02 di kuala kedah - Google Blog Search |
- This Is Our Story: Makan Angin <b>di Kuala Kedah</b>
- Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala Kedah</b>
- Bencana !!! Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala</b> <b>...</b>
This Is Our Story: Makan Angin <b>di Kuala Kedah</b> Posted: 26 Aug 2012 07:25 PM PDT terus ajak family keluar makan angin ialah bila dah sampai sini mesti la nak jalan-jalankan takkan la nak terperuk di rumah jea kecewa la skit sebab tak dapat pergi ke Pasar Rabu - dah tutup jadi member adik - Aliff ajak makan di kuala kedah sambil tu boleh la tengok pemandangan malam di tempat orang tapi sebelum pergi ke mana-mana menjeling jugak kami semua mencari kedai kasut masa di hentian semenggol mak aku boleh main sarung jea kasut orang lain jadi kesudahnya mak aku pakai kasut sebelah lain hehehehehhe memang kena sakat dengan kami semua nasib baik la ada sebuah kedai kasut bata masih buka lagi rata-rata pukul 8pm di kedah nie kedai banyak sudah tutup perghhhh memang tak meriah la ialah awalnya kedai dah tutup masa kami nak pilih-pilih kasut pun pekerja kedai sudah tarik muka ialah malas sudah nak melayan pelanggan aku dari nak beli kasut baru terus lepak di luar sahaja biar mak dan lini yang sibuk beli kasut umar naik motor saper ntah mulut tu dok bising buat bunyi enyin motor alamak muka banyak jerawat plaks hahahahahhaha nie la kasut yang mak aku silap sarung tu kasut mak aku crocodile tu mak cakap masa dia sarung tu memang tak perasan memang sedap gila la lauk yang di masak kami pilih menu set : RM77.00 x 4set = RM308.00 @ikan kerapu masak harimau menangis @ sayur kailan goreng belacan @ tom yam campur - perghhh memang tangkap gila sedap kalau kat sg.buloh confirm kena charge RM100 lebih betul kan..(angguk jea kepala korang tu) kami pusing-pusing sekejap sampai rumah pukul 2 lebih apa lagi terus landing dan tak ingat apa dah thanks cham belanja makan malam |
Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala Kedah</b> Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini. Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega. Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...' "Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang. Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000. Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu. Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000. Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu. "Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari. "Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian. |
Bencana !!! Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah <b>di</b> Jalan <b>Kuala</b> <b>...</b> Posted: 29 Aug 2012 12:32 AM PDT ALOR SETAR – Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini. Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega. Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak… prak…' "Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang. Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000. Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu. Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000. Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu. "Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari. "Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian. Abdul Mutholib turut menyampaikan wang tunai sumbangan ketua Umno bahagian, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada semua 22 ketua rumah mangsa bencana itu. Latt Shariman yang juga Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Kedah menyumbangkan 22 kanvas untuk menutup bumbung rumah yang terbongkah buat sementara waktu bagi mengelak daripada dimasuki hujan.- Bernama |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan