Selasa, 15 April 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Sakura Malaysia Meriahkan Suasana <b>Negeri Kedah</b> Seperti Berada <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 07:12 AM PDT


Fenomena pokok Tecoma yang berbunga lebat setelah Kedah mengalami kemarau yang panjang menjadikan daya tarikan yang mengagumkan. Ramai yang berhenti seketika untuk merakamkan kecantikan dan keunikan pokok yang digelar Sakura Malaysia tersebut. Malah, ada yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata ingin mengambil gambar berlatar belakangkan bunga sakura seolah-olah berada di Korea ataupun Jepun.

Di bawah ini ialah petikan dari berita Sinar Harian, bertarikh April 6, 2014, Kedah dilanda musim bunga!


ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

Malah pengguna laman Facebook tidak terkecuali memuat turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai, yang tidak berpeluang melihat sendiri keindahan alam ini. Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal turut mencadangkan agar sebuah taman diwujudkan hanya dipenuhi lanskap pokok ini, yang digelar pokok Sakura Malaysia.

Dalam komennya itu, Faisal mencadangkan antara lokasi sesuai antaranya Taman Jubli Emas Suka Menanti dan perkarangan Stadium Darul Aman.

"Alangkah cantiknya jika satu kawasan taman atau tanah lapang, dipenuhi lanskap pokok ini sahaja. Saya dapat bayangkan apabila musim bunga, pelbagai warna menghiasi kawasan. Tidak mustahil jadi tarikan pelancong ke Kedah," katanya.

Tambahnya, Kedah berpotensi mewujudkan taman Sakura, seperti di Akasaka Palace Garden di Tokyo, atau Washington Monument yang dipenuhi pokok Cherry Blossoms, menarik ribuan pengunjung setiap kali bunganya mekar.

"Setiap kali musim bunga, berduyun pelancong berkunjung. Kedah boleh menjadi perintis wujudkan taman Sakura Malaysia dengan adanya taman khas, seperti di Bangalore sinonim dengan ros, Belanda (Tulip), China (Cherry Blossoms) dan Jepun (Sakura)," katanya.

Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan. Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan. Penduduk turut mendakwa apabila pokok itu mengeluarkan bunga yang lebat, selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan.

Nurul Shamira Mohd Iqbal, 10, berkata, dia dan rakan terpegun dengan keindahan bunga itu dan merakamkan gambar untuk kenangan setiap tahun. "Ramai orang yang lalu lalang di Jalan Gangsa ini, memberhentikan kenderaan dan merakamkan gambar di sini. Kawasan ini bagaikan sebuah taman berbanding hari biasa, hanya belukar," katanya.

Ada yang mengatakan pokok yang juga dipanggil Semarak, Bongor dan Sakura ini, di tempat lain di dalam Malaysia seperti Pahang, Melaka, Selangor dan Johor juga mempunyai pokok Tecoma. Tetapi dalam pemerhatian aku, tiada lagi gambar yang diupload dan mendapat like secara besar-besaran dan kecoh seperti Sakura di Kedah.

Ada juga yang mengaitkan dengan Kiamat. Ini bukan pasal kiamat, tetapi pokok ini sudah lama ditanam di beberapa kawasan di Kedah. Boleh dikatakan semua daerah di Kedah ada ditanam pokok Sakura Malaysia ini. Tahun ini, ia berbunga lebat dan membuatkan ia menjadi fenomena kerana kecantikannya.

Jom kita jamu mata dengan gambar yang aku ambil dari kamera kawan-kawanku.    




 Cantik, menarik kau memang da bomb, bukan? Aku juga ada membuat entri terdahulu mengenai kecantikan sakura ini. Serius, gambar yang aku ambil dari kamera sendiri lagi cantik. Korang boleh bandingkannya. Kalau kamera aku, korang boleh tengok kat sini: Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah, Yan, Kedah

Hasil pencarianku menjumpai blog yang hebat dan gambarnya bersumber asal http://www.venusbuzz.com/archives/66489/places-see-sakura-malaysia/

Selamat menikmati Musim Bunga Di Kedah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan