Rabu, 19 Februari 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Warga emas seronok diziarahi Exco-Exco Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2014 08:11 PM PST

"Alhamdulillah..! Bertuah la hari ni dapat tetamu istimewa mai rumah makcik yang macam ni.. rumah pun tak berapa elok, tapi depa sudi mai masuk melawat makcik.."
Begitulah kata-kata Sopiah Omar, 75, seorang warga emas yang tinggal di Kampung Pantai Merdeka di sini sambil tidak putus-putus bersyukur dan memuji sifat prihatin kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah terhadapnya.
Terharu dengan bantuan segera dan ziarah Exco-Exco Kerajan Negeri Kedah ke "teratak"nya yang sudah uzur dimakan anai-anai, warga emas itu tidak henti-henti berceloteh gembira hingga ramai yang tersenyum dengan gelagatnya.
Begitulah reaksi spontan majoriti rakyat yang terpilih untuk diziarahi barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah sempena program MB Mesra Rakyat 2014 (Siri I) Daerah Kota Kuala Muda, kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.
Meneruskan hasrat dan agenda Kerajaan UMNO/BN Negeri Kedah untuk berkhidmat demi rakyat, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bergabung tenaga "turun padang" menziarahi rumah-rumah rakyat miskin, warga emas serta ibu tunggal di sekitar daerah Kota Kuala Muda.
Bertujuan menyampaikan bantuan secara langsung kepada masyarakat di kawasan perkampungan nelayan serta kampung-kampung di sekitarnya, para Exco turut diiringi para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tindakan dan bantuan susulan.
"Saya yakin dengan menjalankan amanah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, dan meneruskan hasrat Kerajaan Negeri membantu rakyat dengan ikhlas, seluruh negeri Kedah akan mendapat banyak manfaat dari program sebegini.
"Selain itu, dengan program ini juga, ia dapat beri peluang pada kami (barisan Exco) mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kepimpinan kerajaan dan rakyat di semua peringkat, 
"Melihat mereka, saya terbayang ibu saya. Sebagai 'anak', adalah wajib bagi saya membalas jasa 'ibu' saya, kan?" kata YB Norsabrina Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat ketika ditemui semalam.
Walau terpaksa mendaki bukit curam untuk ke rumah seorang warga emas untuk menghulur bantuan, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, NGO, Kebudayaan dan Warisan, YB Aminuddin Omar, tetap bersemangat meneruskan tugas sebagai "yang berkhidmat" (YB).
Bersetuju dengan pandangan rakan Exconya, YB Aminuddin memberitahu bahawa program aktiviti ziarah wakil rakyat sebegini wajar diadakan selalu bagi mendekatkan hubungan pemimpin dengan rakyat.
"Seronok sungguh dapat jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik di sini, walaupun hidup mereka agak susah, kami disambut bagaikan keluarga. 
"Saya harap akan berpeluang lagi melakukan program macam ni nanti di daerah-daerah lain di Kedah, kami komited untuk teruskan agenda utama Datuk Seri Mukhriz untuk merakyatkan khidmat kami kepada rakyat.
"Anggaplah kami ini sebagai keluarga dan kami akan cuba sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat dengan baik mengikut lunas yang sepatutnya, ini masa kami untuk balas kemenangan rakyat memilih BN pada PRU ke-13 yang lalu," katanya.
Daerah Kota Kuala Muda terpilih sebagai lokasi pertama siri jelajah MB Mesra Rakyat dan dijangka seluruh daerah di negeri Kedah bakal diadakan program seumpamanya.
Program mendekati rakyat secara langsung itu bertujuan bagi mendengar sendiri rintihan suara hati rakyat Kedah berhubung masalah setempat, isu berbangkit sebelum dipanjangkan dan dibincangkan bersama jabatan atau agensi berkaitan bagi menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih berkesan. -KedahNews.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan