ads

Selasa, 14 Februari 2012

02 di changlun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di changlun - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 11:26 PM PST

URL Sumber Asal :-

Syima Homestay <b>di Changlun</b> : Semua Homestay

Posted: 02 Feb 2012 01:40 AM PST

Rumah Penginapan Bermalam di Changlon

Syima Homestay dilengkami streamyx

Lokasi : Berhampiran Pekan Changloon, 8 minit keUUM Sintok , 5 minit ke
Matrikulasi Kedah, 10 minit ke Bukit Kayu Hitam,15 minit ke Thailand,25 minit
ke Padang Besar Perlis, 30 minit ke Jeti KualaPerlis untuk ke Langkawi,10
minit ke UNIMEP, 20 minit UITM ARAU,10 minit kePeranginan Bukit Wang Alamat :
Taman Beringin, Changlon, Kedah

Kemudahan: – Rumah SemiD Satu Setengah Tingkat(masih baru)
- 3 bilik tidur ( 4 katil queen)
- Bilik tidur utama mempunyai air-cond ( 2 katilqueen)
- 2 bilik air
- 2 Ruang tamu yang luas dan selesa
- Tempat meletak kereta berbumbung muat untuk 2buah kereta – Berhampiran
dengan kedai makan dan kedai mini market,C'martand Merry Brown Changloon
-Capaian internet percuma, tanpa had ( streamyx)
- dilengkapi Astro

Kelengkapan:
Sofa, Meja makan, TV 29inci, Kelengkapanmemasak(Dapur,Cerek Elektrik, Rice
Cooker, Pinggan Mangkuk, Periuk), Peti Sejuk,Bantal, Toto Selimut,
Sejadah,Tuala mandi
Percuma Minuman : Teh dan Kopi

Harga berpatutan..yang penting selesa untukpenginapan sekeluarga.

RM 160 semalam untuk sebuah rumah yg selesa.
Untuk penginapan melebihi 1 malam, harga masihboleh dirunding.

Berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut sertatempahan sila hubungi
0125533565/0125551861

Contact Norhasimah Mustafa

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 11:36 PM PST

URL Sumber Asal :-

Alhamdulillah, Selamat tiba <b>di Changlun</b> - MADRASATUL HAYAH <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 07:03 PM PST

23 Januari 2012, 7:05 am


Salam. 
Kami sudah sampai ke persempadan Changlon. Sekarang di CTC, tempat persinggahan utk kami menukar wang ringgit Malaysia ke baht Thailand. Solat suboh tadi berjemaah di Masjid Imaniah, masjid tepi jalan. Kami tiba agak awal, jadi sempatlah ikhwah dan akhawat berqiyammulllail di masjid tersebut.
Selesai sudah bermathurat, kami tiba di CTC, menukar wang dan ada yang minum2. Para peserta dah mula cergas dan mula riuh di dalam bas.

Sekarang kami hanya menunggu ketibaan satu lagi kereta yang diketuai ukhti Asma Zaid bersama 4 peserta MHI. Asma telah datang sehari awal untuk membuat passport di Kedah sebab imigresen Kedah buka pada hari Ahad. Dengar cerita akhi Hasbullah Ashaari akan membawa mereka ke CTC ini.
Doakan kami selamat kembali dan pulang.
Wasallam.

Sent from my IKRAM HS Pad.

Full content generated by Get Full RSS.

4 Gambar Kak Engku Mengacau Sup Daging Sekawah <b>Di Changlun</b>

Posted: 26 Jan 2012 05:00 PM PST

Penjaga bank rogol gadis dalam bank | Berita Harian net

Posted: 17 Jan 2012 06:39 PM PST

Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.
Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
"Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

"Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.

Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya.
Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

DISCLAIMER: Laman Web berita-harian.net tiada kaitan lansung dengan surat khabar Berita Harian ataupun dengan Laman Web Rasmi Berita Harian www.bharian.com.my walau dengan apa cara sekalipun.

Filed under: Dalam Negara · Tags: , , , , ,

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

02 di merbok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


LAGUNAMERBOK: Malam Ini <b>Di</b> Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 10 Feb 2012 08:27 AM PST

tajuk ceramah tu apa bos ?

ehem ramai juga tetamu yang hadir..syukur alhamdulillah..

@khairul
ceramah Maulidur Rasul....ttg keperibadian Rasulullah.

@ mama aini
salam mama...
alhamdulillah sambutan di luar jangkaan...
alangkah bagusnya, kalaulah tiap2 waktu solat org memenuhi surau sebegini...

02 di gurun kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


SPYDER DIPASANG <b>DI GURUN</b> , <b>KEDAH</b>. - HELANG <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 04:26 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Spyder dipasang di Gurun

SEORANG model bergaya di atas motosikal Spyder di Shah Alam semalam.




SHAH ALAM – DRB-HICOM Bhd. menerusi anak syarikatnya USF HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd. (USF HICOM) melabur RM2 juta untuk operasi pemasangan tempatan (CKD) model motosikal tiga roda berkuasa tinggi, Can-am Spyder Roadster (Spyder).
Pemasangan tersebut telah dilakukan di fasiliti Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) di Gurun, Kedah.
Ketua Pegawai Operasi USF HICOM, Iqbal Sharom berkata, model yang dikeluarkan di Kanada itu akan diceraikan sepenuhnya di Australia sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk dipasang di Gurun bagi memenuhi keperluan taraf kenderaan CKD.
"Sehubungan itu, kami mampu menawarkannya pada harga yang lebih rendah kepada pengguna," katanya pada majlis pelancaran model Spyder CKD pertama di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DRB-HICOM Bhd., Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza.
Spyder mempunyai rangka berbentuk Y, dengan dua roda di bahagian hadapan dan satu roda di bahagian belakang yang memberikan lebih kestabilan berbanding motosikal biasa dan dilengkapi enjin berkuasa 998cc dengan kemampuan menghasilkan sehingga 106 kuasa kuda.
Sungguhpun ia sebuah kenderaan tiga roda, Spyder turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang setanding seperti kereta moden masa kini seperti Anti Lock Braking System (ABS), Stability Control System (SCS) dan Traction Control System (TCS).
Webmaster

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


INTERSTATE NEWS DAILY: Ulat ratus serang sawah <b>di Kubang Pasu</b>

Posted: 05 Feb 2012 02:38 AM PST

ULAT ratus yang menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu. - Foto Shahrizal Md Noor
JITRA: Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. 

Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya 'spodoptera mauritia' membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.

Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi. - BERNAMA 

02 di kodiang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:12 PM PST

URL Sumber Asal :-

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka <b>di Kodiang</b>, Kedah <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2011 04:09 PM PST

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kini telah dibuka di Kodiang, Kedah. Jadi orang orang sana boleh la beli barang kat situ. Harga..ntah la? Dalam TV dok kata harga berpatutan la..harga murah laa...tapi dalam TV bukan boleh percaya sangat. Jadi jalan terbaik, kalau ada masa boleh la pergi dan beli sendiri. Kemudian buat penilaian sendiri. Selamat membeli belah di KR1M Kodiang :)

Full content generated by Get Full RSS.

KedahLanie.info: Jika <b>di KODIANG</b> pun dah ada POLIS Samseng <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:31 PM PDT

Dipukul polis kerana sampah


JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.

Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.

Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu.

"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.

"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya.

"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari.

Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Full content generated by Get Full RSS.

Datuk Dr Adi Taha Meninggal Dunia

Posted: 03 Feb 2012 11:16 PM PST

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi Sabtu.

Menurut anaknya, Adzimah Adi, 30, bapanya meninggal dunia kira-kira 2.40 pagi. Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak.

Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor.

Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak.

Arwah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JMM dari 2002 hingga 2007.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim, antara yang terawal menziarahi jenazah, menyifatkan arwah sebagai seorang pelopor permuziuman di negara yang banyak membuat penyelidikan mengenai peninggalan manusia prasejarah, tamadun Lembah Bujang dan adat.

"Doktor Adi juga banyak membantu dalam usaha mewujudkan Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan.

"Kehilangan beliau akan dirasai dalam kalangan akademia warisan dan budaya," kata Rais.

BERNAMA

Related posts:

  1. Datuk Ir. Haji Yahaya Ahmad Meninggal Dunia
  2. Syed Ahmad Meninggal Dunia | Seniman Negara 1995 Meninggal Dunia
  3. Datuk Arifin Jaka Meninggal Dunia
  4. Datuk Awang Jabar Bekas Ahli Parlimen Dungun Maut Kemalangan
  5. Lagi Mangsa Penipuan 'projek muzium PDRM' Tampil Buat Laporan
  6. Azizi Abdullah Meninggal Dunia
  7. Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal
  8. Roslee Ramlee | Pemain Bola sepak Era 80-an Meninggal
  9. Shamrin Fotograf Meninggal Dunia
  10. Bekas Polis Maut Jatuh Bangunan | Elak Dicekup JAWI
Full content generated by Get Full RSS.

02 di sik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Ayu wanie choc8lat: Wedding Man + Ikin <b>di Sik</b>, Kedah- Oreo Choc <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2011 01:18 AM PST

Last week sy tutup kedai sat..huhu..balek kedah 4 hari coz adek ipar kawen..simple but still meriah + nice..terigt lak zaman2 kt kawen dulu..=P..Pengantin sama cantek ,sama padan, semoga berbahagia keanak cucu...Majlis rumah perempuan di Weng, Sabtu 17 Dis 2011, berhampiran Kg Memali ( for  those yg tak tahu, search kat google pasal Memali ya. )..Sebelah lelaki di Parit Panjang, Bt 5 Sik, Kedah 18 Dis 2011.. Tema, merah itam, cream koko..Mmg penat cket, org kg ramai dtg , maklumlah sekarang time2 cuti sek..Okeh, meh layan pic dulu...=)






02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Kedah akan terima pelaburan RM500 juta <b>di Langkawi</b>

Posted: 10 Feb 2012 04:44 PM PST


KUAH, 8 Februari 2012 – "Jika pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan di Langkawi maka Kedah akan menerima pelaburan sebanyak RM500 juta," kata YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi semasa berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan IPTA Kerajaan Negeri kepada 25 pelajar dari seluruh Pulau Langkawi di Pokok Asam.

Beliau yang juga Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga berkata, pelaburan-pelaburan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRajaUstaz Azizan Abdul Razak.

Tambahnya lagi, di bawah Perbadanan Kedah Berhad, kerajaan negeri akan mengadakan majlis pecah tanah bagi membina sebuah hotel dan ianya bertujuan memperhebatkan lagi pelancongan di Langkawi.

"Selain itu, kerajaan negeri akan membangunkan sebuah lagi hotel di sekitar Pulau Temoyong. Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, maka kita akan merealisasikan projek tersebut serta akan mengurangkan lagi masalah birokrasi yang sering dihadapi oleh pelabur-pelabur untuk melabur dalam sektor pembangunan di sini.

"Kerajaan negeri juga sedang melakukan pembekuan terhadap permintaan tanah yang bersekala besar dan ianya adalah bertujuan untuk menjaga keindahan pulau ini kerana jika penerokaan hutan secara besar-besaran terus berlaku ianya akan menjejaskan alam semula jadi pulau ini," terangnya.

Kata Dato'Ir Phahrolrazi lagi, sementara itu, kerajaan negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah sedang berusaha menyiapkan proses-proses yang berkaitan untuk membina rumah.

02 di jerai kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:20 AM PST

URL Sumber Asal :-

Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) – Buat <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb:Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk  melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri. -harakahdaily

Keputusan pilihanraya umum P.12 Jerai, Kedah pada 8 mac 2008

Ustaz Mohd Firdaus Jaafar memperolehi 26,510 undi berbanding Datuk Paduka Badruddin Amiruldin memperolehi hanya 24,211 undi. Mohd firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2299.

Dari sumber yang boleh dipercayai  dari Umno Bahagian Jerai, hangat dan hampir pasti Umno bahagian Jerai akan meletakkan tokoh agama iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Umno bahagian Jerai dikatakan menyetujui langkah PM Najib untuk menurunkan calon BOLEH MENANG untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jerai yang buat kedua kalinya ditawan oleh Pas. Calon Pas ustaz Nasharudin Mat Isa memenanginya buat pertama kali bagi Pas pada pilihanraya umum ke 10 pada 1999 mengalahkan Dato' Paduka Badruddin Amiruldin.

 Petikan dari abushahid.wordpress.com

Share

Full content generated by Get Full RSS.

JOM JALAN-JALAN...: GUNUNG <b>JERAI</b>, <b>KEDAH</b> : Gunung yang <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 08:31 PM PST

Macam-macam cerita mistik tentang Gunung Jerai yang tidak berbanjaran ni.Dengar cerita kat sini tempat orang mencari batu permata dan batu lumut secara mistik.Pastu daripada cerita orang-orang tua, Gunung Jerai ni adalah tempat buangan banyak jin-jin daripada bomoh-bomoh...Itu sebabnya, pegawai perhutanan bagitau kat kami sebelum mendaki kena jaga mulut, jangan sombong, jangan ambil benda-benda pelik sepanjang perjalanan dan jalan secara berkumpulan...

Gambar di atas : Lokasi Titi Hayun (tempat memulakan mendaki)
Sebenarnya mudah je nak pergi Gunung Jerai. Ikut Highway PLUS Utara Selatan. Kemudian exit Gurun dan ikut je papan tanda Gunung Jerai atau Regency Resort Gunung Jerai. Daripada highway lagi kita boleh nampak gunung yang tersergam indah. Disebabkan kami nak daki gunung maka kami kena naik di Titi Hayun. Untuk ke sana kena masuk Guar Cempedak dan pastu tanya la orang.Gunung Jerai juga dipanggil Puncak Jerai, dulu dipanggil Pulau Serai, setinggi 1,217 meter, sempadan antara Kuala Muda dan Yan
Menurut cerita Pegawai Hutan yang menguruskan pendakian kami, pada zaman dulu, kedudukan Gunung Jerai adalah sangat strategik sebagai panduan pelayar untuk berdagang di negeri Kedah. Ada cerita mistik dikaitkan dengan Gunung Jerai iatu Raja Bersiong la yang sebenarnya membuka kawasan penempatan di Gunung Jerai. Ntah betul ntah tidak....Diceritakan di sini ada batu besar seperti sebuah kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja cuba nak labuhkan kapalnya di Gunung Jerai. Memang susah nak percaya.....

Setelah hampir 4 jam bersama-sama 40 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, akhirnya berjaya gak sampai kat atas. Pendakiannya tak la mencabar sangat. Mula-mula naik lebih 1000 anak tangga, pastu ikut jalan curam sikit, pastu ada jalan landai sikit, pastu sampai. Boleh tahan gak letih sebab tak 'training' sebelum tu....

Gambar di bawah : Di sini la tempat kami berkhemah. Di sini ada sebuah rumah besar dengan 2 bilik, ada pentas terbuka, ada swimming pool herba, airnya datang daripada gunung cuma hitam la sikit, dikatakan ada unsur herba daripada akar-akar kayu. Bagus untuk menyembuhkan sakit berkaitan kulit.Surau pun ada begitu juga toilet.Kira semua 'complete' la bagi tujuan perkhemahan. Cuma yang sedikit menakutkan, menurut Pegawai Perhutanan, di kawasan ini adalah pusat penempatan bunian. So kena berhati-hati la sebab dah 10 orang hilang di Gunung Jerai yang tidak dijumpai hingga sekarang.

Gambar di bawah : Pemandangan dari tapak khemah.menarik..menenangkan tengok sawah terbentang luas.
Gambar di bawah : Tak sangka atas Gunung Jerai ni ada Muzium Perhutanan. Semuanya berkaitan pameran alam semulajadi. Yang paling menarik perhatian saya ialah burung cenderawasih yang telah diawet

 Hari seterusnya kami berjalan pergi ke tempat yang dikatakan bersejarah iaitu Telaga Tok Sheikh dan Padang Tok Sheikh. Ceritanya cukup menarik... Ini cerita pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).Ketika itu, Sultan Kedah ke-9 bernama Maharaja Derbar Raja merupakan seorang hindu. Diceritakan datang seorang alim dari negeri Shahir, Yaman bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri ke negeri Kedah dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok). Beliau mengadap Sultan Kedah untuk berdakwah dan dengan izin Allah, sultan memeluk Islam dan menggantikan nama beliau sebagai Sultan Muzaffar Shah. Sultan pun melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat sultan. Pada suatu hari, Sultan bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia di Tanah Arab. Sheikh menjawab 'Menara' bagi tujuan melaungkan azan. Maka, Sultan Muzaffar menitahkan agar dibuat Menara di puncak Gunung Jerai bagi tujuan azan dan memperingati pertukaran nama sultan dan negeri. Ketika menara tersebut sedang dalam pembinaan, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan mewasiatkan agar beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Padang Tok Sheikh hingga sekarang.
TELAGA AIR TOK SHEIKH....Air yang cukup jernih dan boleh diminum....
Memang meletihkan naik ke puncak gunung Jerai semata-mata nak tengok lokasi Padang Tok Sheikh..Lebih sejam gak...sakit kaki dibuatnya...

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar Menarik <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> | MyMekar.com

Posted: 26 Nov 2011 08:10 AM PST

Assalammualaikum….

SABAN hari mengharungi kesesakan lalu lintas ke pejabat boleh membuat seseorang sesak nafas. Sesekali, tentu timbul keinginan untuk lari daripada hiruk pikuk kota, keluar kota mencari ketenangan, terutama di hujung minggu.

Sempena cuti sekolah ini, apakata kawan-kawan membuat pertimbangan untuk bercuti ( dalam negara jer) bersama anak-anak ke sebuah pusat peranginan di atas puncak bukit iaitu di Gunung Jerai, Kedah.

Baru-baru ni saya berpeluang sekali lagi ke Gunung Jerai dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana.  Kali pertama pergi sana sekitar bulan Febuari lepas. Jadi artikel kali ni saya tak nak berceloteh panjang cuma lebih kepada berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang 1 hari berada di Gunung Jerai. Untuk info-info lain tentang gunung jerai, bolehlah kawan-kawan klik Teruja ke Gunung Jerai dan Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai  iaitu artikel yang pernah saya tulis suatu ketika dulu.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Canon EOS 1000D :-

Pemandangan yang damai dan sedikit berkabus  di sekitar Regency Jerai Hills Resort (RJHR). Masa saya pegi kali ni cuacanya amatlah sejuk. Menggigil segala tulang dalam badan nih :D

macam rumah banglo tapi ada 4 unit bilik di teratak yang tersergam indah ini

Deluxe Room yang cukup selesa buat kami. Harga bilik (termasuk tax) tak sampai RM200. Murahkan..! Sebab dapat special rate dari kawan.

SubhanaAllah..luasnya bumi ciptaan tuhan. Dari atas puncak, kita dapat lihat sebahagian Negeri Kedah yang memiliki sawah padi luas terbentang dan lautan nan membiru

Dengan paras ketinggian 986 M dari aras laut

Ladang penanaman orkid yang baru beberapa bulan dibuka. Tak banyak lagi bunga yang tumbuh semasa saya pegi baru-baru ni

antara gambar terbaik yang mampu saya hasilkan. okeyla tahap amatur spti saya :wink:

Dan yang paling saya suka…….Tengok tu…geram sungguh dengan bunga2 di sini yang hidup subur dan berkembang mekar. terasa nak bawa balik utk tanam kat rumah :mrgreen:

Ada banyak lagi gambar tapi saya nak stop di sini ! Banyak sangat gambar boleh membuatkan loading blog ni jadi berat. Kang tak pasal-pasal pulak kena top-up bandwidth untuk bulan ni yang tinggal beberapa hari lagi. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved