ads

Selasa, 15 April 2014

02 di sik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Majlis Jamuan Rakyat <b>Di Sik</b> - blog rasmi kerajaan negeri kedah <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 11:01 PM PDT

14jamuan
SIK 14 April –  Kira-kira 20,000 penduduk di Daerah Sik hadir pada Majlis Jamuan Rakyat Bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-86 yang diadakan di Padang Awam Sik, di sini.
Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Toh Puan Temenggong Kedah berangkat ke majlis itu.
Turut berangkat sama ialah Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Toh Puan Laksamana Kedah.
Sempena majlis itu, turut diadakan acara memotong kek sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-86 dan majlis beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada program itu.
Majlis yang diadakan itu turut diserikan dengan persembahan hiburan oleh pelakon terkenal tanah air iaitu Lan Pet Pet di samping persembahan nyanyian oleh artis-artis tempatan tanah air.
Persembahan tarian dari Badan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah turut diadakan.
Acara cabutan bertuah khas yang bernombor 00086 dimenangi oleh seorang penduduk Sik iaitu Zulkifli Zainol yang berjaya memenangi hadiah berupa sebuah motorsikal.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Jamuan Rakyat, YB. Datuk Mohd Tajudin Abdullah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan berkata, beliau berpuas hati dengan kelancaran program yang diadakan itu.
"Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan pada hari ini adalah antara program yang sentiasa di hati rakyat yang menghubungkan antara rakyat dengan pemimpin.
"Kita berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara rakyat dengan Kerajaan Negeri Kedah," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah  Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, YB. Dato' Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, mewakili Menteri Besar Kedah, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir.
Hadir sama ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO), Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 09:55 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di sik</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 09:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelajar Tingkatan 4 Maut Dalam Kebakaran <b>Di Sik</b> - Siakap Keli

Posted: 26 Jan 2014 08:33 PM PST


SIK – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Changhai, Jeneri di sini awal pagi ini.
Siti Aishah Che Ani, 16, pelajar Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang di sini mati di tempat kejadian dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 4.45 pagi
Turut tercedera dalam kebakaran rumah yang didiami empat beranak itu ialah abang mangsa, Mohd Firdaus Izwan Che Ani, 18, yang melecur di beberapa bahagian tubuh.
Bapa dan ibu pelajar itu, Che Ani Md Isa, 59, dan Normah Zainon, 51, dilaporkan selamat.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Sik, Mohd Faisol Izwan Hang Tuah memberitahu pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.
Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved