Isnin, 24 September 2012

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


Kejam!!! Anak Muda Kelahiran Sungai Bakap <b>Di</b> Pancung <b>Di Lunas</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 09:00 PM PDT

PM amat bersimpati dengan nasib anak kelahiran Sungai Bakap yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Azman Nasaruddin atau lebih dikenali sebagai Chegu Man oleh teman separti dengannya.
Berdasarkan maklumat yang sampai ke telinga PM, Chegu Man ini pada dasarnya telahpun disenarai pendekkan sebagai calon yang bakal bertanding di DUN N34 Lunas pada PRU13 nanti. 
PM sendiri pernah melihat kain rentang ucapan ramadhan yang terpampang mukanya, malahan turut diselitkan bersama kain rentang itu adalah amanat kepada semua penduduk Lunas agar menyokong dan memilihnya pada PRU 13 nanti.

Namun, segala usaha kerasnya nyata adalah sia- sia apabila Lim Guan Eng secara terangan menuntut agar calon dari DAP diletakkan di lokasi tersebut melalui kenyataannya kepada media pada Sabtu lepas (KLIK SINI). Sebagai tuan besar, PM amat pasti PKR akan akur dengan desakan yang dilakukan DAP itu.
PM sangkakan hanya PM yang menjadi pemerhati setia melibatkan nasib yang menimpa PKR menjelang PRU13 nanti, rupanya situasi itu turut sama mendapat perhatian Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak dapat PM sangkalkan kebenarannya (KLIK SINI).
PM percaya, sekiranya pernyataan itu tidak disertakan dengan bukti, maka akan ramailah anjing- anjing pakatan yang akan menyalak mengatakan PM sekadar mengeluarkan artikel syok sendiri. Lantaran itu, bagi membuktikan bahawa PKR benar- benar hanyalah boleh diibaratkan sebagai "Melukut Ditepi Gantang" kepada rakan Pakatan Rakyat, pembaca boleh KLIK DI SINI untuk membaca pendedahan yang pernah PM lakukan sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan