02 di kulim - Google Blog Search |
Kuih Semurah 10 Sen Ada Dijual <b>Di Kulim</b> | MYNEWSHUB Posted: 24 May 2014 12:42 AM PDT Zaman kini, memang susah nak jumpa kuih yang dijual dengan harga murah. Penulis sendiri pernah berpengalaman membeli kuih pisang goreng dalam amaun RM2, namun hanya ada enam biji sahaja di dalamnya. Yelah, mungkin atas desakan kenaikan harga barang, menyebabkan harga kuih muih pun naik mendadak. Kita pun tak boleh nak salahkan peniaga juga kan. Namun, jangan tak tahu, rupanya ada lagi penjual yang mempunyai kuih muih tempatan pada harga semurah 10 sen bagi sebiji kuih. Memang tak sangka masih ada peniaga yang sanggup ambil risiko sebegitu rupa. Walau bagaimanapun, peniaga yang dikenali sebagai Musa dan Sarifah lebih mengutamakan kepuasan hati pelanggan dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilan mereka itu. Setakat ini gerainya di Kampung Simpang Tiga Karangan, Kulim, Kedah menyediakan sebanyak 15 pilihan kuih muih yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.MY Oleh: AUDREY LEE Sumber: forum cari |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan