02 di tanjung dawai - Google Blog Search |
- LAGUNAMERBOK: Shopping Hasil Laut <b>Di Tanjung Dawai</b>.
- Jalan-Jalan <b>Tanjung Dawai</b>
- MerbokOnline: Santai Main Guli <b>Di Tanjung Dawai</b>.
LAGUNAMERBOK: Shopping Hasil Laut <b>Di Tanjung Dawai</b>. Posted: 22 Jul 2012 07:16 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari yang lalu, saya dan family ke Tanjung Dawai untuk membeli-belah hasil laut. Antara yang dibeli ialah ikan bilis, terubuk masin, ikan kering dan lain-lain. Bahan mentah yang dibeli ini adalah sebagai persediaan untuk membuat juadah berbuka. Macam-macam ada kat kedai yang kami singgah ni. Harganya pun berpatutan. SZ: Anda pernah sampai ke Tanjung Dawai? |
Jalan-Jalan <b>Tanjung Dawai</b> Posted: 22 Aug 2012 08:10 PM PDT Semalam. ketika bergerak dari kg halamanku di Kuala Ketil ke rumah mertua, Wife ajak ke Tanjung Dawai sebab katanya belum pernah ke sana.. Ok jugak, lepas puasa ni sedap makan lemang dengan sambal ikan bilis.. lagipun lama bebenor aku tak jengok kawasan Tanjung Dawai.. rasanya last p masa sekolah rendah.. dah dekat 20 tahun rupanya.. Kepada yang belum pernah ke sini, Tanjung Dawai adalah port beli ikan kering & masin yang popular di Utara.. jemput la datang bila sampai sungai petani.. dh tak jauh Sesi fotografi bermula dengan pasangan paling paling romantis.. Diikuti hero-hero tersayang ikan bilis time.. Da shoping da.. jom kita p pantai pulak.. xsure pulak apa nama pantai ni, tak jauh dari Masjid terapung Dahaga la ayah.. minum dulu.. Cantiknya ciptaan tuhan Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka |
MerbokOnline: Santai Main Guli <b>Di Tanjung Dawai</b>. Posted: 30 Jun 2012 08:53 PM PDT Program hari terbuka Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) bersama Gabungan Kelab kereta Negeri Kedah (GKKnK) berlangsung meriah di persisiran pantai Tanjung Dawai semalam. Program itu yang bertemakan "Mengimbau Kenangan Nostalgia Sukan' turut diserikan dengan acara sukan tradisional seperti main guli, tarik upih, baling kasut, boling kelapa serta pelbagai acara lain. Jurucakap PEMBELA, Rosnawi Zenon berkata, program ini yang disertai lebih 50 kelab kereta serta kelab motosikal dari negeri kedah dan pulau pinang, julung kali di anjurkan oleh pihaknya dimana ia bertujuan merapatkan jalinan kemesraan antara ahli-ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian bersama orang ramai. Sementara itu Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain semasa merasmikan program itu berkata, penganjuran seumpama ini perlu diteruskan bagi memperkenalkan kumpulan-kumpulan NGO yang banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan agar dapat berinteraksi secara langsung dengan anggota masyarakat itu sendiri."Apa yang lebih penting adalah peranan yang dimainkan oleh NGO khususnya pertubuhan-pertubuhan belia yang menjurus kepada mendisiplinkan masyarakat terutama golongan muda ke arah aktiviti yang sihat,"katanya. |
You are subscribed to email updates from di tanjung dawai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan