Selasa, 10 Julai 2012

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Sampaikan Salam Raya Anda <b>Di Kuala Ketil</b> dot com | Kuala Ketil.com

Posted: 07 Jul 2012 07:26 PM PDT

Sampaikan mesej raya anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda di website kami.

Dengan hanya semurah Rm 1.00/mesej.

Promosi ini sah bermula pada hari ini hingga 1 Syawal 1433 Hijrah…….

Dapatkan borang ucapan  raya di KMK Resources Sdn. Bhd hari ini.

Cepat-Cepat rebut peluang ini!!!!!!

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2012 03:05 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2012 03:42 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2012 03:26 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2012 03:07 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2012 03:49 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2012 03:14 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

TOMOI: <b>Kuala Ketil</b> Muaythai Challenge 2012

Posted: 04 Feb 2012 12:08 PM PST

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: Tuanku berharap Kolej Insaniah <b>di Kuala Ketil</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 04:14 PM PST

Wartawan Sinar Harian
January 15, 2012

ANAK BUKIT - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru agar Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan kepada 17,000 keluarga miskin yang didaftar di Kedah setakat 31 Oktober lalu.

Baginda bertitah, bantuan boleh disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan am dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Zakat atau penglibatan syarikat korporat.

"Golongan miskin dan tidak bernasib baik akan terus dibela oleh kerajaan. Beta harap taraf hidup rakyat akan bertambah baik dan hidup dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera dalam persekitaran yang selamat," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim juga mahu Kerajaan Negeri memantapkan pembangunan modal insan yang berpegang teguh kepada ajaran agama, dan dengan adanya kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, diharap dapat membuka lebih banyak peluang dan cabang ilmu kepada rakyat Kedah.

"Kerajaan beta juga memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membiayai pengurusan dan pembangunan Maktab Mahmud, antaranya membina asrama putera Maktab Mahmud Pokok Sena dan bangunan akademik Maktab Mahmud Kulim," titah baginda.

Baginda juga menyeru kepada pengurusan masjid dan surau supaya berfungsi dengan lebih baik untuk membimbing ummah ke arah masa depan cemerlang.

"Beta juga berharap semua pihak memandang ke hadapan dan optimis demi mencapai kejayaan dan kemajuan. Semua pihak hendaklah berusaha mencipta lebih banyak kejayaan supaya dapat memajukan negeri Kedah," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

WOW!. POKOK PISANG BERSAIZ GERGASI <b>DI KUALA KETIL</b>

Posted: 13 Dec 2011 05:55 PM PST


KUALA KETIL - Seorang pekebun di Kampung Belakang Malayawat dekat sini memiliki pokok pisang yang mencatat ketinggian luar biasa sehingga ada yang mencecah 10 meter.

Abu Hassan Jaafar, 56, berkata, pokok pisang yang ditanam 25 tahun lalu turut menghasilkan buah yang lebih besar iaitu mencecah sehingga 35 kilogram setandan.

Menurutnya, antara pokok pisang yang ditanamnya adalah jenis awak, emas dan nangka.

"Walaupun saya hanya menggunakan baja pokok, pokok pisang ini membesar dengan sempurna. Saiz batang pisang ini juga menyamai sebuah batang balak muda.

"Seorang peniaga goreng pisang pernah memberitahu saya dia boleh membelah sebiji buah pisang kepada lima. Ramai yang bertanya mengenai rahsia tanaman pisang ini, namun, saya tidak mempunyai sebarang rahsia kerana benih pisang dan cara penanamannya adalah biasa," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, saiz pokok pisangnya yang besar ini kemungkinan disebabkan tanah kebunnya yang merupakan bekas tempat pembuatan arang.

"Pada 1969, kawasan ini merupakan kawasan pembuatan arang, jadi tanah ini sesuai untuk bertani.

"Bukan sekadar pisang, tetapi pokok lain antara pokok keladi telur turut mempunyai saiz yang besar berbanding keladi biasa," katanya.

Menurutnya, walaupun pisangnya mendapat sambutan menggalakkan, dia tidak menjadikan tanaman pisang sebagai pekerjaan utamanya.

"Tanaman pisang ini adalah kerja sambilan saya. Saya mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan.

"Sebagai pemimpin kampung, saya perlu mengutamakan keperluan masyarakat kampung," katanya.

Abu Hassan berkata, kemungkinan dia akan memfokuskan kepada tanaman pisang ini selepas bersara sebagai seorang pemimpin.

"Sekiranya saya tidak mempunyai komitmen lain, saya akan memberikan fokus kepada tanaman pisang ini.

"Kemungkinan, saya akan mengeluarkan produk yang berasaskan pisang kerana itulah idaman saya dalam dunia pertanian ini," katanya.

Ditanya mengenai nasihat kepada pekebun baru yang ingin berkecimpung dalam tanaman pisang ini, Abu Hassan berkata, komunikasi dan hubungan pekebun dengan pegawai pertanian haruslah baik.

"Kita perlu rajin bertanya kepada pegawai pertanian kerana mereka turut mempunyai kelebihan tertentu dalam bidang bertani.

"Sekiranya kita mengikut nasihat selain pengalaman, kita akan berjaya dalam bidang pertanian," katanya.




SUMBER: SH Full content generated by
Get Full RSS.

022 - Birthday Ryan <b>di Kuala Ketil</b> ~ DCJ Online

Posted: 14 Nov 2011 05:57 PM PST

Sempena Hari Raya Haji yang lalu, kitorang beraya di Kuala Ketil pasal nenek pada orang rumah aku nak buat kenduri korban. Sempat jugak menyelitkan birthday Ryan kat dalam tuh...nam amik berkat..

Aku update gambor-gambor kat bawah ni pun pasal mak-mak sedara si Ryan ni tanya, mana gambor hari tuh? Hahahaha...aku sudah terlupa la, masih lagi ada dalam kamera, sibuk berbagai sangat dua tiga minggu kebelakangan ni. Tugasan universiti ada dua tiga belum selesai.
Oklah, disamping aku sharekan gambor-gambor hari tuh di Facebook, aku letak la sekeping dua kat sini. Saja seronok tengok gambor kek tu. Opahnye tempah kek berbentuk no 1 (sempena ulang tahun pertama) ngan kek Angry Bird. Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

Perak Historical Crew: Sejarah Dinding III : Dari <b>Kuala</b> Sepit ke Lumut

Posted: 12 Jun 2012 02:46 AM PDT

Jika ditinjau sejak awal pembukaan daerah Dinding, orang Melayu telah mula menetap di sini. Malahan ramai orang Melayu ini datang merantau dari Sumatera seperti Acheh, Rokan, Siak, Kampar, Jambi dan Inderagiri sejak dari abad ke-16. Hal ini dibuktikan dengan nama beberapa tempat yang dikaitkan dengan masyarakat ini seperti Teluk Batak (Teluk Batik kini) dan Teluk Rubiah.
Pada tahun 1857, datang pula Nakhoda Muhammad Taib dari Batu Bahara, Sumatera ke Dinding untuk menangani isu perlanunan tersebut. Beliau juga telah membuka sebuah kerajaan kecil di Kuala Ketil setelah diberikan surat kuasa dan dianugerahkan gelaran 'Tok Noda' oleh Sultan Perak, Sultan Jaafar (1857-1863). Nakhoda Muhammad Taib kemudiannya berjaya menghapuskan lanun-lanun di Selat Dinding dan menjadi Kuala Sepit sebagai sebuah pelabuhan entreport bagi pedagang Nusantara. Pentadbiran di Kuala Sepit telah diketuai oleh beliau dan dibantu oleh Tok Pendekar Mohamad Yasin (keselamatan), Tok Baginda Raja (Pawang Besar) dan Tuan Haji Said (Kadi). Pada tahun 1873, Nakhoda Muhammad taib telah meninggal dunia di Kuala Sepit setelah 16 tahun memerintah kawasan ini.

KedahLanie.info: <b>KUALA KETIL</b> - Kuari pasir tidak ikut prosedur

Posted: 30 Mar 2012 11:00 PM PDT

KUALA KETIL - Penduduk sekitar terutama di kawasan Kuala Ketil kecewa berikutan aktiviti kuari pasir yang dilakukan tanpa mengikut prosedur mengakibatkan ancaman kepada mereka dan juga persekitaran.

Walaupun kebanyakan kuari itumempunyai permit, pengusaha terlibat langsung tidak melihat kesan kepada persekitaran kampung yang ternyata terbeban dengan aktiviti itu.

Sejak sekian lama, penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah pencemaran air, hakisan tanah, jalan rosak, termasuk kerosakan ekosistem.

Lebih parah, hakisan tanah akibat pengorekan tanah tanpa had itu mengakibatkan struktur jambatan di beberapa kampung rosak dan runtuh.

Tidak ikut syarat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Ketil, Md Zuki Yusof berkata, terdapat beberapa kuari di kawasan ini yang dikenal pasti tidak mengikut syarat untuk menjalankan aktiviti pengorekan pasir.

"Sebuah kuari di Kampung Tanjung Puteri menjalankan aktiviti ini berdekatan dengan jambatan yang menghubungkan penduduk di Kuala Ketil dengan Bukit Selambau, Sungai Petani.

"Syarat untuk menjalankan aktiviti terbabit adalah tidak berdekatan dengan jambatan iaitu sekurang-sekurangnya 500 meter dari tapak pengorekan pasir, namun ia tetap dilakukan walaupun secara terang-terangan melanggar syarat yang ditetapkan," katanya.

Menurutnya, ia boleh memberikan kesan serius kepada struktur jambatan iaitu kemungkinan berlakunya runtuhan.

"Terdapat kira-kira 30 kuari di daerah ini yang kebanyakan tidak mengikut syarat yang ditetapkan" katanya.
Perlu peka dengan masalah penduduk

Md Zuki berkata, pengusaha kuari perlu lebih peka dan mengambil serius mengenai setiap masalah penduduk yang diutarakan kepada mereka.

"Walaupun terdapat banyak aduan yang diberikan, pengusaha seolah-olah memandang remeh mengenai perkaraa itu sedangkan ia melibatkan keselamatan penduduk," katanya.

Beliau berkata, penduduk terpaksa hidup dalam kebimbangan setiap kali memikirkan mengenai aktiviti kuari yang bakal meruntuhkan perkampungan mereka tidak lama lagi.

"Tidak mustahil sebuah kampung akan menjadi pulau sekiranya aktiviti ini dilakukan tanpa memikirkan keselamatan.

"Contohnya kuari di Kampung Kuala Sedim, aktiviti itu dijalankan di kawasan tebing walaupun syarat pengorekan pasir adalah di tengah sungai.

"Justeru, keadaan ini mengakibatkan tebing sungai terhakis seterusnya akan membentuk sebuah pulau," katanya ketika meninjau kawasan kuari di Kuala Ketil baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat pengusaha kuari menggunakan tonto untuk mengelak aktiviti mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Ini terbukti apabila sebuah kuari di Kampung Kuala Sedim terus menghentikan aktiviti mereka pada jam 6.30 petang walaupun dimaklumakan aktiviti itu dilakukan sehingga lewat malam.

Kehadiran penduduk setempat ke kawasan itu mengakibatkan beberapa pekerja melarikan diri untuk mengelak daripada ditahan.

Tindakan tegas perlu diambil

Katanya, pengusaha kuari yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan seharusnya diambil tindakan tegas demi memastikan keselamatan dan ekosistem kampung terjamin.

"Masalah ini telah pun dipanjangkan di dalam Dewan Negeri pada tahun 2009, namun sehingga sekarang, masalah ini tetap berlaku.

"Saya sememangnya kecewa apabila masalah ini seolah-olah dipandang remeh walaupun kesannya diketahui amat besar," katanya.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2012 03:25 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2012 03:17 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2012 03:41 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Me & Myself: Jom Ronda-Ronda Cari Makan <b>Di Kuala Ketil</b>

Posted: 01 Apr 2012 11:35 PM PDT

Aku just nak share aktiviti group Jom Ronda-ronda Cari Makan Di Utara (JRRCMDU) menerjah ke Kuala Ketil pada 1/4/2012. Destinasi utama kami ialah Restoran SYS Ikan Bakar di pekan Kuala Ketil. Tokey kedai, Pak Shake antara individu yang aktif di dalam group JRRCMDU. So, kitorang decide nak melawat ke kedai Pak Shake untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Rombongan kami terdiri dari 18 orang dengan 7 buah kenderaan. Tempat berkumpul di Petronas BKE pukul 9 pagi & mula perjalanan pkl 9.45 pagi.

Selain pegi makan kat Kuala Ketil, kitorang sempat lagi melencong ke Tasik Bris, Sik, Kedah. Kat situ kitorang melawat ladang anggur. So, event hari tu habis lebih kurang pkl 3 petang.

Sekian saja laporan dari saya untuk group JRRCMDU.

Biaq Gempaq Satu Utara...

P/S: Kalau buat entry khas pasal Ladang Anggur Bris ni pun ok gak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan