje urgent berlambak2 menanti saya... Boleh gituuuu....

Pada si pencuri kabel tu, ni kata2 saya untuk awak... Saya nak mintak tolong dengan awak, Tolong jangan mencuri kabel telefon rumah saya lagi.. Buat apalah awak susah2 g curi curi kabel telefon tu semua.. Bukannya awak dapat pahala pun.. dapat dosa lagi adalah... dapat dosa sebab curi kabel telefon rumah saya & menyusahkan banyak pihak.. kesian dekat operator 100 tu nak kene dengar "leteran" saya.. kesian jugak dekat diri saya yang memaksa diri saya "berleter"... Awak jangan duk pikir diri awak sorang je yer... Awak jangan pikir dengan curi kabel telefon rumah saya tu dapat tambah pendapatan awak je... Awak ada pikir tak camne plak dengan orang lain yang menambah pendapatan melalui internet ni haa? Kesian dorangkan wak, "terputus" kejap pendapatan dorang sebab awak curi kabel telefon dorang.. Awak awak awak... lenkali nak buat kerja tolong pikir orang2 sekeliling sekali yer.. Jika menyusahkan orang lain & ia hanya menambahkan dosa, jangan buat benda tu tau... saya tak nak berleter kat awak banyak sangat.. Saya cuma doakan moga awak diberi kehidupan dengan dimurahkan rezeki yang halal & moga awak tak buat kerja2 camni lagi... tapi awak buat kerja yang penuh dengan kebaikan.. Aamiin...

P/s : Moga Tuhan gerakkan hati siapa2 yang pernah mencuri kabel telefon rumah saya ni, tu bacalah entry saya ni walaupun 4 5 tahun lagi...
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 
tekan SINI untuk perkongsian bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan