Isnin, 10 September 2012

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


LANGKAWIAN: SEJARAH PARTI KEADILAN RAKYAT

Posted: 10 Sep 2012 01:45 AM PDT

Selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan serta UMNO pada tahun 1998, seterusnya diaibkan dengan pelbagai pertuduhan serta dibelasah semasa dalam tahanan, sejumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik telah membuat keputusan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) sebagai landasan untuk menyatakan sikap terhadap perkembangan yang berlaku pada waktu itu.

Satu keputusan telah diambil pada waktu itu di kalangan para pemimpin di pelbagai peringkat, aktivis dan para penyokong gerakan reformasi untuk menubuhkan parti politik baru. Usaha ini menemui jalan buntu kerana Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskannya. Maka, jalan lain untuk menubuhkan parti politik baru ini ialah dengan mengambil alih sebuah parti politik yang sedia berdaftar iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) diadakan pada 4 April 1999.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999, Keadilan membentuk kerjasama dengan Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Kerjasama ini dikenali dengan nama Barisan Alternatif.

Manifesto bersama – Ke Arah Malaysia yang Adil – telah dikeluarkan dalam bentuk buku kecil dengan hampir 50 muka surat. Kandungannya memuatkan cabaran terbesar sejak kemerdekaan iaitu krisis politik, ekonomi dan sosial. Enam agenda manifesto bersama pada waktu itu ialah agenda pengukuhan ekonomi, pemulihan institusi, usaha meningkatkan 10 aspek sosial masyarakat, perpaduan nasional, demokrasi tulen dan memperbaiki imej serta kedudukan di peringkat antarabangsa.

Dalam Pilihan Raya pertama yang disertai itu, Keadilan telah berjaya memenangi 5 buah kerusi Parlimen di negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dan 4 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Kerusi DUN bertambah pada tahun 2001 melalui Pilihan Raya Kecil di Lunas, Kedah.

Selepas itu, perbincangan demi perbincangan diadakan dengan PRM untuk percantuman kerana Keadilan dan PRM mempunyai misi perjuangan yang sama. PRM telah lama ditubuhkan berikutan semangat menuntut kemerdekaan yang membuak-buak pada dekad-dekad 40an dan pengharaman suara progresif dalam politik negara, iaitu AMCJA-PUTERA. Ia dilancarkan para 11 November 1955 oleh pemimpinnya, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al Helmy yang menjadi pemimpin PAS pada waktu itu turut sama menyampaikan pidato utama. PRM kemudian berjaya menjadi pemain politik utama negara, dan pada tahun-tahun 60an dan 70an mempunyai anggota dalam Parlimen dan beberapa DUN. Pilihanraya Majlis Perbandaran juga dimenangi oleh PRM di Pulau Pinang, Melaka dan Serdang.

Akhirnya, pada 3 Ogos 2003, Keadilan dan PRM bersatu dengan nama baru, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semasa Pilihan Raya Umum 2004, Keadilan hanya menang satu kerusi di Parlimen yang diwakili oleh Presiden Parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismai.

Dalam Pilihan Raya Umum tahun 2008, rakyat telah memberikan Keadilan 31 kerusi di peringkat Parlimen dan 40 kerusi di peringkat DUN. Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim kini menjadi Menteri Besar Selangor dan Y.B. Dato' Dr. Mansor Othman kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dato' Seri Anwar sudah kembali aktif sebagai Ketua Umum selepas dibebaskan dan menjalani rawatan di luar negara.

Janda Anak Satu Tangkap Khalwat - Budak Benteng

Posted: 05 Sep 2012 10:40 AM PDT

LUNAS - Seorang janda anak satu ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga suami orang di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Taman Industri Saujana, di sini.

Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) berkata, pemantauan terhadap kereta pasangan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai perlakuan sumbang pasangan itu.

"Kira-kira jam 9 malam ketika Penguat kuasa PADK membuat rondaan, anggota terserempak dengan kereta Proton Saga baru sepertimana aduan diterima.

"Setelah membuat pemeriksaan terhadap kereta itu. PADK menemui sepasangan kekasih duduk di kerusi belakang kereta dalam keadaan mencurigakan, " katanya.

Menurutnya, siasatan PADK mendapati pasangan wanita berusia 38 tahun dan sudah menjanda sejak 14 tahun lalu setelah kematian suaminya, manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun merupakan suami orang dan mempunyai seorang anak.

"Mereka bekerja di kilang sama di Lunas dan keluar bersama sejak jam 5 petang sehingga ditangkap kira-kira jam 9.30 malam, " katanya.

Juru cakap PADK berkata, hasil siasatan PADK terhadap pasangan wanita mendapati mereka berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan mengaku sudah terlanjur.

Bagi mengelak perlakuan sumbang mereka itu dilihat orang ramai, tingkap belakang kereta ditutup dengan penggalas cermin.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Lunas untuk membuat laporan tangkapan.

Pasangan wanita ditahan di lokap Balai Polis Lunas manakala lelaki dilokap Balai Polis Kulim. Pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

PADK turut menasihatkan pasangan itu agar menyedari kesalahan dilakukan tergolong dalam dosa besar. Pasangan akan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan.

MIC Sokong Kajian BN Tawan Semula <b>Kedah</b> | MyNewsHub

Posted: 27 Jul 2012 02:51 AM PDT

PADANG SERAI – MIC Kedah menyokong hasil kajian bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kedah dan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, S. Ananthan berkata pihaknya turut mendapati pengundi India kini khususnya di kawasan yang terdapat ramai masyarakat India seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas dan Bukit Selambau beralih menyokong BN.

"Berlaku pendirian lebih positif di kalangan pengundi yang semakin condong menyokong BN," katanya kepada Bernama. Belau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fuad Mohd Jali bahawaBN dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 termasuk menawan semula sekurang-kurangnya Selangor dan Kedah.

Kajian itu didapati hasil temubual pihaknya dengan 1,400 responden di Kedah dan Selangor dari Mac hingga Mei lalu.

Ananthan yang juga Penyelaras BN DUN Lunas berkata misalnya di Pusat Khidmat DUN tersebut, semakin ramai masyarakat India yang mengunjungi pusat itu. "Pusat berkenaan yang diwujudkan sebaik BN tewas di DUN Lunas pada 2008, kini menjadi tempat mengadu dan memohon bantuan. "Lebih-lebih lagi selepas Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas sejak 2009.

"Begitu juga dengan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR dan menjadi Anggota Parlimen Bebas pada 2011.

"Sebilangan besar daripada masyarakat India di situ hilang tempat bergantung. Setiap bulan beratus orang datang untuk mendapat pelbagai kemudahan, nasihat dan bantuan yang pihaknya tidak pernah pun menolak tetapi sedia mendengar masalah mereka," kata Ananthan. -BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

No Rakyat's Left Behind Under BN

Don't Give Pakatan A Second Chance In Kedah

MB : Apa Kurangnya Azizan Dengan Nik Aziz?

Cadang Wujud Jawatan Timbalan Menteri Besar

NGO Sokong BN Perlu Lebih Lantang

BN Tak Tertekan Keputusan Mahkamah Bebaskan Anwar

GWGF Antara anggota bergabung BN

BN Tidak Bersikap Perkauman - Zambry

"Saya Tak Berminat...", Kata Mukhriz Mahathir

BN Perlu Bekerja Keras Tambah Majoriti

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan