02 di pendang - Google Blog Search |
- Informasi Kedah Untuk Semua: Jejak lailatul Qadar <b>di PENDANG</b>
- Tolonglah Biarkan Mat Sabu Bertanding <b>Di Pendang</b>…! | MYKMU <b>...</b>
- Inspektor Azim : Gadis Diganggu Lembaga Hitam <b>di Pendang</b> Kedah
Informasi Kedah Untuk Semua: Jejak lailatul Qadar <b>di PENDANG</b> Posted: 08 Aug 2012 02:55 AM PDT |
Tolonglah Biarkan Mat Sabu Bertanding <b>Di Pendang</b>…! | MYKMU <b>...</b> Posted: 28 Jul 2012 12:36 PM PDT July 29, 2012 · 4 Comments Sebelum ini saya ada menulis mengenai "komunis" yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Pendang. Siapa lagi "komunis" itu kalau bukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang mempunyai "agenda tersembunyi" di Kedah… Baru-baru ini portal pro-pembangkang, Malaysiakini, mengesahkan kesahihan maklumat yang saya sampaikan mengenai wujudnya pihak yang cuba mencantas Mat Sabu dari menjadi calon Parlimen Pendang pada PRU ke-13 nanti. Namun sebagaimana yang didakwa portal itu, dikatakan bahawa usaha mencantas Mat Sabu itu telah gagal dan PAS di kawasan itu telah menetapkan bahawa mereka mahu Timbalan Presiden PAS itu bertanding di Parlimen Pendang, Kedah. Justeru itu secara tidak langsung, laporan tersebut juga mengesahkan bahawa ada pihak yang berpengaruh di dalam PAS Kedah yang enggan membenarkan suami kepada dua orang "Normah" itu masuk ke Kedah. Persoalannya, siapakah gerangan yang mahu mencantas "komunis alaf baru" itu? Menurut sumber dalaman yang saya peroleh baru-baru ini, pihak yang dikatakan cuba mencantas Mat Sabu dari masuk bertanding di Kedah ialah Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri iaitu Datuk Seri Azizan Razak. Sumber tersebut menyatakan bahawa Azizan Razak sememangnya tidak sebulu dengan Mat Sabu dan sekiranya Timbalan Presiden PAS itu tercalon di negeri Kedah, maka ia sudah tentu akan berlaku "perang saudara" di dalam PAS Kedah. Selain itu, dikatakan bahawa tujuan Mat Sabu untuk tercalon di Kedah adalah untuk melemahkan kuasa Azizan Razak yang kini begitu dibenci oleh ramai pemimpin-pemimpin PAS negeri yang gagal memonopoli projek-projek kerajaan negeri tersebut. Dia khabarnya merupakan dalang di sebalik komplot menjatuhkan Azizan Razak dan menyerahkan negeri itu di bawah penguasaan "suku kaum" Anwarinas yang semakin bermaharajalela "menerajang" golongan pro-ulama PAS di Kedah. Menariknya, Mahfuz semalam menegaskan bahawa dia tidak tahu mengenai sebarang usaha untuk mencantas Mat Sabu dari menjadi calon di Pendang dan menafikan sebarang pergolakan dalaman di dalam PAS Kedah. Pada saya, terdapat dua kemungkinan dari kenyataan Naib Presiden PAS itu. Pertamanya, takkanlah dia nak mengaku bahawa ada usaha untuk mencantas "boss" yang menjadi "batu loncatan" untuknya bertanding di peringkat DUN dan Parlimen serentak pada PRU ke-13 nanti? Keduanya, nampak sangat Mahfuz jarang-jarang pulang ke Kedah mengambil tahu hal ehwal Parlimen Pokok Sena yang diwakilinya. Kalau Mahfuz selalu balik ke kawasan dan bercampur dengan orang-orang PAS Kedah, sudah tentu dia tahu betapa teruknya partinya dilanda "ribut taufan"! Atau, mungkin juga Mahfuz tahu mengenai kemelut PAS Kedah yang sedang bergoncang panas, tapi sengaja dia sembunyikan dari media. Dia fikir rakyat Kedah bodoh sepertinya yang tidak tahu perkembangan politik dalaman PAS? Saya sebenarnya sangat berminat untuk melihat Mat Sabu bertanding di Pendang. Kalau boleh, saya teringin sangat melihat calon luar yang bertopengkan "komunis" itu tumbang ditewaskan oleh seorang calon "underdog" UMNO/BN di Kedah. Yang lebih menarik, saya mendapat maklumat bahawa Mat Sabu sengaja dicalonkan oleh PAS Pendang bagi "membunuh" Timbalan Presiden PAS yang cuba campur tangan dalam hal ehwal PAS Kedah itu. Khabarnya, hanya segelintir saja yang mahu Mat Sabu bertanding di Pendang dan dikatakan bahawa lebih separuh dari golongan pro-ulama PAS Pendang yang berpengaruh di bawah "Tok Guru" Hj Rahim menolak Timbalan Presiden PAS itu sepenuhnya. Kita sama-sama nantikan sama ada Mat Sabu akan tercalon di Pendang atau tidak. Dan kita sama-sama lihat sama ada suami kepada "dua orang Normah" ini akan berjaya menjajah kubu kuat bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadhil Noor atau tidak… |
Inspektor Azim : Gadis Diganggu Lembaga Hitam <b>di Pendang</b> Kedah Posted: 05 Sep 2012 06:45 AM PDT TOKAI, PENDANG – Sepasang suami isteri di Jalan Tokai di sini bimbang melihat keadaan anak kedua mereka yang menjadi tidak bermaya selepas dipercayai diganggu lembaga hitam di rumah mereka, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Siti Intan Shafinaz Abdul Aziz, 26, bertindak menjerit dan menangis sambil menepis bahagian perutnya kerana mendakwa perutnya begitu panas selepas ternampak lembaga hitam dalam bilik tidurnya. Ibu mangsa, Sopiah Mat,47, berkata, dia dan suaminya tidak menyangka anaknya itu diganggu lembaga hitam memandangkan setengah jam sebelum itu dia sedang bermain dengan dua cucunya dalam bilik. "Saya mendengar dia (Intan) menjerit, namun menyangka mereka sedang bergurau, namun tiba-tiba dua cucu saya keluar daripada bilik memberitahu mak mereka menangis menyebabkan saya bergegas masuk di dalam bilik melihat anak saya sedang menjerit. "Saya tidak dapat melakukan apa-apa sehingga lebih dua jam keadaan anak saya begitu dan selepas itu dia tertidur sendiri. Namun selepas itu, anak saya nampak tidak bermaya seperti sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian. Sopiah berkata, anaknya pernah diganggu lembaga hitam tiga tahun yang lalu namun, tidak menyangka perkara sama berulang lagi. Sopiah turut berkongsi cerita pada malam sehari sebelum kejadian itu berlaku kepada anaknya. Menurutnya, dia sendiri ternampak sepasang mata lembaga hitam dari arah dapur rumah ketika sedang tidur bersama suami dan anak di ruang tamu. "Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi saya terkejut dari tidur selepas bermimpi ada lembaga hitam mengganggu saya, namun selepas saya membuka sahaja mata saya ternampak lembaga hitam berjalan-jalan di bahagian tempat kami tidur. "Saya tidak melakukan apa-apa, hanya melihat sahaja. Saya kemudiannya ternampak sepasang mata dari arah dapur rumah dan jelmaan itu hilang secara tiba-tiba selepas saya mendengar suara seperti anak saya (Intan) menangis tetapi keesokan pagi dia memaklumkan dia tidak menangis," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pendang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan