Isnin, 24 September 2012

02 di kodiang - Google Blog Search

02 di kodiang - Google Blog Search


haizisalleh: SEJARAH <b>KODIANG</b>

Posted: 09 Sep 2012 09:34 AM PDT

Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu).
Bukit Keplu ialah sejenis bukit batu kapur yang dikelilingi kawasan sawah padi. Di bukit ini terdapat beberapa buah gua yang mempunyai cerita menarik dan sejarahnya tersendiri. Antara gua-gua tersebut terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba yang masih kelihatan sehingga hari ini. Gua-gua yang biasa dikunjungi ialah Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar.
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain (berpindah ke perkarangan masjid jamek kodiang dan sekarang diwarasi oleh menantu arwah Hussain), Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang (berpindah ke bangunan sebelah RMTEAM) dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas (Sudah berpindah di kg kubang beruang).
Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik, air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan