ads

Jumaat, 28 Mac 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


status facebook petanda ajal, gadis maut dirempuh kereta <b>di sungai</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 11:11 PM PST

Kecoh apabila seorang gadis maut dirempuh kereta yang dipandu oleh anggota polis di luar tugasan. Bukan setakat kecoh kerana polis berkenaan dikepung lebih 100 kumpulan penunggang motosikal di lokasi kejadian malah status Facebook yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Status Facebook itu sebagaimana dibawah:

status facebook petanda ajal

"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah. Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku."

Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah Budiman, 21, meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

"Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya," katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja. Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian. Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.

Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang. Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.

Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani. Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh.

Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja. Mereka merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut. - SINAR HARIAN

Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

VIDEO : DETIK CEMAS ROMPAKAN <b>DI SUNGAI PETANI</b>

Posted: 24 Mar 2014 07:11 PM PDT


Rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan kedamaian negara.  Suasana keamanan yang kita nikmati pada hari ini sebahagian besar datangnya daripada usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan terutamanya polis. Mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Marilah sama-sama kita memupuk semangat setiakawan, mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang bersifat perpecahan dan sentiasa bersedia menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana dan penuh rasa mahabbah. Percayalah, kekuatan PDRM dan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng keselamatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.
SELAMAT HARI POLIS 207.....

Post by Balai Polis Sungai Petani.


Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB), dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.
Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas' serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.
Hari Polis disambut setiap tahun pada 25 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis. 

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


[ Gossip ] Projek Kahwin : Hanez Suraya bakal <b>di baling</b> " Telur <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2014 02:24 PM PST

Hanez Suraya bakal di baling " Telur "Walaupun telah membuat kenyataan bahawa dia ingin bertemu dengan isteri kekasihnya, Liyana Manan untuk menyelesaikan isu ini secara baik, imej Hanez nampaknya masih gagal dibersihkan, kemaran peminat pada selebriti jelita ini berterusan.
Terkini, ada desas-desus mengatakan ada pihak mahu membuat 'Gerakan Baling Telur kepada Hanez semasa pementasan Teater Projek Kahwin berlangsung kelak.
Tindakan untuk mensabotaj Hanez di teater terbitan Mask Team itu dikatakan dirancang oleh pihak yang amat marah dengan tindakan pelakon itu.
Admin berharap kes ini dapat di selesai kan secara sebaik mungkin supaya kerjaya dan maruah mereka-mereka yang terlibat dapat di lindungi dan mengelak kebencian menular berterusan. Credit OH

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2014 01:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pasar Tani <b>Pendang</b> II Bantu Tingkat Pendapatan Petani. | MadaTv

Posted: 27 Feb 2014 06:12 AM PST

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mencadangkan kepada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menubuhkan sebuah Pasar Tani di Pendang.

Oleh yang demikian, Pasar Tani Pendang II dibuka pada setiap hari Khamis jam 3 petang hingga 8 malam bertempat di Pusat Kraftangan dan Industri Asas Tani Mada, Jenun, Pendang bermula pada 27 Februari 2014.

Pasar Tani Pendang II ini menyediakan pelbagai jualan seperti barangan basah, barangan kering, jualan pakaian dan banyak lagi sama seperti pasar tani di tempat-tempat lain.

Menurut FAMA, Pasar Tani mula ditubuhkan pada 31 Januari 1985 bertujuan mewujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar untuk memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna selari dengan konsep "Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna".

Pelbagai kategori pasar tani ditubuhkan seperti Pasar Tani Mega, Pasar Tani Desaraya, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Kekal dan juga Pasar Tani Bunga yang bersuasanakan karnival, mudah alih dengan identiti tersendiri.

Antara objektif pembangunan Pasar Tani adalah meluaskan pasaran hasil pertanian, memperkuatkan kuasa tawar menawar, mengurangkan pergantungan pengeluaran kepada orang tengah dan meningkatkan pendapatan petani.

Selain itu, ia juga merupakan medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru, menggalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum Bumiputera dalam bidang penyertaan.

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


PENGALAMAN BERMAKNA <b>DI</b> KEM KENARI, <b>YAN</b>, <b>KEDAH</b> (Part 1 <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2014 06:38 AM PST

Hari ni Faris nak berkongsi pengalaman Faris ketika menyertai KEM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI 2014 KSAH di Kem Kenari, Yan, Kedah pada 27-28 Februari 2014.
Walaupun hanya 2 hari 1 malam tetapi banyak benda dikongsi fasilator-fasilator yang terlibat dari Institut Perguruan Darul Aman.
Peserta-peserta bertolak dari Kolej Sultan Abdul Hamid pada pukul 2.00 petang (Lambat sejam dari waktu yang sepatutnya sebab sebab-sebab tak dielakkan). Kami sampai di Kem Kenari pada pukul 3:15 petang (tak pasti). Sampai saja di sana, kami menjamu selera dulu dengan perut yang lapar (bagai orang mengantuk disorongkan bantal). Selepas itu, kami masuk ke asrama masing-masing. Selepas itu, kami pergi ke dewan yang diberi nama Dewan Terapung. Kami diperkenalan dengan fasilator-fasilator dan dibahagikan kumpulan.
Faris masuk ke dalam Kumpulan 6 di bawah pimpinan fasilator Kak Rika. 
Selepas beberapa aktiviti didalam dewan, kami diberi masa untuk solat Asar dan menyalin baju untuk aktiviti di dalam kolam air. Selepas siap menyalin baju yang sesuai, kami diberikan aktiviti leadership dan war game. Game leadership memerlukan ketua memilih suara haiwan yang lain supaya ahli boleh mengecam suara ketua. Kami memilih untuk buat suara Harimau 'start' motor (Lain dari yang lain).Selepas itu ketua harus memilih tempat yang masing-masing dalam kolam air. Selepas itu, kami kena mencari ketua dengan mata tertutup. Tetapi macam biasa, kami bukan tutup mata sangat, main tipu jugak la kalau nak menang. 
Selepas itu, kami main game War Game. Kami bergabung dengan kumpulan 5 kerana kena ada 4 pasukan sahaja. Kami diberi 10 belon yang perlu diisi dengan air. Kami juga perlu memilih seorang jeneral, pada mulanya kami memilih Nazim sebagai Jeneral tetapi akhirnya Faris juga kena jadi jeneral dari 10 orang yang lain (macam pak sanggup). Permainan kami mengambil masa yang lama sebab dua-dua pasukan tiada strategi. Sebab lama sangat permainan, kami hanya boleh mengambil 3 pemain yang masih hidup untuk terus bermain (termasuk jeneral). Sebab tiada strategi, akhirnya pasukan kami tewas ditangan pasukan 7 & 8.  
Redha jer la. Walaupun kalah, kami tetap seronok bermain game ni. Selepas tamat War Game, kami diberi masa untuk bermain di dalam kolam. Waktu ni kami balas dendam sebab kami kalah. 
Itu Sahaja buat masa ini Faris kongsi.

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 01:34 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dewan Rakyat Gamat : MP <b>Padang Serai Di</b> Arah Keluar <b>...</b> - YouTube

Posted: 25 Sep 2013 05:52 AM PDT

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to like rakyatnews msia's video.

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to dislike rakyatnews msia's video.

Published on Sep 25, 2013

Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendren diarah keluar Dewan Rakyat atas arahan Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin sebelum sesi pertanyaan lisan bermula. Tan Sri Pandikar Amin mengarahkan N.Surendran keluar daripada dewan apabila N.Surendran bertindak membawa patisyen yang disifatkan tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Maklumat lanjut layari :-
http://www.rakyatnews.my/index.php/20...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Ratings have been disabled for this video.

Rating is available when the video has been rented.

This feature is not available right now. Please try again later.

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


Majlis Nikah dan Sanding <b>di Changlun</b> | Najihah Razali

Posted: 24 Mar 2014 05:38 PM PDT

Weekend yang penuh :)

Kami ke Changlun sebab adik husband menikah dengan orang sana. Bertolak pagi Sabtu. Family husband dah bertolak petang Jumaat lagi. Satu bas dari Penggeli. Hehehe cinta Utara Selatan u. Jenuh nak balik raya nanti hehehe. Tapi kalau dah jodoh kan ♥♥

Oh nama biras baru Jiha ...Nurul...comel orangnya, sekali pandang macam Rossa pulak hehehe. Menikah lepas Asar, petang sabtu tu. So sweet.

Esoknya pula kenduri pula. Sedap lauk kenduri. Hehehe tapi kesian suami I tak sempat makan tau. Die bagi kita makan dulu sambil tgk Auni. Sekali bila dia nak makan, family dah nak ambil gambar pulak.

Selesai ambil gambar semua, semua nak gi shopping hehehe. Menuju ke Bukit Kayu Hitam. Tapi tak lepas. Kene ada passport rupanya eh...

Lepas tu driver tukar arah ke Padang Besar pulak. Ni first time jugak kami ke sana. Takde plan nal soping sgt pun. Beli kacang-kacang and buah-buah je ...lepas tu kami anak beranak lepak je di playground sambil tunggu yang lain-lain shopping hehehe.

Ok la...will be another busy week for us..esok pagi nak gerak balik ke Penggeli pulak. Sabtu Majlis bertandang pula.

Ok meh layan gambar ok ♥♥

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved