ads

Ahad, 4 Mei 2014

02 di pokok sena - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Mahfuz bawa 2 bas orang <b>Pokok Sena</b> ke himpunan <b>...</b> - UtaraNews

Posted: 22 Apr 2014 05:00 PM PDT

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam berdegar-degar mengerah seluruh ahli PAS untuk menyertai himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Hari Pekerja, 1 Mei nanti.

Mungkin mahu menonjolkan diri, Mahfuz berbangga mengumumkan bahawa PAS di kawasannya menaja sebanyak 2 buah bas dari Parlimen Pokok Sena bagi membawa ahli-ahli PAS di kawasan itu menyertai himpunan sia-sia tersebut.

Malah sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, dia juga memaklumkan sebanyak 5 buah bas akan berlepas dari PAS Kawasan Sungai Petani bagi membawa penyokong-penyokong parti itu ke Kuala Lumpur.

Penulis berpendapat bahawa usaha Mahfuz itu sebagai satu tindakan terdesak yang tidak membawa sebarang makna apa-apa. Atau dalam bahasa mudah, tindakan berhimpun membantah GST itu adalah satu tindakan yang sia-sia.

Dalam sejarah demonstrasi negara, belum ada satu pun tindakan tunjuk perasaan secara membuta tuli itu berjaya memenuhi kehendak para pendemonstran. Lebih ramai yang berhimpun membantah, bertambah payah untuk mereka mencapai matlamat atau kehendak yang dilaungkan.

Misalnya, parti-parti pembangkang sebelum ini terpaksa melakukan bersiri-siri himpunan Bersih. Namun, kebanyakkan tuntutan yang dibuat itu langsung tidak dilayan manakala hanya yang logik dan masuk dek akal saja yang dikaji kesesuaian perlaksanaannya.

Ini adalah kerana permintaan mereka itu mengarut sama sekali meskipun dipenuhi. Misalnya, isu dakwat kekal. Meskipun Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memenuhi permintaan mereka, namun dakwat tersebut masih dipertikai sehingga kini. 

Lebih mengarut, ramai pihak yang berpandangan bahawa tuntutan menggunakan dakwat kekal itu sebagai sesuatu yang merepek, tidak praktikal, tidak berkesan dan tidak sesuai berbanding penggunaan sistem biometrik yang dicadangkan SPR sebelum ini.

Berbalik kepada isu himpunan membantah GST, penulis tidak fikir bantahan itu akan mengubah sebarang dasar mengenai sistem baru percukaian yang lebih sistematik dan berkesan itu. 

Apatah lagi Mahfuz hanya akan menyebabkan ramai pekerja di negara kita kehilangan waktu-waktu berharga mereka di hari cuti umum yang sepatutnya digunakan bersama keluarga, orang tersayang dan berehat sambil melakukan aktiviti yang jauh lebih berfaedah.

Penulis agak terkilan dengan Mahfuz yang bangga dengan PAS Kawasannya yang menyediakan dua buah bas untuk himpunan tersebut. 

Sedangkan, ketika seluruh umat Islam di negeri Kedah berhimpun di Stadium Darul Aman memuji dan bersalawat kepada Rasulullah SAW, PAS Kawasan Pokok Sena langsung tidak menaja sebarang jenis kenderaan untuk ke majlis cinta Rasul itu. 

Sebuah motorsikal pun Mahfuz tidak taja untuk menunjukkan "mahabbah" kepada Rasulullah SAW?

Penulis yakin, kalau Mahfuz taja para penyokong PAS ke majlis ibadah itu, sudah tentu dia akan panggil Sinar Harian untuk hadir sidang media khas untuk diwar-warkan "infaq"nya itu, bukan?

Begitulah gerangannya Pesuruhjaya PAS Kedah yang terkini. Kalau bersangkutan hal politik, berbas-bas dia boleh taja. Tapi kalau majlis yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Rasulullah SAW dan Allah SWT, langsung dia tidak peduli?

Berbeza benar Mahfuz dengan bekas Pesuruhjaya PAS Kedah yang lama, Allahyarham Datuk Seri Ustaz Azizan Razak, bukan? Bagai langit dengan bumi..! -UtaraNews.com

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved