ads

Sabtu, 24 Mei 2014

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Pesawat MAS dipanah petir, selamat mendarat <b>di Langkawi</b> | Astro <b>...</b>

Posted: 20 May 2014 09:00 AM PDT

Pesawat MAS dipanah petir, selamat mendarat di Langkawi

Pesawat MAS dipanah petir, selamat mendarat di Langkawi

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum
tengah hari ini.

MAS berkata pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.

"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.

Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved