02 di merbok - Google Blog Search |
Hafizhassan - Status 2018: <b>Merbok</b> River Park Posted: 25 Aug 2012 06:31 AM PDT Sungai Merbok ( Merbok River) merupakan sungai terkenal dalam sejarah bagi Lembah Bujang. Ia pernah menjadi 'pintu masuk utama' ke empayar kerajaan lama Kedah Tua pada abad ke-3. Pedagang dari India, Timur Tengah dan China datang untuk berdagang di pelabuhan Lembah Bujang. Sungai ini adalah begitu pupular pada masa itu dimana peniaga/ pedagang/ pelayar boleh melihat puncak Gunung Jerai dari jauh di laut yang menjadi panduan dan mercu tanda bagi mereka. Banyak artifak telah ditemui di sepanjang dan di dalam Sungai Merbok dan kini boleh dilihat di Muzium Arkeologi, Lembah Bujang di mana 1800 tahun warisan tempatan dan tamadun dipaparkan untuk pengunjung. Sungai Merbok juga tempat persembunyian untuk Sultan Kedah dari tentera Siam di Pulau Tiga selain kekayaan alam yang dimiliki dengan keindahan ekosistem hutan paya bakau tertua dan hidupan air tawar yang mampu menarik minat pengunjung dan pencinta alam. Justeru, khazanah alam dan sejarah yang dimiliki Sungai Merbok seharusnya dimanfaatkan bagi kepentingan masyarakat dan negara umumnya. Merbok River Park mampu menjadi pemangkin yang penting dalam usaha memacu pembangunan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan bagi masyarakat tempatan. Inspirasi bagi taman sungai ini boleh diketengahkan di bandar-bandar dan seluruh negara sebagai warisan pemelihara dan pemulihara sungai. Pelbagai aktiviti dan keperluan boleh dilaksanakan seperti rekreasi (jogging, cycling, swimming, walking tour, dll), penyelidikan sains, kajian sejarah, pendidikan alam semulajadi, sukan air (kayak, outrigger, mendayung, dll), restoran makanan air tawar, kemudahan teksi air, zoo, mangrove canopy, dan pelbagai lagi. Selain menjadi nadi penting dalam ekosistem persekitaran, ia berupaya menghidupkan budaya cintakan sungai dan alam dalam kalangan masyarakat. Merbok River Park yang berkeluasan lebih kurang 1500 hektar akan menjadi urban park yang penting di dalam perkembangan pembangunan di seluruh Bandar Sungai Petani. Ia dilihat berpotensi berkembang sebagai satu taman alam semulajadi yang dipelihara di dalam kepesatan arus pemodenan. Sungai Merbok bukan sahaja akan dihargai oleh masyarakat tempatan bahkan penduduk luar pada masa hadapan. Merbok River Park akan menjadi satu tempat di mana taman bagi penduduk bandar boleh menikmati ciptaan alam. Satu tempat di mana ibu bapa dan guru-guru boleh membantu mendidik anak-anak mereka tentang ekologi dan sejarah Sungai Merbok. Sebuah tempat untuk berlari, bermain, berperahu, atau hanya menonton bot belayar. Sebuah tempat untuk berehat dan mengeratkan keakraban dengan rakan-rakan dan jiran-jiran. |
You are subscribed to email updates from di merbok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan