02 di jerai kedah - Google Blog Search |
- Kau Ilhamku: Pesona Hill Dilihat(PhD): Gunung <b>Jerai Kedah</b>
- Media <b>Kedah</b>: Sejarah kewujudan Padang Tok Sheikh <b>di</b> Gunung <b>...</b>
- SERAMMNYAA!! Kisah Misteri Penunggu Tetap <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> <b>...</b>
Kau Ilhamku: Pesona Hill Dilihat(PhD): Gunung <b>Jerai Kedah</b> Posted: 30 Jun 2012 09:52 PM PDT Perjalanan separuh hari ke Gunung Jerai, Kedah pada 4 Jun lalu amatlah menggembirakan hatiku. Pertama, aku teruja kerana ini adalah kali pertama aku ke Gunung Jerai dan kedua kerana abah mertua yang selalu 'ditinggalkan' turut serta dalam JJCM kami. Kami bertolak selepas bersarapan pagi dari Telok Air Tawar dan tiba di kaki Gunung Jerai pukul 10.30 pagi. Kami tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri untuk ke puncak kerana ada tanah runtuh. Oleh itu, kami diminta menaiki van sewa yang disediakan dan kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 100- 200m menyusuri tebing tanah runtuh. Cabaran untuk abah mertuaku yang dah tua dan sakit kaki, namun alhamdulllilah....abah berjaya melepasi jalan kaki secara mendaki! Melepasi kawasan tanah runtuh, kami menaiki sebuah van lain yang telah sedia menunggu. Tiba di puncak, keadaan kabus. Pemandangan sawah menghijau di kaki gunung tidak kelihatan. Kami berehat sambil menikmati kopi dan pemanis mulut di Restoran Puncak Kedah, Gunung Jerai. Kulihat sebuah surau tersergam indah di atas puncak yang sedikit lebih tinggi dari kedudukan restoran. Lantas, aku mengajak Danish dan Dhia yang telah habis menikmati hidangan untuk ke sana. Setelah selesai urusan di surau, kami pun turun semula. Tiba-tiba, kabus bergerak perlahan-lahan dan mempamerkan keindahan alam semulajadinya. "Subna Allah...Cantiknya!" Menyaksikan keindahan Gunung Jerai ini mengingatku tentang ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman iaitu "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah, yang kamu hendak dustakan?". Pesona Gunung Jerai memotivasikan diriku agar berusaha tanpa jemu untuk melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhi laranganNya, sebelum semua nikmat diambil semula oleh Tuhan Yang Maha Pencipta Lagi Maha Berkuasa. |
Media <b>Kedah</b>: Sejarah kewujudan Padang Tok Sheikh <b>di</b> Gunung <b>...</b> Posted: 06 Jul 2012 08:40 AM PDT Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja. Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang). Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman. Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya. Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul. Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman. Sambung baca di Darulaman.My |
SERAMMNYAA!! Kisah Misteri Penunggu Tetap <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> <b>...</b> Posted: 02 Jul 2012 08:17 AM PDT Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ. "Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? " Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh. En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan. Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. " Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi," pinta Rasidah lagi. En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri. Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya. Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya. "Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…" rayu Rasidah, tinggi suaranya. Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian ! "Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan," kata Rasidah lagi. Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ? Nak tahu apa cerita?? Sambung baca kat Darulaman.My |
You are subscribed to email updates from di jerai kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan