Khamis, 27 Mac 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


SEJENAK BERSAMA PAK KASSIM AHMAD <b>DI KULIM</b> | Daulah <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2014 01:31 AM PDT

Bapak Kassim Ahmad telah menjengah usia 80 tahun (1934- 2O14). Beliau kelihatan uzur selepas dikunjungi para pelawat yang ramai, tersentak dengan kontoversi yang dicetuskannya :

1. Tawhid hanya tunggal lailahaillallah

2. Tawhid kedua Muhammadur Rasulullah batal

3. Al Quran tidak memerlukan Al Hadis yang menurut Imam Shafie sebagai al hikmah untuk menerangkanya.Al Quran telah lengkap untuk menerangkan kebenaran Ilahi dan tidak memerlukan tokok tambah lagi.

4. Rambut wanita bukanlah aurat.

5. Punca kelemahan umat Islam kerans terlalu percaya kepada alim ulama yang diangkat sebagai kelas paderi untuk membuat dan menafsir hukum di sepanjang sejarah.

Kunjungan ke rumah Pak Kassim yang penulis kenali sejak di P.Pinang 20 tahun yang lalu mengesahkan pendiriannya tetap utuh.

Beliau bermula sebagai seorang sasterawan, anak zaman yang membentrontak terhadap kebejatan FEUDALISME yang diperlindungi dan dibajai PENJAJAH sepanjang era penjajahan dan selepas merdeka.

Menurut pengalaman seorang rakan pelajar yang senior Prof Syed Naquib Al Attas, Kassim Ahmad yang masuk ke Universiti Malaya di Singapura pada pertengahan tahun 1950an adalah seorang pemuda kampung yang warak. Seorang yang kuat dan patuh bersolat dengan  membawa sejadah ke sana kemari.

Selang tidak berapa lama selepas masuk  universiti seawal usia 20 tahun ia berubah dengan ketara selepas bertembung dengan ideologi sosialisme yang progresif.

Ideologi ini mendominasi pemikiran anak muda seluruh dunia pada ketika itu.Bermulalah Kassim baru yang anti FEUDAL dan menentang segala politik, ekonomi dan sosial yang menyokong feudalisme, kapitalisme dan imperialisme .

Beliau bergelumang dengan segala kazanah  kesusasteraan barat kontemporari dan falsafah yang menunjanginya.Maka beliau menyanjung Hang Jebat sebagai WIRA MELAYU- RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.Dalam salah sebuah sajak  berjudul DAILOG beliau menulis :

Aku akan pergi dengan 1000 Jebat si anak ani,

Kian lama kita mati dalam setia,

Kali ini kita hidup dalam DURHAKA !

Kassim pernah ditahan dibawah akta zalim, warisan penjajah tahan tanpa bicara di bawah ISA oleh golongan yang ditentangnya selama 5  tahun. Ia dibebaskan semasa Dr Mahathir menjadi PM pada tahun 1981.

Selepas itu dalam kembara falsafah, selepas mengkaji kepincangan Marxisme secara mendalam dan kapitalisme serta liberalisme secara kritis ia keluar dengan satu jalan unik  JALAN PULANG KE PANGKUAN ISLAM. Asas pemikiran Kassim ialah Falsafah-pertimbangan rasio- akal – intelek.

Kembali kepada Islam ? Masalahnya ia tidak setuju dengan segala Islam warisan yang terhasil daripada tragedi  sejarah, budaya dan zaman. Islam ini beliau sebut sebagai Islam Baka yang sarat dengan tafsiran yang tidak tepat dengan  hakikat ISLAM yang sebenarnya.

SEBAB ITU HASILNYA TIDAK SEBAGAIMANA YANG TERJADI DI ZAMAN NABI MUHAMMAD. Ia menolak kediktatoran adikuasa sang pemimpin dan penguasaan parti secara totok dan rakus  sebagaimana dalam Komunisme.

Ia menolak kesewenangan individu dan kuasa perniagaan free enterprises dalam kapitalisme dan liberalisme. Kassim menyatakan ISLAM adalah jalan tengah di antara keduanya.

Jalan yang lurus ,sistem yang disediakan demi penyelesaian segala masalah dan kemelut umat manusia. Kekalutan yang dunia hadapi masa kini.

Berhujah dengan Kassim ialah dengan Quran juga.Salah seorang  pengkagum dan pembela Pak Kassim Tun Dr Mahathir menyatakan mereka menuduh Kassim sesat kerana mereka tidak dapat melawan hujahnya secara tepat. Adakah Pak Kassim bersedia untuk berdebat mempertahankan hujahnya.Adakah kesihatan mengizinkannya atau kita harus membiarkannya begitu saja ! Akan bersambung ……?…

Siapa kata umat Islam mendewa-dewa Nabi Muhammad   secara berlebihan.Tidakkah dalam rukun Iman di sebut beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat, beriman kepada PARA RASUL, Kitab, hari akhirat dan qada dan qadar. Siapa kata umat Islam hanya mengagungkan nabi Muhammad .

Dalam dakwah sepanjang sejarah tidak ada orang yang masuk  Islam tanpa menerima kerasulan Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan