Isnin, 11 Februari 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


INSANIAH nak mai <b>Kuala Ketil</b> | <b>Kuala Ketil</b>

Posted: 21 Jan 2013 10:44 PM PST

KUALA KETIL 15 Jan. – Perpindahan staf dan pelajar Kolej Universiti INSANIAH dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani  ke kampus tetap INSANIAH Kuala Ketil akan dilakukan secara berperingkat mulai Januari ini.

Perkara ini dimaklumkan Rektor INSANIAH, Prof. Dato' Wira Dr. Jamil Osman pada sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Beliau berkata proses perpindahan dijadual akhir Januari dan awal Februari ini hanya akan melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti.

"Sebaik sahaja Jabatan Kerja Raya negeri selesai melakukan ujian dan berpuas hati terhadap segala kemudahan seperti air, elektrik dan sebagainya disusuli pengeluaran CCC, kita akan mula berpindah. Kumpulan kedua dijadual berpindah pada Mei selepas berakhirnya pengajian semester ini melibatkan Kulliyyah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Al-Quran," jelas beliau.

Ditanya mengenai kemudahan asrama kepada pelajar, beliau menyatakan INSANIAH kini dalam

KUIN

KUIN proses pembangunan

usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar. Keutamaan akan diberikan kepada bagi pelajar tahun satu dan dua.

Perasmian Kampus INSANIAH Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas pada 29 Januari ini akan disempurnakan Canselor INSANIAH, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Majlis berkenaan akan menyaksikan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan mantan Menteri Kewangan, Dato' Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor INSANIAH.

Sumber: Web Insaniah

Tags: , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan