Sabtu, 24 Mei 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Berita: Kilang pemasangan Mazda <b>di Kulim</b> lengkap | BH Auto

Posted: 21 May 2014 09:17 PM PDT

Mazda 2Penambahan kemudahan terakhir bakal rancakkan pengeluaran

Dengan pembukaan kemudahan pemasangan terakhir di kilang pemasangan Mazda di Kulim, kemudahan itu kini mampu mengeluarkan 20,000 unit setahun kenderaan Mazda pemasangan tempatan. Setakat ini, model utama yang di pasang disana ialah Mazda CX-5 SkyActiv, untuk pasaran tempatan dan juga Thailand, selain model Mazda3 yang dipasarkan sebelum ini.

Mula menggunakan kemudahan pemasangan Inokom Corporation Sdn Bhd itu sejak 2011, tahun lalu sahaja menyaksikan Bermaz Motor melaburkan sejumlah RM100 juta terhadap penyediaan 'body shop' dan kemudahan pemasangan lainnya. Dengan operasi kemudahan terakhir ini, Mazda mampu untuk memenuhi permintaan tempatan, terutama bagi model CX-5 dengan memendekkan tempoh menunggu dari enam bulan kini, kepada dua hingga tiga bulan sahaja selepas ini.

Pegawai Eksekutif, Mazda Motor Corporation Japan, Masatoshi Maruyama menjelaskan bahawa langkah pengukuhan pemasangan kenderaan ini adalah sebahagian daripada strategi Mazda untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan syarikat itu untuk pasaran Asean, yang dimulakan dengan kerjasama bersama Bermaz Motor sejak September 2012.

Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd, Rizal Jailan juga menjelaskan dengan perkembangan terbaru itu, operasi pemasangan kenderaan Mazda dapat dipertingkat dengan kualiti yang terjamin. Setakat ini, 30 jurutera dari Jepun turut terlibat di dalam pelbagai peringkat operasi pemasangan kenderaan Mazda di situ.

Sebelum ini, satu syif kerja di kilang berkenaan mampu menyiapkan sejumlah 40 unit kenderaan. Dengan pembukaan kemudahan terakhir ini, jumlah berkenaan dipertingkat kepada 56 unit. Jumlah ini akan digandakan lagi sebaik sahaja penjadualan kerja dua syif dilaksanakan nanti, dijangka bermula Jun nanti.

Menjelang akhir tahun ini juga, Bermaz dijangka akan memulakan pemasangan model terbaru Mazda3 SkyActiv untuk pasaran tempatan. Selain itu, untuk pasaran Thailand, syarikat berkenaan turut memasang model CX-5 dengan varian enjin diesel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan