Isnin, 11 Februari 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Gunung <b>Jerai</b> dah tak sejuk lagi.. | MyMekar.com

Posted: 18 Dec 2012 06:40 PM PST

9-10 December 2012

He..asyik-asyik ke Gunung Jerai. Kalau sesiapa yg selalu singgah blog ni mesti terperasan yg daku selalu update ttng percutian ke gunung jerai. Boleh dikatakan tiap2 tahun..grr. Baru2 ni selepas selesai urusan di Penang kami meneruskan perjalanan ke negeri Kedah pula. Salah satu lokasinya adalah ke Gunung Jerai yg terletak di daerah Gurun, Kedah.

Apa yg istimewa selalu pegi situ Mekar?

Kebetulan ada promosi harga bilik (musim cuti sekolah). Sekaligus mr suami nak meraikan sahabat karib beliau sekeluarga. So apa lagi kami tak melepaskan peluang. Kalau bukan promosi, harga boleh mencecah sehingga RM 300 untuk premier room, tp kami hanya bayar RM 253 je. Kami menempah 3 unit bilik utk 3 buah keluarga. Perjalanan menaiki 2 buah kereta untuk naik ke Regency Resort Gunung Jerai boleh mengambil masa sehingga 20 minit dengan jalan yang bengkang-bengkok dan mencabar. Tapi sbb dah biasa menaiki Gunung Jerai membuatkan perjalanan kami bjalan lancar.

Resort ni memang cantik dikelilingi pemandangan yg menarik.

'playground' ni baru je dibina. thn lepas xde lagi. seronok sungguh anak2 sahabat kami bermain2 di sini.

'swimming pool' juga baru wujud thn ni. last time kami pegi xde lagi.

deretan unit deluxe room utk penginapan sahabat kami. bilik mereka mengadap pool & playground. anak2 mereka sgt teruja dgn aktiviti yg tersedia di situ. hingga tak sabar2 mrka nak terjun kolam walaupun sesampainya kami ke resort, kolam dah tutup krn jam menunjukkan pukul 5 ptg.

deluxe room yg mempunyai 3 biji katil single. sempit sikit tapi cukup la buat bermalam satu mlm. sib baik anak2 sahabat kami kecik2 lagi

ni pulak bilik daku & mr suami – premier room

bilik yg luas & selesa. disertakan juga dgn 2 baucer sarapan pagi

Puncak Restoran – merupakan lokasi kami utk breakfast. Manakala pada waktu malam, sesiapa yg kelaparan boleh order makanan di restoran ini juga. Namun daku nasihatkan agar korang jgn mengharapkan hidangan yg enak2 di sini krn keadaan adalah sebaliknya. 3x kami pergi, memang masakkannya 'out' sentiasa….huhu. Tapi memandangkan kat puncak ni tak de tempat lain yg hendak dituju maka  tak boleh tidak, Puncak Restoran adalah satu2nya kedai makan yg ada utk mengisi perut :cry:

Table Soccer – inilah satu2nya aktiviti di waktu mlm yg boleh dilakukan di gunung Jerai. kena byr rm 2 kalau tak silap.

selepas breakfast, kami ronda2 di sekeliling resort sambil menghirup udara nyaman di waktu pagi. Syok tengok pemandangan sambil pokok rhu bergoncang ditiup angin sepoi.

Lihat tu..pemandangan sawah padi, laut membiru dan sebahagian negeri Kedah dari atas puncak Gunung Jerai

meriahnya pokok2 mengeluarkan bunga
kalu tanam kat umah kl, sure tak tumbuh bunga nih..huhu
arnab yg bebas berkeliaran. tapi beliau malu2 saat gambarnya dirakamkan

memandangkan kat atas puncak Jerai ni agak sukar menemui kedai runcit (mmng tiada), maka daku dah standby membeli aneka kudapan buat santapan bersama. Selepas selesai breakfast di restoran, daku blk ke bilik & siapkan roti sandwish utk mengalas perut sblm kami semua berangkat pulang lewat ttngharinya.

Sebenarnya baru daku perasan, trip kali ni cuaca di Gunung Jerai tak terlalu sejuk spti sblmnya, walaupun ptg hari ketibaan kami hujan turun dgn lebat. Suasana waktu malam pun just nice. takde gigil2. tak perlu pakai baju dua lapis. Trip kali ni juga, tak banyak pokok2 yg berbunga lebat seperti kebiasaannya. Kalau dulu  sekeliling resort dipenuhi dgn bunga yg berwarna ceria. Kali ni kelihatan pokok2 macam baru nak tumbuh. Tak syok pula nak ambik gambar :wink:

Apa-apa pun, satu percutian yg menyeronokkan walaupun tak banyak aktiviti yg boleh dilakukan di puncak Gunung Jerai. Asalkan kami dapat menikmati pemandangan yg tenang dan cantik serta kami dpt menceriakan anak-anak sahabat kami sempena cuti sekolah juga sudah memadai.

Pengalaman & aktiviti daku ke Gunung Jerai sebelum ni boleh baca di sini :-

1. Ekspedisi ke Gunung Jerai (part 1)

2. Cendawan Shitakee kebanggaan Gunung Jerai (part 2)

3. Gambar-gambar menarik di Gunung Jerai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan