Khamis, 29 Mei 2014

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> Port <b>Di</b> Pulau Bunting - blog rasmi kerajaan negeri <b>kedah</b> <b>...</b>

Posted: 19 May 2014 12:30 PM PDT

Tajul Urus Md. Zain (tiga dari kiri) dan Samsudin Bakar (dua dari kiri) mendengar penerangan berhubung projek pembinaan jalan baharu menghubungkan Lebuh Raya Utara-Selatan dengan Pulau Bunting di Yan, Kedah, semalam.
JERAI 19 Mei - Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan sebuah pelabuhan baharu di Pulau Bunting, Yan, di sini sebagai alternatif kepada pelabuhan sedia ada di Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Md.Zain berkata, hasrat untuk membina pelabuhan berkenaan sememangnya telah lama tetapi tidak dapat direalisasikan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan kini telah mengambil langkah serius bagi menjayakan projek yang dikenali sebagai Kedah Port itu.
"Kerajaan negeri serius ke arah usaha membina pelabuhan. Bagi tujuan itu, satu perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pengangkutan dalam minggu ini.
"Kita mendapati Pulau Bunting sesuai untuk dijadikan pelabuhan baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di pelabuhan Pulau Pinang,'' katanya ketika meninjau projek pembinaan jalan baharu menghubungkan Lebuh Raya Utara-Selatan dengan Pulau Bunting di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Samsudin Bakar.
Tajul Urus memberitahu, Pulau Bunting dianggap lokasi sesuai ekoran telah mempunyai sebuah jambatan dan projek pembinaan jalan baharu dimulakan tidak lama lagi.
"Jambatan Pulau Bunting telah dibina pada tahun 2003 oleh pihak swasta, namun tidak dibuka untuk kegunaan umum. Dari segi infrastruktur memang kita sudah ada,'' katanya.
Beliau berkata, pelabuhan baharu terbabit juga dijangka menampung projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan kerajaan negeri dengan kerjasama sektor swasta tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan